Bismillahirrahmanirrahim.
Selepas melihat Laut Mati kami singgah di Dead Sea Gateway. Di sinilah kami terpaut hati membeli barangan penjagaan kulit jenama Fortune (Dead Sea Fortune).
Tour Guide Nash tidak menggalakkan kami menukar mata wang USD ke mata wang JOD. Katanya, kami sudah rugi tukar RM ke USD sebab nilai mata wang kita rendah. Apabila tukar USD ke JOD lagilah bertambah rugi. Memandangkan Jordan menerima mata wang USD, jadi gunakan sahajalah USD. Amie pun malas hendak berkira-kira beza nilai mata wang USD dengan JOD. Memang sangat tinggilah nilai JOD berbanding USD. Jadi, kenalah bayar lebih dalam mata wang USD.
| Dead Sea Gateway |
Memang seronok dan teruja apabila kami diberi peluang menggunakan bahan penjagaan diri seperti body scrub. Selepas itu kami beli apa yang berkenan di hati.
| Facial Mud Mask - USD 40 |
Amie beli Facial Mud Mask iaitu jenis masker lumpur dari mineral Laut Mati. Milk & Honey Extracts (pek hijau). Collagen & Jojoba Oil (pek merah jambu)
Fungsi utama, membersihkan pori-pori secara mendalam, menyerap minyak berlebihan, membantu menegangkan dan menyegarkan kulit dan memberi rasa lembut selepas dibilas. Cara penggunaannya disapu nipis pada wajah, biar 10–15 minit hingga kering, kemudian bilas. Gunakan seminggu sekali.
Alhamdulillah, setelah Amie gunakan memang hasilnya memuaskan.
| Body Scrub Salt - USD 40 |
Beli juga Body Scrub yang berasaskan garam mineral Laut Mati. Tertulis perkataan Exfoliant yang bermaksud ia membantu menanggalkan sel kulit mati, menghaluskan kulit, melancarkan peredaran darah ringan semasa urutan dan melembapkan kulit. Digunakan ketika mandi, gosok perlahan pada kulit lembap, kemudian bilas. Gunakan seminggu sekali.
Seorang rakan peserta tidak sabar untuk mencuba ketika mandi. Keesokan harinya kami diberitahu perbezaan kulitnya dan dia sangat berpuas hati membeli body scrub ini.
| Sulfur Soap |
| Mineral Soap |
| Exfoliating Soap |
- Exfoliating Soap : Skrub untuk buang sel kulit mati
- Sulfur Soap : Untuk kulit berminyak @ jerawat
- Mineral Soap : Pencuci harian yang lembut
Ketiga-tiga jenis sabun ini boleh digunakan untuk muka dan badan.
Mata masih terpaut kasih melihat krim badan tetapi rasanya cukuplah setakat ini dahulu. Masih banyak hari yang perlu dilalui dan banyak tempat belum dikunjungi.... ahaks!
Selain barangan penjagaan kulit, Dead Sea Gateway juga ada menawarkan barangan kemas untuk hiasan diri dan juga cendera kenangan.
Wokey.
Sekarang masa untuk menuju ke hotel, malam pertama kami menginap di Amman.