Tsunami Acheh 2004 : Kisah Wak Kolak Yang Terselamat di Boat Atas Rumah
11:26 PGBismillahirrahmanirrahim.
Tarikh 26 Disember 2004 itu juga menjadi titik perubahan besar kepada Aceh dan dunia. Tsunami tersebut mencetuskan gelombang bantuan kemanusiaan berskala global, mengubah landskap sosial Aceh, serta meninggalkan pengajaran bahawa bencana alam boleh berlaku tanpa amaran, dan manusia perlu sentiasa bersedia dengan ilmu, sistem amaran awal, serta kefahaman risiko.
Sumber : Home Nusantara Tsunami Aceh 2004: Kronologi, Korban, dan Reformasi Penanggulangan Bencana
Hari itu, Aceh bukan sekadar menjadi berita antarabangsa. Ia menjadi memori yang terus hidup dalam sejarah dan hati manusia.
- Gelombang 1 - datang untuk kali pertama dalam keadaan kuat, dan memusnahkan kawasan pesisir.
- Gelombang 2 - datang lebih besar dan lebih ganas dari gelombang pertama.
- Gelombang 3 - paling tinggi dan paling jauh masuk ke bandar Banda Aceh.
| Wak Kolak @ Bundiyah |
| Penataan Situs Tsunami Kapal di Atas Rumah Lampulo |
| Galeri Foto Tsunami |
| Nama-nama para syuhada. |
| Salah satu ruangan di antara ribuan nama-nama syuhada tragedi tsunami. |
| Gambar hujung kapal nelayan di atas bumbung rumah. |
| Boat di Atas Rumah |
| Semoga Wak Kolak dan penduduk Desa @ Gampung Lampulo sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan mencari rezeki. |
| Boat di Atas Rumah |
Amie banyak merakam cerita dari Wak Kolak tetapi tak mampu untuk kongsikan semuanya di sini. Ketika menulis entri ini pun asyik rasa sebak sahaja terutama sewaktu mendengar suara Wak Kolak dalam lebih 12 video yang Amie rakam. Antaranya termasuklah kisah Wak Kolak kebingungan dan trauma hampir dua tahun lamanya selepas peristiwa tsunami tersebut.
6 comments
Masyaa Allah....macam masih terbayang video video mangsa korba. tsunami yang dikebumikan dalam liang lahat besar beramai-ramai menggunakan jengkaut ..sedar tak sedah dah lebih 20 tahun
BalasPadambetapa besarnya trauma mangsa yang masih hidup.. Allah meninggalkan mereka untuk menjadi saksi kekuasaan Allah, supaya kita ingat pada Allah.. supaya kita tidak angkuh berada di mukabumi ini.. semuanya milik Allah, termasuklah nyawa kita...
BalasPadamTinggal sejarah...tapi masih kekal di ingatan yang melaluinya...Allahuakbar...Segalanya Milik Allah...
BalasPadamAl fatihah buat mereka yang terkorban. Peristiwa berlaku depan mata memang trauma sungguh. Tak dapat bayangkan bagaimana keadaan semasa itu.
BalasPadamSungguh tak dapat SA bayangkan perasaan Kak Amie semasa mendengar penceritaan Wak Kolak..kalau SA confirm dah banjir kat situ...
BalasPadamterima kasih utk perkongsian ini. saya selalu dengar pasal masjid je, rupanya ada kisah kapal nelayan yg menjadi tempat teduh utk 59 mangsa ni. tak boleh bayang perasaan diorang yg ada atas kapal tu, dipukul ombak berkali-kali. situasi antara hidup dan mati.. syukur Allah panjangkan nyawa mereka. memang dahsyat bila angka kematian mencecah 100k hanya dalam masa beberapa minit
BalasPadam