Dari Granada ke Cordova
1:08 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jarak dari Granada ke Córdoba (dua kota bersejarah di Andalusia, Sepanyol sekitar 200 kilo meter. Pelbagai pemandangan menyentuh warisan budaya, pergunungan, dan landskap desa selatan Sepanyol menjadi objek utama sepanjang perjalanan.
Menempuh jarak masa lebih kurang dua jam, dari dalam bas mata dapat menyaksikan pergunungan Sierra Nevada yang tertutup dengan salji memutih. Kota tua seni bina Moor dan Alhambra semakin jatuh ditinggalkan. Pandangan mata juga tidak mahu terlepas dari melihat ladang zaitun yang terbentang saujana mata serta susunan bukit-bukau di bawah langit biru dengan pelbagai rupa bentuk awan bergantungan di angkasa.
Dan, di lereng-lereng bukit itu juga menempel rumah-rumah kecil bercat putih dan beratap merah - pueblos blancos - desa putih!
Peta negara Sepanyol - Granada ke Cordova |
Rasanya hendak saja turun mencemar tanah untuk mengambil gambar berlatarbelakangkan Sierra Nevada, gunung bersalji yang puncaknya memutih itu! Bas terlalu cepat bergerak meninggalkan pinggir bandar Granada, ladang kecil, rumah tradisional Andalusia berwarna putih dan kebun buah-buahan seperti delima serta pokok zaitun.
Ketika melintasi kawasan perbukitan dan ladang zaitun, hati berbisik: Mungkinkah akan berulang kembali kunjungan ke Granada? Mata terus tertumpu, terpukau melihat ladang zaitun sejauh mata memandang yang ditanam rapi, membentuk barisan yang indah di bukit-bukau. Selain pokok zaitun, diselang-seli pula dengan kebun almond dan anggur.
Oh, sungguh mengasyikkan!
Lautan pokok zaitun terdapat di kiri kanan jalan. Kadang-kadang terlihat almazara iaitu kilang minyak zaitun kecil. Hasil minyak zaitun terbesar di dunia terletak di wilayah Jaen, laluan dari Granada ke Cordova. Apa lagi yang dapat dilihat dari tingkap bas yang bergerak laju di atas jalan raya? Banyak bukit berbatu dan bangunan lama gaya Moorish. Hati agak terkilan tidak dapat merakam gambar gembala bersama ternakan biri-biri, lembu dan kuda di kaki bukit! Maklumlah tiba-tiba kelihatan kumpulan biri-biri sedang meragut rumput, tapi tak sempat ambil gambar sebab bas bergerak pantas!
Lautan pokok zaitun terdapat di kiri kanan jalan. Kadang-kadang terlihat almazara iaitu kilang minyak zaitun kecil. Hasil minyak zaitun terbesar di dunia terletak di wilayah Jaen, laluan dari Granada ke Cordova. Apa lagi yang dapat dilihat dari tingkap bas yang bergerak laju di atas jalan raya? Banyak bukit berbatu dan bangunan lama gaya Moorish. Hati agak terkilan tidak dapat merakam gambar gembala bersama ternakan biri-biri, lembu dan kuda di kaki bukit! Maklumlah tiba-tiba kelihatan kumpulan biri-biri sedang meragut rumput, tapi tak sempat ambil gambar sebab bas bergerak pantas!
Kebanyakan bentuk awan yang dilihat di bumi Sepanyol berbeza dengan bentuk awan di negara kita.
Bas berhenti di hadapan sebuah kedai di pinggir wilayah Cordova. Sayangnya tak ambil pula gambar dan nama kedai sebaliknya hanya rakam gambar di kiri dan kanan kedai pula!
Gambar pemandangan di kanan kedai.
Gambar pemandangan di kiri kedai.
Buah Tin Kering |
Tour guide kami, Mbak Watie memperkenalkan dua jenis snack yang terkenal di kedai ini iaitu buah tin kering dan almond atau kacang badam. Alhamdulillah, tuan kedai turut menyambut kedatangan kami dan menyebut : Halal! Halal!
Sebelum ini hanya jumpa kacang badam sebiji-sebiji dan berkulit, tetapi di sini tidak berkulit pula! Eh, sedaplah pula rasa kacang badam tidak berkulit.
Kacang badam ini berharga 3 EURO sebungkus, lebih kurang 150 gram. Sekiranya beli dua bungkus dapatlah harga 5 EURO. Oleh kerana rasanya yang sedap, masing-masing membeli samada untuk dibawa untuk oleh-oleh atau dimakan di dalam bas. Selain kacang badam kami beli coklat, sabun minyak zaitun, losyen dan sebagainya.
Kalau 3EURO, tukaran wang kami pada masa itu sebanyak RM17.00. Jadi, dapatlah jimat sebab kebanyakan barang yang dijual dengan harga diskaun. Misalnya beli satu 3 EURO tapi beli dua bayar 5 EURO sahaja.
Sabun mandi zaitun - bungkusan empat segi warna hijau. |
Selain losyen, Amie beli sabun mandi zaitun. Ya ampun! Setelah Amie gunakan untuk mandi, tersangatlah lembut aromanya dan terasa lembab di badan. Amie gunakan juga untuk cuci muka. Sayangnya Amie tidak beli banyak. Berjimat cermat sewaktu memakainya tetapi tetap habis juga! Tak puas pakai.... ahaks!
Jom tinjau-tinjau produk minyak zaitun yang lain.
Ketika kawan-kawan yang lain sibuk membeli pelbagai oleh-oleh seperti coklat, Amie merayau di tempat letak minyak zaitun. Rasanya seperti hendak beli!
Mulalah teragak-agak hendak memilih yang mana satu. |
Akhirnya ambillah satu tin minyak zaitun extra virgin 500ml dengan harga 8 EURO. |
Minyak zaitun extra virgin (Extra Virgin Olive Oil atau EVOO) adalah minyak zaitun dengan kualiti tertinggi yang dihasilkan melalui proses perahan pertama secara sejuk (cold-pressed) tanpa haba atau bahan kimia tambahan. Ia mempunyai kadar asid yang rendah (kurang daripada 0.8%) dan kaya dengan rasa, aroma, dan nutrien semulajadi buah zaitun. EVOO sesuai untuk dimakan mentah, sebagai dressing salad, atau dicampurkan dalam masakan yang tidak memerlukan haba tinggi kerana haba boleh merosakkan khasiatnya.
Amie gunakan minyak zaitun ini semasa menyediakan salad dan masih ada sedikit bakinya.
Sempat juga melihat pelbagai jenis jeruk seperti aceitunas alinadas @ zaitun jeruk, cebolletas an vinagre @ jeruk bawang putih kecil, pepinillos @ timun jeruk, berenjenas de almagro @ terung jeruk la mancha, guindillas @ cili jeruk dan pelbagai lagi.
Aceitunas Alinadas @ Zaitun Jeruk |
Dan pelbagai macam lagi....
Bas membawa kami meninggalkan kedai dan kami sambung jamu mata menikmati suasana perbukitan dan ladang pokok zaiton. Sebelum mata terlelap, sempat merakam sekeping dua gambar. Sayangnya gambar tidak seindah keadaan sebenar kerana kesan pembalikan cahaya dari kaca tingkap bas. Tak apalah, daripada tak ada gambar baiklah ada kan walaupun tak berapa sempurna.
Pemandangan ladang zaitun.
Ladang zaitun.
Ladang Zaitun. |
Ladang anggur di musim dingin. Hanya tinggal pokok gondol menanti masa untuk bertunas dan berbunga di musim bunga. |
Bentuk awan yang agak aneh.
Selamat datang ke wilayah Cordova!
11 comments
Sy tak pandai langsung gunakan minyak zaitun sebagai dressing salad, takut nanti rasa dia pelik, hihi. Macammana tu Kak Amie bawa balik barang² yg dibeli tu ya? Memang bawa dalam luggage ke?
BalasPadamCantik tersusun pokok zaitun. Luas ladangnya. Sayangnya ambil gambar tapi ada pantulan cermin kan. Nak buat macamana, tak boleh elak. Kita ambil je lah buat ada gambar dan kenangan. Best betul shopping macam-macam keluaran dari buah zaitun. Harga pun nampak macam murah juga. Ada diskaun lagi, rugilah kalau tak membeli. First time nampak buah tin kering macam tu. Nampak macam asam ada putih-putih tu pulak.
BalasPadamKalo dekat angkut mcm2 dh ni kan kak....losyen tu lembut jer letak dekat tangan...bau pun nice...
BalasPadamCantik betul ladang pokok zaitun dan pokok anggur, bersih je tanpa ada rumput apa semua. Menarik jugak jualan di kedai tu kak... terliur dana tengok jeruk timun tu nampak kecik dan comel je rupanya tu. Awan kat sana lain, kat malaysia banyak awan jenis comulus dan comulunimbus... kat sana jenis cirrus
BalasPadamterkesima tengok ladang zaitun, saya pulak yg rambang mata tgk jajan...
BalasPadamSA pernah makan salad dengan dressing minyak zaitun..memang x kena ngan selera sebab rasa sedikit pelik..cantik tersusun pokok Zaitun tu kak...kat Malaysia x jumpa pemandangan macam kat sini kan...sedang elok la akak amik gambar..kalau boleh print letak dalam album gambar pun ok
BalasPadamya Allah, cantknya view.. kalau saya mmg giler tgk pokok zaitun tu...iishh sedapnya pickles tu, krup krup
BalasPadamluas nya kawasan....terang sungguh
BalasPadamSuka tengok ladang zaitun seluas mata memandang.
BalasPadamDiperhatikan lewat foto-fotonya, betul juga Mbak bentuk awannya berbeda dengan bentuk awan disini. Kenapa bisa demikian ya?
BalasPadamKetemu buah tin dan minyak zaitun disana ya Mbak. Sesuai dengan surat At-Tin dalam Al Qur'an?
Salam,
Cantik gambar langit biru dan ada padang menghijau tu. Nampak macam poskad.
BalasPadamSeronok, dapat tengok macam-macam produk dari buah zaitun. Musykil, bau sabunnya macam sabun mandi biasakah, atau bau minyak zaitun.