Tunggu Nasi Goreng Hampir Satu Jam Tak Sampai-Sampai!
6:30 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tak sangka pula Kota Bharu menghadapi kesesakan jalan raya. Ditambah pula hujan yang turun tidak berhenti. Eloklah cari makan di restoran dalam hotel saja. Tidak perlu keluarkan kereta dari tempat letaknya, dan tidak buang masa menghadapi kesesakan jalan raya untuk keluar cari makan.
Pukul 4:31 kami sudah berada di restoran. Untuk menulis entri mudah sahaja merujuk masa, sebab semua maklumat tertera di dalam galeri sewaktu kita tangkap gambar. Kami harapkan dapatlah melayan perut yang semakin lapar! Perjalanan panjang dari Baling ke Kota Bharu bukan memakan masa yang sedikit!
Lima minit kemudian, datang pula pizza untuk Firdaus. Sewaktu pelayan restoran hantar pizza, Encik Suami tanya : Lama lagikah nasi goreng yang dipesan? Pelayan restoran jawab : Sedang dimasak.
Masih boleh dibaca waktu resit dikeluarkan pada pukul 17:27 petang. |
16 comments
Kembang kempis tu mesti tahan marah kan, sy pun ikut geram membacanya!
BalasPadamSaya pun naik seram juga tengok air muka Encik Suami dah berubah. Kalau warna kulitnya cerah sudah tentu nampak merah padamnya kan SK. Sib baik gelap.
Padamaduhai lama btul tu tgu nasi goreng..tp bila tany jwpan sebegitu bikin angin
BalasPadamSabo ajelah kan Mama Tisya. Kita yang melihat pun berangin, apalagi orang yang menunggu lagi berganda masuk anginnya hihihii.
PadamYa Allah…saya yang baca ni pun ikut rasa geram!
BalasPadamDahlah pelayan menipu cakap sedang dimasak, lepas tu cashier senyum-senyum tanpa sebarang rasa kesal. Kalau terlepas kata pun memang wajar. Tapi takpelah, pasti ada hikmahnya tu.
Itulah Ujie.... dalam banyak-banyak tempat makan yang pernah kita singgah, ada jew satu dua tempat yang tak jaga kualiti layanan.
Padamsaya boleh jadi mengamuk juga kalau lambat
BalasPadamSaya pun risau juga kalau tiba-tiba Encik Suami mengamuk.... dekat satu jam menunggu kan.
Padammemalukan org Kelate je staff restoran tu. dah la mahal harga makanannya! Service is out!
BalasPadamTempat lain selain Kelantan pun ada juga beberapa kali kami dilayan begini. Keseluruhannya jalan-jalan ke Kelantan ok jew, cuma di hotel ini sajalah nak jadi cerita begini.
PadamAlamak.. hotel 5 star tu.
BalasPadamAlasannya buat sakit hati.
Kan... janganlah buat pelanggan begitu.
PadamKalo suami saya dah minta panggilkan manager 🤣🤣🤣. Dia paling anti Ama hal2 begini. Apalagi ini hotel bintang 5. Kalo ini hotel berbintang rendah, dia bisa maafkan, tp bintang 5 kita expect service mereka akan jauuuh LBH bagus dan sigap.
BalasPadamBetul dik. Boleh jadi gaduh.
PadamSemoga pelanggan lain tidaklah dilayan seperti begini.
Kalau SA memang dah marah dah tu Kak Amie..lama sanagt tu menunggu...
BalasPadamYang membaca pun turut sama rasa geram sebb menurut kak amie pelanggan tak ramai. Setakat nasi goreng tu alahaiiiii, bukan kene pergi sembelih ayam dulu pun. Ke mereka tak masak nasi lagi?
BalasPadam