Sarapan di Roti Bakar Warung Mat Noi Baling

8:00 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Pukul 8:50 pagi kami meninggalkan Lata Bayu Chalet untuk jalan-jalan cari sarapan di Pekan Baling. 9:15 pagi kami tiba tempat tujuan iaitu Roti Bakar Warung Mat Noi di Pekan Baling.

Roti Bakar Warung Mat Noi


Kiri kanan jalan menuju ke Pekan Baling dipenuhi dengan barisan pokok getah.

Sebelum itu kita kongsikan beberapa keping gambar yang dirakam dalam perjalanan menuju ke Pekan Baling.  Sudah tentulah kita rasa sayu melihat deretan pokok-pokok getah yang semakin lama semakin berkurangan apabila mula menghampiri Pekan Baling. Terasa seolah-olah kenangan lama yang bergayut di tangkai hati turut direntap meninggalkan jauh kawasan Baling.

Biarpun sekadar pokok getah, namun segala nostalgia yang berkaitan dengannya tetap terpahat jauh di lubuk jiwa!



Menghampiri Pekan Baling.....









Sampailah kami di Warung Mat Noi Roti Bakar.





Walaupun agak ramai penunjung yang datang di pagi hari, namun tiada masalah tempat duduk kerana kawasannya lapang dan luas sampai ke bawah pokok.



Antara menu yang ada di Warung Mat Noi.


Lengkap dengan paparan kilo kalori setiap pengambilan menu.


Kita sudah tidak peduli jumlah kalori... ahaks! yang penting dapat jamah menu yang sedap.

Lontong ini sangat sedap, cukup rasa! Tapi tak ingat berapa harganya.

Nasi lemak lauk sambal ikan kering, sambal paru dan telur mata ini berharga RM4.20. Tak dapat dilupakan sambal ikan kering yang tak berapa masin, memang sangat sedap.



Kopi pula berharga RM1.20 sen secawan.

Firdaus : Roti Bakar Telur  RM3.80 sen  & Hashbrown RM2.80 sen.

Encik Suami : Roti Bakar Kacang Pool RM6.00

Firdaus dengan teh ais RM1.60 sen.


Bismillah.



Selesai sarapan, jalan-jalan sekitar Pekan Baling dulu sebelum kami berangkat pergi.


Lebih kurang pukul 10:00 pagi kami meninggalkan Pekan Baling.





Ke arah mana pula stereng kereta membawa kami selepas ini?











13 comments

  1. kat daerah Baling masih terdapat banyak lagi kebun getah

    BalasPadam
  2. Sesekali berjalan jauh, rugi kira kalori 😄

    Wah…dari utara ke pantai timur pulak ya.

    BalasPadam
  3. Nampak menyelerakan. Biasanya kalau travel memang tak peduli dah kalori tu. hihi

    BalasPadam
  4. Dah banyak pembangunan sana sini. Banyak sudah pokok ditarah. Sedih tengok.
    Bila berjalan ni kita buat buat lupa kalori. Hantam sajalah. Lepas tu baru fikir bakar kalpri. Hehehe…

    BalasPadam
  5. Sedap menu2 di Warung Mat Noi tu. Bila berlaku nya pembangunan, maka pokok2 antara mangsa nya.

    BalasPadam
  6. Bila dah berjalan memang dah tak kira kalori ke apa dah..nikmati sahaja makanan yang ada di situ kan kak amie?bila pulang ke sarang bolehlah makan menu insaf hehe..Semua pun memang nampak sedap dan harga pun berpatutan sangat tu

    BalasPadam
  7. Sedapnya sarapan depa 😋
    Dari jalan besar tak nampak sangat pokok getahnya Kak, tapi sebenarnya di bukit² masih banyak yg menoreh getah. Tapi ada juga yg mula gantikan getah dgn kelapa sawit sbb harga getah sgt rendah skrg ni. Anak2 muda pun jarang yg mahu terlibat, byk yg kerja kilang bg yg tidak menyambung pelajaran.

    BalasPadam
  8. Sekarang, jalan2 kat utara pun dah boleh jumpa lontong, kan.

    BalasPadam
  9. Bila pergi bercuti2, kena lupakan kejap pengiraan kalori tu hihi. Semua menu nampak sedap.

    BalasPadam
  10. sedap tu menu firdaus ada telur gedik

    BalasPadam
  11. Kat utara memang kerap jumpa sambal nasi lemak ikan masin yang tak berapa masin.
    Last few months masa nak balik dari Kulim singgah beli, terus makan dalam kereta sebab tak tahan tengok 😁

    BalasPadam
  12. Kirain dia hanya menjual roti bakar. Ternyata ada menu lain juga yaa 😍😍. Saya tertarik lihat lontongnya itu kak

    BalasPadam
  13. Kalau SA pun memang x tengok dah jumlah kalori..janji makan ..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe