Menyendol dan Makan Rojak di Haji Chendul & Coconut Shake Sambil Menunggu Kedatangan Fuad
4:25 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Encik Suami sudah buat perancangan untuk 'prank' Fuad melalui Abang Farid. Sebenarnya Fuad tidak tahu kami akan datang ke Penang. Sewaktu kami berada di Spices Hotel, Encik Suami suruh Abang Farid mesej Fuad, kononnya Abang Farid datang ke Penang untuk menghadiri seminar. Encik Suami suruh Abang Farid minta Fuad datang berjumpa dengannya di Spices Hotel. Fuad pula kata, Abang Faridlah datang berjumpa dengannya di Summer Place.
Sampai di sini, Encik Suami kata dengan Abang Farid : Nanti kita cari fikiran dulu. Hal ini kerana kalau hendak ke Summer Place di kondominium tempat tinggal Fuad, sudah tentu terpaksa melalui jalan yang sesak. Sekarang sudah pukul lima petang.
Jadi, idea untuk 'prank' Fuad terhenti di sini dahulu. Kami keluar dari Spices Hotel dan jalan-jalan di sekitar.
Menyendol di Haji Chendul & Cococnut Shake |
Kami jalan kaki sahaja menyusuri lorong-lorong sehinggalah sampai di Lebuh Aceh.
Nampaknya George Town yang merupakan bandar raya tertua selepas Melaka ini di kelilingi bangunan lama dan tersendiri. Memang sesuailah bandar ini mendapat jolokan bandar raya pesara di dunia kerana ramai dalam kalangan warga pesara yang duduk berehat sambil menikmati pemandangan dan sejarah tempatan di sini.
Melihat beca roda tiga di sini teringat pula beca roda tiga di Bandar Hilir Melaka.
Sempat jugalah bergambar berhampiran lukisan mural di George Town Street Art.
Sampai di simpang Lebuh Aceh, kami singgah di Haji Chendul & Coconut Shake. Ada sebuah masjid bersebelahan dengannya iaitu Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh Pulau Pinang.
Di sinilah kami singgah hirup cendol : Haji Chendul & Coconut Shake.
Sempat intai abang di dalam yang sedang sediakan cendol.
Walaupun sudah pukul 5:30 petang tetapi bahang panas matahari masih terasa. Berbeza sungguh dengan LD. Kalau di LD pukul 5:30 petang memang sudah bersiap-siap untuk tutup tingkap rumah sebab tidak lama lagi akan masuk waktu maghrib.
Firdaus tak mahu menyendol. Generasi Z ini lebih suka minum green tea berbanding emak bapanya yang lahir sebagai Generasi X yang lebih memilih kepada yang tradisi!
Kami juga memesan rojak buah. Memang betullah, rojak begini hanya kami berdua saja yang sentuh. Sekali lagi, Firdaus sebagai Generasi Z tidak berminat untuk mencicipinya.
Kita sambung rancangan untuk 'prank' Fuad.
Encik Suami suruh Abang Farid mesej Fuad dan beritahu kononnya Abang Farid tunggu Fuad di Haji Chendul & Coconut Shake yang terletak bersebelahan dengan Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh.
Encik Suami suruh Abang Farid mesej Fuad dan beritahu kononnya Abang Farid tunggu Fuad di Haji Chendul & Coconut Shake yang terletak bersebelahan dengan Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh.
Sambil menikmati cendol dan rojak buah, sempat pula tangkap gambar suasana di tempat menyendol kami ini. Unik pula melihat tempat duduk dan meja yang diperbuat daripada tong!
Hiasan dalamannya pun pelbagai!
Kami tertoleh-toleh melihat arah jalan raya, mana tahu kalau-kalau muncul kelibat Fuad. Fuad tamat kerja pada pukul lima petang. Sekarang hampir pukul enam petang. Pekerja Haji Chendul & Coconut Shake sedang mengemas kedudukan kerusi meja dan rupanya tempat ini ditutup pada pukul enam petang! Patutlah semua pelanggan sudah mengundurkan diri.
Kami pun terpaksalah angkat kaki walaupun Fuad belum memunculkan diri.
Hendak tunggu Fuad di mana? Ada simpang empat di situ. Kami menyeberang jalan melintasi masjid dan menyeberang lagi ke jalan seterusnya lalu berdiri bersebelahan tiang lampu isyarat. Rasanya kalau berdiri di simpang empat ini, mungkin boleh nampak Fuad yang menunggang motosikal. Mungkin Fuad akan terus menuju ke simpang arah ke masjid. Tidak tahulah Fuad datang dari arah mana tapi sekurang-kurang nanti kami boleh nampak kelibatnya.
Sambil menunggu Fuad di sebelah tiang lampu isyarat, sambil pura-pura tangkap gambar... ahaks!
10 comments
suspens jugak ni citer ni...muncul ke tak Fuadnya kak amie...berdebar SA nak tau kisah seterusnya
BalasPadamKan kak... anak saya semua tak suka cendol. Saya je dgn suami suka cendol... nikmat di hari panas panas. berjaya tak prank fuad ni...
BalasPadamRojak dan chendol tu wajib kalau ke Pulau Pinang.. Bandar kedua tertua kedua .. Baru tahu kat George Town pun ada beca hihii.. Lama benor dah tak jejak kan kaki ke George Town.. nak kena plan ni..
BalasPadamOhhh..ada rancangan rupanya. Patutlah Fuad terkejut pun, ingatkan Abang Farid datang. Seronok jalan-jalan Penang. Saya pergi Street Art tu masa mula-mula tengah hype. Sekarang ni nak ke Utara pun tak tahu bila. Cantik dekorasi kedainya pun, best betul dapat menyendol di kala cuaca tengah panas. Rojak buah pun sedap. Biasa Daus macam suka makanan lama-lama ni. Berubah selera sudah. hihi...
BalasPadamAduhai bukan anak-anak akak je yang suka buat suprise ye, rupanya mak ayahnya pun suka buat suprise kat anak-anak. Hahahhahah aduhla mesti seronok betul masa tu masa merancang kan
BalasPadamSedap betul aihhh nengok Firdaus sedut green tea tu.
BalasPadamSeronok juga jalan2 Penang ni. Lama pulak tak pergi Penang ni.
BalasPadamAnak linda pandai minum cendol dan makan rojak buah.. Tetapi, haruslah makan buah yang dia suka saja... Tinggal lah sengkuang dengan timun jaa untuk ibu dan ayah... Hahaha
BalasPadamTerliur tengok cendol . Panas-panas ni makan cendol fuhhh memang layan tekak tu ..
BalasPadamTempat firdaus dan suami kak Amie berfoto di depan mural, saya dan adik2 pun berfoto di situ juga 😄😄. Saya tahu cendol ini, tp waktu itu tak coba Krn sedang kenyang menyesal pula 🤣
BalasPadam