Ada Apa di Pasar Kedai Payang?

7:47 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Walaupun sudah pukul lima petang tetapi matahari masih menyebarkan bahang panasnya di sekitar Kuala Terengganu. Encik Suami berkali-kali mengelilingi kawasan Pasar Kedai Payang untuk mencari tempat letak kereta. Semua tempat letak kereta penuh. Terpaksalah letak sahaja kereta di tempat yang agak jauh dari Pasar Kedai Payang. 



Asyik berpusing-pusing di sekitar sini sebanyak lima kali.


Di mana ada tempat kosong, di situlah Encik Suami letak kereta.


Suasana di bahagian luar Pasar Kedai Payang. Walaupun sudah beli keropok di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu tetapi beli juga keropok di Pasar Kedai Payang. Walaupun namanya sama keropok, tapi itu keropok Kelantan dan ini keropok Terengganu... ahaks!


Tak sempat berlama-lama untuk melihat pelbagai macam makanan ringan dan makanan tradisional Terengganu di sini. Kalau dilayan kehendak, penuhlah bonet kereta!



Sudah beli kain di Kelantan, kenalah pula beli kain di Terengganu. Terpikat dengan corak batik sarung dan kehalusannya, belilah beberapa helai buat kenangan. Beli juga kain cotton lima corak. Bolehlah jadi 'orang muda' apabila siap ditempah dengan warna-warnanya yang ceria.


Pukul enam petang kami tinggalkan Pasar Kedai Payang. Waktu ini merupakan masa yang sesuai untuk makan malam sebelum balik ke hotel. Jom jalan-jalan cari makan pula.


Waktu jalan-jalan cari makan, terpandanglah perkataan yang tertera dalam gambar di atas. Cantik kata-katanya: Maksiat itu racun. Taubat itu penawar.
Sesiapa yang baca diharapkan tolak maksiat dan terus insaf!


Seronoknya kalau dapat makan di tepi pantai di kala petang. Teringat makan goreng-gorengan di Pantai Penarik, Setiu sebelum sampai ke Kuala Terengganu. Sayangnya apabila kami sampai di tempat makan SELERA BOS IKAN BAKAR, tutuplah pula kedainya!


Keesokan paginya sebelum kami tinggalkan Kuala Terengganu, selepas sarapan sekali lagi kami ke Pasar Kedai Payang. Kali ini hendak mencari keropok lekor pula sebagai oleh-oleh. Sudah ada keropok kering, kenalah ada keropok basah pula. Abang Farid memang sudah pesan awal-awal supaya belikan untuknya keropok lekor.


Kami singgah di gerai Keropok Lekor Tok Molor.


Keropok Lekor Tok Molor baru sampai di gerai. Masih panas lagi. Sebungkus harga RM12.00. Kalau beli 10 bungkus dapat percuma sebungkus. Sosnya pula sebotol RM5.00. Kalau beli tiga botol dapat RM10.00.


Kami beli 10 bungkus Keropok Lekor Tok Molor dan dapat satu bungkus percuma. Semua adik-beradik  dapat oleh-oleh sebungkus keropok kering dari Kelantan dan sebungkus keropok lekor dari Terengganu.


Kami tidak masuk ke bahagian dalam Pasar Kedai Payang. Selepas beli keropok lekor, jalan-jalan di gerai buah. Mana tahu ada buah kundang. Nampaknya tidak ada 'mangga kecil' Firdaus ditemui di sini.


Di kiri kanan pintu masuk Pasar Kedai Payang, ada beberapa orang penjual minuman sedang melayan pelanggan. Walaupun hari masih pagi sekitar pukul sembilan lebih, tetapi jualan air mendapat kunjungan ramai. 


Air kelapa, air limau kasturi dan air ribena seakan-akan melambai kami datang kepadanya.


Tetapi kaki kita melangkah ke arah gerai cendol!


Kami tinggalkan Kuala Terengganu dengan sebungkus cendol yang sejuk dan lemak manis.


11 comments

  1. Menyelerakan bila tengok buah rojak tu..

    BalasPadam
  2. Nostalgia pasar payang jaman wak duduk tengganu awal tahun 80ang dulu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wah, banyak kenangan Wak di sini ye. Tentu sudah berlaku banyak perubahannya berbanding dahulu.

      Padam
  3. Kak, keropok Lekor basah itu bisa tak dibawa pulang utk oleh2, tanpa harus masuk kulkas? Kalo saya ke Terengganu, beli keropok basah, trus masih harus balik KL, baru dari KL ke JKT, dia tetap bagus tak ya? Kerupoknya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menurut peniaga keropok lekor di situ, boleh tahan tiga hari tanpa masuk peti sejuk. Maksudnya pada suhu bilik. Kak Amie beli keropok lekor di sini pada 4 Mac dan bawa terbang ke Sabah pada 6 Mac. Masih elok walaupun sudah lebih 3 hari. Kebetulan pula 4 Mac itu waktu keropok lekor dibeli, baru saja direbus jadi masih baru.

      Padam
  4. Sy lebih suka ke Pasar Payang yang baharu ni berbanding semasa di bangunan lama yg bertingkat2 tu. Sini lebih mudah nak jalan, yg dulu lagi susah nak cari parkir.

    BalasPadam
  5. Bila la Sa dpaat pi borong keropok lekor dan jugak keropok keping kat sana..confirm penuh bonet kereta SA nanti ni....

    BalasPadam
  6. Seronok kalau tengok jalan-jalan akak di semenanjung, memang dari utara sampai selatan kalau akak berjalan... Pasar payang tak pernah la mudah nak dapat parking. Dari masa kat tempat baru atau tempat lama sama je payahnya... Bila sampai memang rambang mata jadinya

    BalasPadam
  7. Sedapnya keropok lekor yang baru lepas rebus. Makan panas-panas.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe