Lounge Berkongsi Yang Sangat Selesa di MyBed Homestay Padang Besar

9:43 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Selesai makan di Restoran Naina Tomyam, kami berjalan kaki menuju ke MyBed Homestay untuk daftar masuk. Tempat penginapan kami yang berkonsep lounge berkongsi ini letaknya di Gapura Square Padang Besar, 15, Lorong 1, Padang Besar, Perlis. Untuk bilik deluxe twin, bayaran satu malam dikenakan sebanyak RM172.00.  Abang Farid tempahkan penginapan kami melalui Booking.com. Katanya Amie dapat potongan harga kerana selalu gunakan khidmatnya.

Untuk sampai ke bilik kami, terpaksalah mendaki tangga! Dan membawa beg pula. Namun begitu sebaik sahaja sampai ke tingkat atas, lelah menaiki tangga terus hilang apabila melihat keadaan di ruang luar bilik yang tersusun kemas.


Sangat selesa dan tenang!
Bilik kami di belakang Firdaus, sebelah kiri.
Jom buka pintu.


Ada dua katil bujang dengan tilam yang empuk dan dihiasi dengan bantal kusyen bersarung corak bunga-bunga. Yang terbaring belang-belang di hujung katil itu bantak busuk Firdaus... ahaks! 






Tetamu yang menginap di sini sibekalkan dengan dua mangkuk mi segera. Jika hendak memasaknya bolehlah naik ke tingkat atas, samada meredam dengan air panas dan didihkan di dalam periuk.


Bilik airnya luas dan bersih.
Empat atau lima orang pun boleh masuk sekali!
Masuk sajalah, lepas itu keluar semula....ahaks!





Jom kita keluar dari bilik. Apa ada di luar dan di tingkat atas.


Ketika kamai berada di sini, tidak nampak kelibat tetamu yang lain. Hanya kedengaran bunyi tapak kasut dan pintu ditutup. Firdaus pun bolehlah berguling-guling di sini dengan selesa.








Kalau menginap beramai-ramai bersama keluarga memang seronok!
Boleh berehat bersama-sama di ruang tamu sambil menonton televisyen dan kemudian naik ke tingkat atas untuk makan dan minum.



Sterika turut disediakan di tingkat satu dan di tingkat dua.
Jom kita naik ke tingkat dua.

Tempat letak kasut.

Tempat letak kunci.





Sterika di tingkat dua.







Terdapat pelbagai kelengkapan di dapur seperti microwave, cerek elektrik, penapis air, dapur, peti sejuk dan sebagainya.







Rasa selesa sangat berada di sini. Rasanya hendak berehat-rehat sahaja. Rasa hendak tidur pun ada. Mengenangkan cuaca yang sangat panas di luar, memang nyaman sungguhlah lelapkan mata dalam bilik bertilam empuk dan bersuhu dingin! Tapi kalau sudah datang jauh-jauh tak kanlah hendak tidur pula!

11 comments

  1. Selesa betul bilik nya...
    Jauh bantal busuk firdaus berjalan, ikot naik kapal terbang jugak... Hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Firdaus dengan bantal busuk memang berpisah tiada.

      Padam
  2. Daus tu tidur2 ayam ke, tidur lah permaisuri?

    BalasPadam
  3. Wahh cantiknya .. bilik pun nampak selesa ..cantik .. decorations pun love sangattt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sangat selesa CCL. kalau boleh hendak melekap terus dalam bilik hihihiii.

      Padam
  4. Selesa sangat tu biliknya... dalam cuaca panas memang kalau boleh nak baring-baring je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Faizah. Sempat jugalah meronda sebelah petang. Kalau tunggu sejuk sebelah malam memang sudah tutuplah kedai-kedainya.

      Padam
  5. Uwaaaaah luaaaas kamarnya kak, dan berseni sangaat. Cantiiik 😍😍😍😍. Saya nak juga stay di sana . Tak ada lift tak apalah. Anggab olahraga sedikit 😄

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah dik, walaupun lelah mendaki tangga tapi hilang letih melihat tempat rehat yang sangat selesa.

      Padam
  6. Harga boleh tahan murah dan deco pun cantik menenangkan..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe