Jalan-Jalan Ke Negeri Cik Siti Wang Kembang

8:23 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Sebenarnya kami sekadar jalan-jalan santai sahaja, tujuan melihat-lihat suasana di setiap laluan dari negeri ke negeri. Kalau rasa lapar, cari tempat makan. Kalau penat, berehat sahaja di tempat penginapan. Tidaklah terkejar-kejar untuk sampai ke satu-satu destinasi.  Apabila rakan-rakan yang pernah bekerja di tempat yang sama di LD mendapat tahu kami berada di Kedah, mereka pun ajak datang ke rumah. Sayangnya setelah kami tinggalkan George Town untuk ke Perlis, barulah kawan di Sungai Petani mesej supaya kami singgah di rumahnya. Itu pun katanya setelah melihat Amie post gambar di FB sewaktu berada di Penang. Begitu juga dalam perjalanan ke Baling, seorang rakan di Jitra baru perasan kami berada di sana. Alahai... hendak patah balik ke Jitra, terpaksa ambil masa dua jam perjalanan. Tak apalah, lain kali ada rezeki kita boleh jumpa. Mudah-mudahan ada kesempatan untuk ziarah teman-teman sekerja di LD yang sudah berpindah ke tempat asal masing-masing.


Sekarang kami dalam perjalanan ke Kota Bharu. Sebelum itu Amie sudah mesej Fauzan di Bachok, beritahu kami akan bermalam di Kota Bharu. Rupanya Fauzan terpaksa menghabiskan cutinya di Ipoh. Kebetulan pada waktu tersebut beliau tidak dapat pulang ke Bachok kerana terpaksa menggalas tugas di sekolah. Jadi, katanya jangan lupa singgah ke rumahnya. Amie pernah datang ke rumahnya tetapi tidak dapat ingat dengan jelas arah jalannya. Beliau kirimkan alamat tetapi katanya tidak ada nombor rumah sebab kawasan kampung. Sampai di Bachok nanti, dia minta abangnya datang 'ambil' kami. 

Dan satu lagi sebenarnya ada jemputan ke majlis kahwin Syafiqah, seorang rakan yang sedang bertugas di tempat yang sama di LD. Majlis tersebut diadakan pada hari yang sama kami datang ke Kelantan. Katanya, kalau datang ke Kota Bharu jangan lupa datang ke majlisnya. Melihat kad jemputan, majlis berlangsung sehingga pukul enam petang.

Kita tengoklah nanti apa ceritanya.

Gerai Etok Salai


Sepanjang perjalanan dari Baling ke Kota Bharu, langit kelihatan mendung warna kelabu. Jalannya pula elok rata dengan pemandangan tumbuhan hijau yang nampak redup. Kadang-kadang terlihat dahan daun pokok besar di kiri dan kanan jalan bercantum di tengah jalan. Cantik! 

Bagaimanapun Amie selalu ingatkan Encik Suami supaya berhati-hati memandu apabila sering kali melihat penunggang basikal yang mengayuh beriringan di jalan raya. Begitu juga dengan penunggang motosikal, juga menunggang beriringan dan tidak memakai helmet. 

Paling seronok sudah tentulah apabila dapat melihat banyak gerai etok salai.


Teruja apabila banyak kali melalui gerai etok salai, jadi kami pun berhenti untuk membelinya. Ada perasa BBQ, tomyam, pedas dan biasa. Sebungkus harga RM5.00.

Kami beli sebungkus etok salai perasa tomyam.


Sedap dapat nyonyot etok salai tapi tak pandai buka! Nampaknya kena belajar macamana nak makan etok salai. Jadinya, kami bawalah etok salai masuk bilik hotel di Kota Bharu. 


Betullah, memang Kelantan mewah dengan etok salai! Buktinya tidak henti-henti kami melihat gerai etok salai di kiri kanan jalan.


Kami singgah juga di gerai jualan air nira kelapa dan air nira nipah. Sayangnya ketika menulis entri ini, Amie tidak boleh bezakan mana satu air nira kelapa dan mana sebenarnya air nira nipah. Yang Amie ingat, peniaga air nira tersebut beritahu air nira nipah kurang manis berbanding air nira kelapa. Kedua-duanya berharga RM6.00 setiap sebotol.


Keliru, antara gambar atas dan bawah ini mana satu air nira kelapa dan air nira nipah?


Banyak gerai buah mangga dan tembikai di tepi jalan. Kami berhenti singgah di salah sebuah gerai buah tembikai. Tuan tembikai tidak ada, jadi kami bertanya kepada peniaga mangga di sebelahnya. Katanya, tuan punya tembikai sedang solat. Sempat tanya harga sekilogram buah tembikai di situ. RM2.00 sekilogram!


Encik Suami tidak sabar hendak beli tembikai! Maklumlah beza harga tiga kali ganda dengan harga tembikai di LD. Setelah beberapa minit menunggu, tuan punya tembikai tidak muncul-muncul, jadi kami pun tinggalkan gerai tersebut. Peniaga mangga pula tidak menawarkan diri untuk tolong jual tembikai jirannya... ahaks! Kita cari buah di tempat lain sajalah. 


Ketika kami berada di Simpang Bendang Nyior, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Tidak sangka pula selepas itu kami terpaksa mengharung kesesakan jalan raya untuk sampai ke Kota Bharu.

Lebih kurang pukul empat petang, barulah kami dapat daftar masuk ke hotel. Menurut petugas di kaunter, sudah lama Kota Bharu tidak hujan. Kali ini lebat dan panjang pula hujannya sampai ke petang.


Oleh kerana rasa sangat lapar dan hujan pula, jadi kami putuskan untuk mencari alas perut di restoran tempat kami menginap. Selepas makan kami bergerak ke Pasar Besar Siti Khadijah. Sayangnya pasar sudah tutup. Kami hanya sempat beli buah mangga dan limau untuk buah tangan ke rumah Fauzan di Bachok.

Cerita tentang Syafiqah yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini, Amie mesej kami cuba untuk datang ke rumahnya pada sebelah malam. Issshhhh.... majlis berakhir pukul enam petang, kita hendak datang sebelah malam pula.

Pukul 6:30 petang, Encik Suami memandu ke Bachok. Oleh kerana alamat yang diberi tertulis : Beris Kubur Besar, jadi Amie cadangkan Encik Suami menuju arah ke tanah perkuburan. Apabila ternampak papan tanda di situ, barulah kami hubungi semula Fauzan supaya abangnya boleh datang 'ambil' kami.


Jalan Tepi Kubur, Beris Kubur Besar.



Pada masa yang sama, terpandang papan tanda Kota Jembal.
Eh! Kota Jembal itu alamat rumah Syafiqah! Maknanya rumah pengantin dekat-dekat sini jugalah. Apabila buka aplikasi WhatsAap, tiada pula respon dari Syafiqah. Tentu pengantin keletihan melayan tetamu sepanjang hari dan tak sempat balas mesej kita.

Bersama ibu, ayah dan kakak Fauzan.

Alhamdulillah, akhirnya sampailah kami ke rumah keluarga Fauzan. Menurut Fauzan, ayahnya sudah beransur sihat dan baru sahaja keluar dari hospital. Ibu, ayah, Kak Pah dan abang Fauzan pernah datang ke LD dan sempat ziarah ke rumah kami. Dari situlah kami berkenalan.


Petang itu kami dijamu laksa lemak Kelantan, air tangan Kak Pah.
Memang berselera sungguh kami makan laksa. Menurut Fauzan, ibu dan ayahnya merupakan peniaga laksa. Melalui hasil jualan laksa itulah mereka menyara keluarga sehingga semuanya berjaya.


Laksa  Kelantan dengan kuah lemak yang cukup rasa.

Setelah dijamu laksa, kami dibekalkan pula laksa untuk dibawa pulang ke hotel. Kata mereka, nanti bolehlah makan laksa waktu malam! Alhamdulillah, rezeki Allah.

Tertunggu-tunggu juga Syafiqah balas mesej. 
Akhirnya tertidur!


17 comments

  1. Balasan
    1. Saya fail makan etok. Orang Kelantan hebat boleh buka etok dengan gigi.

      Padam
  2. Beberapa kali lalu jalan yang ada peniaga etok berderet tepi jalan, tapi sebab kami suami isteri tak pernah makan etok, jadi tak berhenti membeli.

    Tentu sedap laksa air tangan peniaga laksa. Seronok dapat bertemu kembali, entah dah berapa lama agaknya tak bersua tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu baca dalam blog dan FB tentang etok salai. Jadi, sudah jumpa cubalah beli sebungkus.

      Padam
  3. jauh perjalanan musafir Amie, kak ana sendiri tak pernah sampai ke Kelate

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jalan-jalan ikut ke mana stereng berpusing ni AJ.

      Padam
  4. Etok ni popular dia melarat ke beberapa negeri. Di sini ada juga nampak orang jual etok salai tapi tak pernah mencubanya. Memang lagi meriah jualannya di sana kan. Takpelah, tak ada rezeki nak membeli tembikai di situ. Tempat lain ada.
    Alhamdulillah, dalam perjalanan ke sana dapat juga bersua. Paling tak sangka dapat bawa bekal sekali tu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sayangnya dapat beli etok tapi tak pandai kopek pakai gigi hihihiii.

      Padam
    2. Ya, sedap betul kuah laksa lemak Kelantan.

      Padam
  5. Alhamdulillah, dapat jugak berziarah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukur Alhamdulillah.
      Moga ada rezeki datang ziarah lagi.

      Padam
  6. Ingat yang panjang tu dalam ada nasi tumpang....rupa rupanya Etok ya....Kalau tengok signboard tu Tanah Merah.....teringat signboard Tanah Merah yang saya jumpa di Queensland, Australia. Masa tu bercuti ke Gold Coast, Australia.

    BalasPadam
  7. Teringin nak rasa etok.. tapi nak kena pergi Kelantan lah pulak huhu
    Laksa Kelantan tu... sedapnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nanti nak duduk santai makan etok. Nak belajar kopek kulit dengan gigi.
      Laksa lemak Kelantan memang sedap sangat. Lagilah hasil air tangan peniaganya.

      Padam
  8. Kak Amie, etok apaan yaa? Saya ingatnya jadi entok, tp kalo entok itu sejenis bebek . Etok apa kah bebek juga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya kongsikan maklumat tentang etok ya dik:
      Etok begitu sinonim dengan masyarakat Kelantan kerana ia adalah kudapan khas ketika menikmati nasi kerabu. Etok boleh menjadi penambah selera kerana rasanya yang lemak manis. Etok atau nama saintifiknya Corbiculacea adalah haiwan berkerang yang menetap di kawasan air bersempadan kawasan air tawar dan air masin, namun lebih kepada kawasan sungai rendah berbanding muara yang berhampiran laut.



      Dalam proses menyalai, ianya merupakan satu proses yang panjang dengan membersih etok itu sendiri. Setekah dibersih, Etok akan diperap dengan bahan-bahan seperti serai, bawang putih, halia, ketumbar dan halba yang dikisar halus. Setiap penyalai etok mempunyai bahan rahsia yang tersendiri dan ini membezakan dengan setiap penyalai etok.



      Namun begitu, membuka kulit Etok ada teknik tersendiri, sama ada menggunakan mata pisau ataupun menggunakan kulit etok itu sendiri.Bagi orang Kelantan, mereka hanya membuka kulit Etok dengan menggunakan gigi sahaja dan dengan itu barulah merasai kelazatan rempah yang disalai pada kulit etok tersebut.
      Kredit : https://www.flickr.com/photos/143648307@N08/30029102242

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe