Beli Kuih Akok Terengganu di Kampung Peroh
8:50 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Apabila terpandang sebuah gerai dengan pemandangan asap nipis, Amie minta Encik Suami perlahankan kereta tetapi sudah terlajak ke hadapan. Terpaksalah Encik Suami undur semula. Dan, Alhamdulillah! Terjumpa gerai akok!
Siapa tidak kenal akok? Sejenis kuih tradisional yang lemak manis hasil kombinasi bahan adunan yang terdiri daripada telur, gula, santan dan tepung. Rasanya yang lembut dan lemak-lemak manis pasti tidak cukup untuk hanya makan seketul.
Akok Terengganu |
Peniaga di gerai akok memberitahu kami bahawa akok yang mereka jual ialah akok Terengganu. Amie tanya, akok Kelantan tidak samakah dengan akok Terengganu sebab setahu Amie akok juga merupakan salah satu kuih tradisional negeri Kelantan. Mereka kata akok Kelantan kurang manis berbanding akok Terengganu. Akok Terengganu diperbuat dengan campuran tepung beras, dan rasanya lebih manis. Oh, begitukah?
Kita dengar sahajalah sebab kita pun tidak tahu sangat pembuatan kuih akok. Pernah sekali dua buat kuih akok tapi mungkin akok Kelantanlah kot sebab guna tepung gandum.
Ada dua jenis akok iaitu akok biasa dan akok pandan. |
Kuih akok di gerai ini sangat laku. Setiap kali dikeluarkan dari acuan dan diletak bawah tudung saji, ada sahaja yang datang membeli panas-panas.
Inilah yang seronoknya datang ke negeri belah pantai timur negara kita. Penyediaan kuih tradisi masih lagi mengekalkan kaedah lama seperti dibakar dengan menggunakan tempurung kelapa yang dijadikan bara di bahagian atas dan bawah tempat pembakar.
Akok pandan sudah tentulah berbau harum. Tidak sabar rasanya hendak makan kuih akok yang sedikit berkerak di bahagian atasnya. Rasanya sudah tentulaha lemak manis dengan bahagian dalamnya yang sangat lembut serta sedikit lembik.
Tidak ingatlah berapa harganya sebab kita tidak buat catatan. Berapa banyak kita beli pun, kita sudah lupa. Ni mesti faktor usia kita.... ahaks! Banyaklah yang terlupa kalau tidak dibuat catatan. Yang kita ingat, kuih akok ini kita beli yang biasa dan akok pandan. Kedua-duanya habis licin sebelum kami sampai ke restoran untuk makan tengah hari.
Akok Terengganu |
Akok yang pernah kita buat sendiri nama dia Kuih Akok Kedut Pandan: AKOK KEDUT PANDAN. Resipinya Amie kongsi dari Mamamia's Kitchen.
15 comments
Biasa kedai yg simple mcm ni la yg sedap sbb masak kuih pun guna cara traditional..
BalasPadamYa, kuih tak sempat sejuk terus disambar pelanggan!
PadamYang tradisional macam ni lah lagi sedap. Kuih akok lagi banyak kedut lagi lembut. Yum yum yum. Kalau saya pun entah berapa banyak le makan kalau beli panas-panas macam ni.
BalasPadamMasih panas, lemak manis dan lembut. Tak cukup masuk dua ketul dalam mulut, mesti nak menambah.
PadamSedap dapat makan akok panas-panas.
BalasPadamBau aromanya saja dah cukup menggoda selera kan Faizah.
PadamSA x makan akok sebab manis...
BalasPadamYa, itulah identiti akok. Mesti lemak manis.
PadamOhh ada beza rupanya. Ingatkan sama je kuih akok ni. Best kalau dapat yang kurang manis tu. Beli dan makan panas-panas memang sedap. Lagi lagi dibuat dengan kaedah tradisional. Bertambah sedapnya.
BalasPadamKak Amie pun baru tahu ada beza akok Kelantan dan akok Terengganu. Selama ini belasah saja, ingatkan semua akok itu sama.
Padamsaya suka kuih akok ni. kalau balik raub ada satu gerai jual kuih akok ni tepi jalan nak ke raub dari KL. Tapi tak perasan pulak kalau ada yang manis dan kurang manis, dari tganu atau dari kelate resepinya.
BalasPadamCerita tentang Raub, rasa sedih pula sebab tanah arwah ayahanda kita di Kampung Semantan Ulu Raub dalam proses untuk dijual sebab tak ada siapa hendak uruskan setelah arwah meninggal. Kalau tak waktu jalan-jalan ke sana boleh juga singgah gerai akok yang MY maksudkan.
PadamOh, baru tahu ada akok Terengganu dan ada akok Kelantan. Sy tahu akok sahaja, tapi yg penting sy peminat akok.
BalasPadamBahaya peminat akok... makan tak brenti!
PadamBentuk kuenya mengingatkan saya Ama salah satu kue tradisional di sini juga. Tp tuhlaah, saya tak tahu nama kak 🤣😅😅. Cuma familier dengan bentuk.
BalasPadamSaya sukaaa keluar seperti ini. Apalagi kalobtak terlalu manis. Metode buat pun masih sangat klasik yaa. Terbayang aroma smokey nya saat matang ❤️