Dari Taman Tasik UTP ke Batu Gajah, Singgah Melawat Kellie's Castle
7:51 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita lama, 28 Februari 2024 lalu. Pada tarikh tersebut kami merancang untuk ke Pulau Pinang melawat Fuad. Memandangkan hari masih pagi, walaupun sudah bersiar-siar di Taman Tasik UTP, kami bercadang untuk lengah-lengahkan masa kerana daftar masuk hotel di George Town masih lama lagi. Jomlah jalan-jalan dahulu di sekitar Tronoh ke Batu Gajah.
Selalu kami sebut-sebut tentang Kellie's Castle. Entah berapa kali rancang untuk singgah melawat bangunan tiga tingkat yang mengikut reka bentuk istana Moghul di Agra, India itu. Dan satu lagi rasa teruja juga untuk merasai suasana 'hantu' di rumah agam yang tidak siap ini. Adakah sama perasannya seperti berada di rumah Agnes Keith di Sandakan seperti yang pernah Amie tuliskan di sini:
Sumber: Istana Kellie
William Kellie Smith berasal dari sebuah kampung di Scotland yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk meneroka 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat daripada perniagaan bersama dengan Alma Baker, Smith mula menanam pokok getah dan menceburi industri perlombongan bijih timah. Ketika itu beliau menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Beliau berkahwin dengan wanita Scotland bernama Agnes, dan kemudian membawa isterinya ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini dikurniakan dengan anak perempuan yang diberi nama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaannya. Akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya merupakan peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluas rumahnya. Smith memulakan rrancangan untuk membina istana besar dengan gelaran Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan ada terowong rahsia yang dilengkapi dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen. Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling tersendiri di seluruh Timur Jauh dari segi bentuk dan keluasannya.
Bagaimanapun bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal untuk mengambil lif yang ditempah pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' ini menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya.
Oleh kerana terlalu taksub dengan agama Hindu dan budaya India, Smith merancang rumah agar berbentuk mirip senibina orang-orang Madras, dengan semua batu bata dan seramik diimport dari India. Beliau turut membawa sejumlah besar pekerja dari India untuk merealisasikan impiannya membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli. Bangunan ini dapat dilalui dari jalan utama dengan berjalan menyeberangi jambatan yang melintasi sungai.
Namun sebenarnya bukan kos mengimport bahan dan buruh dari luar negeri untuk membina rumah itu yang menarik perhatian pelancong tempatan dan asing. Antara hal yang luar biasa mengenai Istana Kellie ialah lif yang pertama di Tanah Melayu yang menghubungkan sayap kanan sampai ke lantai atas, dan adanya dua terowong yang menganjur ke bawah sungai berdekatannya. Salah satunya ialah terowongan yang menghubungkan beberapa candi Hindu yang tidak jauh dari rumah utama. Di tingkat dua, Smith merancang untuk membangun sebuah lapangan tenis dalaman iaitu sebuah projek yang bercita-cita tinggi mengikut piawaian hari ini. Pada tingkat tertinggi, ada halaman untuk bersantai. Puri atau mahligai ini untuk dijadikan pusat hiburan pemilik ladang koloni kaya yang telah menetap di Tanah Melayu. Menurut sebuah laporan akhbar di London pada tanggal 15 September 1911, rumah ini dianggap satu binaan yang unik dan tersendiri.
Mari kita teruskan perjalanan melintas jambatan menuju ke Kellie's Castle.
Tengok gambar sajalah.....
Inilah yang dikatakan rumah berhantu kot - Balkoni Serambi Berhantu. Willian Kellie Smith telah meninggal akibat pneumonia di Lisbon, Portugal dan telah dikebumikan di tanaha perkuburan British. Namun rohnya dikatakan berlegar pada waktu malam, terutamanya sepanjang koridor, bagi menjaga rumah agamnya ini.
Sebuah jambatan menyeberangi Sungai Kinta dibina untuk pelawat agar mudah ke Istana Kellie. Ada kedai makan dan kedai cenderamata dan tapak meletak kereta telah dibina oleh Majlis Daerah Kinta barat pada tahun 1990.
Istana Kellie sering menjadi lokasi penggambaran drama dan filem. Antaranya ialah filem Anna And The King yang dilakonkan oleh Chow Yuen Fatt.
Dengar katanya, kalau hendak merasai kehadiran hantu atau roh pemilik istana ini, datanglah ke sini pada waktu malam dan nantikan kemunculan roh tersebut di balkoni. Wallahu'alam.
Maka, tertunailah hasrat hendak melawat Istana Kellie yang asyik tertangguh bertahun-tahun lamanya!
17 comments
Dah pernah bawak anak2 ke sini tahun lepas. Teruja dieorang nak melawat istana berhantu 😅
BalasPadamBiasanya binaan yang tak siap / terbengkalai akan dikaitkan dengan hantu kan.
PadamKalau peminat alam mistik boleh datang waktu malam....
BalasPadamYa, betul tu Uncle.
PadamNgeri pulak la kalau betul2 berhantu. Jgn2 qorin dia kot yg menjelma di mlm hari tu. Siang pun mungkin ada tp tido kot agaknya. Hihi.
BalasPadamHaaahaaa ... Hantu tidur siang, malam dia berjaga.
PadamLalu banyak kali tapi tak nak singgah hehe serammm.
BalasPadamSamalah dengan kami. Akhirnya singgah juga hihihii.
PadamPernah lalu je tapi belum pernah singgah. Menarik jugak bangunan sejarah ni.
BalasPadamMenarik cerita dan binaannya walaupun tak siap.
PadamTak sanggup datang malam 🥶
BalasPadamMalam tutup.
Padamsaya tak pernah ke sini lagi. kalau g perak ipoh je laa yg saya tuju. insya allah ada rezeki nk melawat jg rumah bersejarah ni
BalasPadamIpoh memang best kan Anies. Saya pun kalau ke Tronoh tempat Abang Farid, selalunya lajak ke Ipoh.
BalasPadamTempat wajib singgah ni kalau ke Batu Gajah. Pernah jejak sekali je. Itupun macam dah petang sikit tak sempat nak explore lebih banyak lagi. Banyak juga sudut yang kak Amie masuk. Semak-semak tu tambah lagi elemen seramnya. Paling seram bilik nak ke bawah tu. Best view dari rooftop.
BalasPadamBestnya tour satu negeri ke satu negeri .. CCL prrnah pergi kellie Castle Kuala Kangsar ni . Mula nak masuk fikir banyak kali juga ..risauuu ..tapi dah sampai rupanya ada juga pengunjung lain lagi
BalasPadamSaya dah banyak baca ttg Kelly castle ini. Kalo siang hari memang tak nampak seram ya kak. Beda cerita kalo malam, vibe spooky dia kluar langsung 😅. Saya rasa pun tak berani lah kesana malam2.
BalasPadamTapi melihat tempat ini, terbayang seberapa kaya owner-nya dahulu 👍👍. Jadi tempat ini sudah dijual kan yaa. Kalo baca dari plakat di atas.