Belanja Firdaus Makan di US Pizza

1:23 PTG

Bismillahirrahmanirrahim. 
Kelmarin, Firdaus menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolahnya. Kita pun sertai aktiviti Interaksi Kokurikulum Sempena Bulan Kemerdekaan. Tamat aktiviti, kita pun cari pasal ajak Encik Suami tak terus balik ke rumah. Kononnya sampai rumah tak sempat masaklah. Ikan tak dikeluarkan dari peti sejuklah. Nanti lambatlah tunggu ikan nyahbeku. Sempat perut masuk anginlah.

Baiklah kita belanja Firdaus makan tengah hari. Kononnya untuk meraikan kemenangan pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri yang diadakan di Semporna pada 16 Ogos 2024 lepas. Walaupun dapat tempat ketiga, kira menang jugalah. Ada nombornya! Okey jugakan beri alasan begitu.

Eh, Firdaus seorangkah yang akan makan? Marilah kita makan sama-sama. Ahaks! 

Walaupun dapat tempat ketiga, Firdaus kata tahun 2025 dia hendak ikut lagi pertandingan Choral Speaking. Katanya, dia hendak harumkan nama sekolahnya sebelum masuk ke tingkatan satu tahun 2026 nanti.

Firdaus dengan ahli BSMM menyertai aktiviti pemasangan khemah.

Firdaus dan rakan-rakan menyertai Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri di Semporna pada 16 Ogos 2024.

Menu yang dipesan untuk makan tengah hari.

Dalam set hidangan pizza kami dapat 1 liter American Iced Tea. Apa beza teh Amerika dengan teh tempatan? Sama saja...ahaks! Tapi, 1 liter tu habis kami minum bertiga.


American Iced Tea warnanya cantik dan manisnya juga sesedap rasa. Encik Suami masukkan hirisan oren di dalam gelasnya.



Creamy Mushroom Soup & Crazi Garlic Twist

Creamy Mushroom Soup


Kami pilih pizza dua jenis topping:
Italiano Chicken Pizza & US Favourite Pizza (Beef)


Italiano Chicken Pizza & US Favourite Pizza (Beef)


New York Wings (BBQ)

Firdaus hendak makan New York Wings (BBQ). Ada lapan ketul semuanya.

Spaghetti Ocean Carbonara

Kalau tak kenyang, ada tambahan menu lagi satu iaitu Spaghetti Ocean Carbonara. Sebenarnya terlebih kenyang! Lebihan pizza dan Crazy Garlic Twist itu kami minta bungksu bawa balik.

Nampak gembira sangat: Firdaus senyum lebar sampai ke telinga!

19 comments

  1. Saya suka us pizza, sedaap. Waktu itu coba di Penang. Tapi herannya restoran sepi. Padahal enak. Kadang makan di resto sepi padahal rasa sedap, jadi kasian pula 😅. Berharap bisa survive

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin waktu itu bukan masa puncak pelanggan datang.

      Padam
  2. Alhamdulillah dan Tahniah Firdaus memang choral speaking. Sedapnya pizza dan mushroom soup.

    BalasPadam
  3. ALHAMDULILLAH TAHNIAH DAUS TERBAIK SELAMAT JAMU SELERA SEDAP SEMUANYA TU

    BalasPadam
  4. Huntungla daus selalu dapat makan sesedap.
    Wak semasa seusia daus hanya makan nasi putih dengan ikan kering aje

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama Wak. Mommy Daus pun makan nasi putih lauk ikan kering sama sayur bening. Zaman kita dulu pizza belum datang Wak😂😂😂

      Padam
  5. Tahniah dapat no3 tu pun dah ok ada jugak nombor. Pembakar semangat tu dapat makan pizza. Hihi

    BalasPadam
  6. Terima kasih auntie Cie. Ya, Daus suka makan 🍕🍕🍕

    BalasPadam
  7. tahniah Firdaus moga sentiasa cemerlang dunia akhirat...
    sayangnya Us Pizza di Kuantan sudah di tutup

    BalasPadam
  8. Wahhhh, satu2nya kumbang kat depan, Daus. Memang patut mommy belanja pizza.

    BalasPadam
  9. Budak2 mmg suka makan pizza, anak2 saya pun sama. Alahai comelnya Firdaus je kumbang antara bunga2 di barisan depan choral speaking tu ye 😄

    BalasPadam
  10. hebat tuuuuu tahniah firdaus! dpt tmpt ketiga tu pun dah kita 💪💪💪

    us pizza ni sedap. 2 thn lps ada dia buat cempedak piza tp x sempat nak beli

    BalasPadam
  11. Tahniah Firdaus.
    Sedap US pizza ni. Crustnya sedang elok.

    BalasPadam
  12. Terus terliur nampak Pizza ni. Tak pernah lagi try pizza jenama ni.

    BalasPadam
  13. Seronok lh Firdaus Mummy belanja ye..tau sanagt Firdaus dan Pizza berpisah tiada..appun congratulations Firdaus

    BalasPadam
  14. Tahniah daus .. walaupun tempat ketiga. Next time boleh usaha lagi

    BalasPadam
  15. Okay sangat alasan tu kak Amie. Boleh juga meraikan kemenangan Firdaus. Baguslah Firdaus ni, semangat dia nak bertanding lagi. Tahniah Firdaus dan rakan-rakan. Warna air tu memang menarik. Kalau tengok bulan puasa ni, dugaan betul. Happy Firdaus, mommy dan baba meraikan kejayaan dia.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe