Teringin Makan Ramly Beef Burger

12:17 PTG

 Bismillahirrahmanirrahim.

Agak lama juga mencari Ramly Beef Burger di LD tapi tak jumpa-jumpa. Yang ditemui hanyalah Ramly Chicken Burger. Kita sukakan beef burger sebab aromanya lebih menyerlah dan enak dinikmati. Chicken burger buka tidak suka, tetapi sudah selalu makan ayam, sesekali hendak juga makan daging lembu pula. Setelah puas mencari di merata pasar raya akhirnya kita pun hentikan pencarian. Kita pun lupakanlah keinginan untuk makan beef burger jenama Ramly.

Rezeki minggu lepas, terjumpa Ramly Beef Burger di coldstorage taman perumahan kami. Apa lagi! Benda yang sudah kita lupakan, tiba-tiba ada di depan mata. Rembat sajalah.


Ada enam keping burger dalam bungkusan Ramly Bee Burger. Tiga keping sudah masuk perut sebagai makan malam dan tiga keping lagi dijadikan sarapan.


Jom sarapan dengan Ramly Beef Burger. Tiada roti burger sebab sudah dimakan bersama beef burger sebagai makan malam minggu lepas. Kali ini hidang saja Ramly Beef Burger dengan hashbrown. Tambahkan daun salad dan telur rebus serta Kewpie Sesama Roasted Dressing. Meriahkan lagi dengan jagung rebus siap dihiris dan kacang edamame. Tidak lupa sedikit buah-buahan seperti anggur, hirisan mangga udang dan buah nangka. Ada bread parmesan dan bread milk butter serta Egg Portuguese Tart.


Hari ini warna sarapan lebih kepada warna kuning. Encik Suami sediakan jus mangga udang. Selalunya Amie bubuh yogurt, tapi hari ini sudah kejabisan yogurt. Minum sahajalah jus mangga udang ala-ala puri ini.


Egg Portuguese Tart pun hendak menyelit juga!


Burger dan hashbrown untuk tiga beranak.


Waktu nak makan burger, balut jew burger tadi dengan daun salad. Bubuh sos sedikit dan terus ngap masuk mulut.... ahaks!


Senang nak makan jagung kalau sudah dihiris begini. Cuma kenalah kupas kulit kacang edamame kalau hendak makan. Ini yang buat lama melekat di meja makan sebab sambil kupas kulit kacang sambil sembang-sembang dengan Encik Suami.


Nampaknya perut sudah kenyang dan buah-buahan ada bakinya lagi. Bolehlah dibuat kudapan sekitar pukul 11 pagi.


Buah & daun salad berpisah tiada!


Alhamdulillah.
Hasrat hendak makan Ramly Beef Burger tertunai sudah.
Selamat berhujung minggu!

25 comments

  1. Sentiasa penuh dgn idea la Kak Amie ni ... Macam breakfast dekat hotel dah ni 👍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka-suka nak bagi meriah meja sarapan.

      Padam
  2. Bestnya semua makanan nampak colourful sejuk mata memandang.

    BalasPadam
  3. Samalah kita, dah selalu makan ayam. kalau burger kena amik beef hihihi

    BalasPadam
  4. Jus mangga tu menarik perhatian.
    Edamame tu selalu kat pasaraya pegang bungkusan, letak balik😃. Entah macamana rasanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Edamame yang sama dengan di restoran sushi tu.

      Padam
  5. Yumm yumm sedapnya semua yang terhidang tu Kak Amie...

    BalasPadam
  6. burger daging ramly mmg sedap. ratah mcm tu pun dah cukup

    BalasPadam
  7. Dia punya presentation tak pernah tak meriah ... Mesti terbaikkk :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih. Nampak lebih sedap pula kan, padahal bahan biasa saja hihihii.

      Padam
    2. Betul kdg2 presentation yg elok dan cantik menambahkan lagi selera dan suasana :D

      Padam
  8. Berapa harga patty ramly daging dan ayam di LD kak?

    BalasPadam
  9. SA pun lebih memilih burger daging dari ayam...tapi perasan x burger daging ni dah nipis skit...hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perasan SK... memang lepih nipis berbanding dulu.

      Padam
  10. Macam di restoran hidangan sarapannya, Kak Amie. Tentu Daus suka ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daus suka sangatlah dapat makan hashbrown.

      Padam
  11. Kalau saya pula lebih suka ayam sebab bukan penggemar daging. hihi..Alhamdulillah dapat juga makan apa yang dihajati. Seronoknya tengok menu macam ni, colourful. Buah dan sayur memang wajib ada, baru happy perut.

    BalasPadam
  12. Linda kalau burger lebih kepada ayam... Tapi, suka tengok kak Amie punya presentation makanan.. Lawa nya... Mungkin kak Amie memang suka masak... Linda kalau ada orang lain boleh masak dekat rumah nie, memang dah angkat tangan... Kikiki.. Tak suka memasak sebenarnya...

    BalasPadam
  13. Produk Ramly di sini tak banyak. Hanya ada roti. Patty burgernya saya tak pernah lihat. Atau bisa jadi saya tak mencari sampai detil. Nantilah kalo ke supermarket nak cari juga. Mana tahu ada dijual kan.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe