Pesta Angin Timur Perlis 2024 : 01-03 Mac 2024

8:27 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Rezeki kami berada di Perlis ketika berlangsung Pesta Angin Timur Perlis  yang diadakan pada 01-03 Mac 2024. Dengan harapan dapat bersarapan di tapak pesta tersebut, kami pun daftar keluar dari MyBed Homestay dan menuju ke Arau. Pesta dibuka bermula dari pukul 8 pagi sehingga 11:30 malam.

Sumber : Google


Dalam perjalanan dari Padang Besar menuju ke Arau, sekali lagi rasa tidak cukup mataa melihat pemandangan ladang getah di kiri kanan jalan. Sepanjang perjalanan melewati ladang getah ini, segala kenangan lalu kembali menerpa di ingatan. Syahdu!



Jalan raya yanag kami lalui tidaklah sibuk dengan lalu lintas kenderaan lain. Suasananya kelihatan tenang-tenang sahaja. Sesekali melalui selekoh dan kebanyakan jalan rayanya lurus sahaja.











Tapak Pesta Angin Timur Perlis 2024 terletak di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Arau, Perlis.


Lebih kurang pukul 10:15 pagi kami sudah menghampiri Kampung Lat Seribu.


Tapak pesta berada di atas tanah sawah padi.
Nampaknya musim menuai sudah selesai, dan kini kelihatan tanah sawah yang luas saujana mata memandang.


Tempat letak kereta sudah disusun atur oleh pihak pengurusan. Sebaik sahaja kami tiba, kami diarahkan untuk masuk ke kawasan tanah sawah untuk letak kereta.


Encik Suami pun ikut sahaja arahan yang diberi.


Di atas jalan raya kelihatan deretan kereta menanti giliran untuk tempat masing-masing.



Penjaga kawasan letak kereta memberikan kupon parking kereta dengan bayaran sebanyak RM3.00. Setelah letak kereta di tempat yang halal, kami pun berjalan ke tapak pesta. Boleh tahan juga jauh jarak dari tempat letak kereta.




Rupanya ada beberapa tempat letak kereta! Kami tersalah pilih tempat yang paling jauh dari tapak pesta! Maklumlah kali pertama datang ke sini dan tidak tahu boleh pilih tempat letak kereta.


Tempat letak kereta berhadapan dengan pintu masuk tapak pesta.





Selamat Pagi Malaysia!



Langit biru tanpa awan!
Boleh bayangkan tak betapa teriknya sinar matahari ketika ini.


Bergambar di tempat gulungan jerami padi.



Oleh kerana hendak mencari alas perut, jadi kami tidaklah berlama-lama di kawasan pameran. Ditambah pula dengan cuaca yang panas terik, jadi kami pun cepat-cepat beredar ke kawasan gerai makanan.


Kebanyakan gerai hanya menjual makanan segera seperti goreng-gorengan. Mungkin masih agak awal atau sedang menyiapkan makanan berat untuk tengah hari seperti nasi dan sebagainya.


Kami berhenti di salah sebuah gerai, membeli minuman dan makanan yang ada.



Amie warna biru itu Firdaus punya. Yang warna merah itu jus tembikai, Amie punya.


Encik Suami dengan minuman kopinya.

Encik Suami : Mi Goreng Telur Mata

Firdaus : Goreng-Gorengan

Amie : Bihun Sup


Sayang sekali, kuah bihun sudah cukup rasa tetapi daging dan perutnya sangat keras dan liat! Begitu juga dengan bihunnya, tidak lembut. Tak dapatlah menikmati sepenuhnya, kecuali hirup kuahnya sahaja. Mungkin peniaga tidak sempat menjamah perut dan daging lembu, jadi tak tahu kedua-duanya belum masak sempurna. 


Selepas isi perut seadanya, kami jalan-jalan lagi. Nampak buah kelapa laut pula. Belilah sebungkus aiar kelapa laut.


Memang nyaman sungguhlah layan tekak dengan air kelapa laut yang lemak manis dan sejuk!





Kami singgah di gerai jualan anak benih pelbagai tanaman.


Encik Suami tertarik dengan anak benih nyok tampok merah.


Encik Suami beli tiga biji nyok tampok merah yang sudah keluar tunas. Sampai kampung, Encik Suami letakkan di bawah pokok jambu batu dengan harapan tunasnya akan tumbuh subur. Sayangnya, apabila kami balik kampung pada Mei lepas, ketiga-tiga tunas nyok tampok merah mati! Tak dapatlah kami tanam nyok tampok merah. Jauhnya bawa nyok tampok merah dari Perlis ke Selangor!


Encik Suami juga beli anak benih mangga harum manis dan durian musang king. Terpaksalah anak-anak benih ini duduk dalam kereta ikut kami mengembara beberapa hari.


Peniaga anak benih tanam-tanaman beritahu kami daun-daun pokok jambu kering kerana cuaca sangat panas.


Kelihatan daun-daun jambu yang kering akibat panahan cahaya matahari yang terlalu panas.


Anak-beranak membawa hasil dari tapak pesta.




Cukup sampai di sini sahajalah cerita jalan-jalan di tapak Pesta Angin Timur Perlis 2024.


Kami meneruskan perjalanan menuju destinasi selanjutnya.
Ke mana?


Ke Pulau Pinang?
Ke Kedah?

13 comments

  1. masa ni waktu musim panas terik rasanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, catatan suhu tertinggi di utara tanah air.

      Padam
  2. Sayang sekali benih nyok tampuk merah tak hidup. Pertama kali tengok ada kelapa begitu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak ada rezeki kami. Ketiga-tiganya hidup ketika di Perlis, tapi mati di Selangor.

      Padam
  3. tahun depan kalau g perlis bolehlah singgah... tp thn dpn bln 3 dah puasa🤔🤔

    sayangnyaaaaa... kenapa senang sgt matinya... x dan nak tgk membesar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah, punya jauh dibeli. Merentas banyak negeri, sampai ke rumah baharunya, matilah pula.

      Padam
  4. Wahhh, begitulah orang jika sudah minat menanam, jauh2 pun dia membeli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cari benih pokok yang tidak ada di tempat sendiri.

      Padam
  5. Minuman daus warna biru tuh rasa apa kak?

    Sayangnyaaa, dah sedap kuah, daging pula liat yaaa 🤣🤣. Kenapa liat semua daging di sana 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak tahu apa rasanya, tak sempat cuba. Rezeki saya asyik dapat daging liat🤭

      Padam
  6. Kak Aamie..ni area kampung adik ipar SA ni...sini memang panas...SA xde kesempata lagi jenjalan sini masa Pesta Angin...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe