Makan Goreng-Gorengan di Sri Penarik Celop Tepong

3:01 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Hujan turun ketika kami dalam perjalanan dari Pasir Putih menuju ke Terengganu. Tujuan kami untuk sampai ke Kuala Terengganu dan daftar masuk Hotel Seri Malaysia. Dalam perjalanan tersebut terpandang banyak gerai di tepi pantai di Daerah Setiu. Apabila diamat-amati rupa-rupanya kebanyak gerai menjual goreng-goreng makanan laut celup tepung!

Udang  & Ketam Celup Tepung


Suasana selepas hujan apabila tiba di sempadan Terengganu.


Pantai Penarik, Setiu.


Ku Celup Tepung

Satu demi satu gerai celup tepung kami tinggalkan.

Keropok Lekor Banyok Ikan

Keropok Lekor & Keropok Keping

Celup Tepung Cikgu

Celup Tepung & Keropok Wan Su



Oleh kerana ini merupakan kali pertama kami sampai di sini, Amie beritahu Encik Suami eloklah singgah di mana-mana gerai. Takut nanti, makin jalan ke depan tidak ada lagi gerai celup tepung.... ahaks!



Maka kami pun singgah di gerai Sri Penarik Celop Tepong. Ketika ini jam menunjukkan angka 1:15 petang. Perut pun tidaklah rasa lapar lagi sebab sudah makan tengah hari di Pasir Puteh. Kalau hendak makan pun bolehlah pilih yang ringan-ringan sahaja.


Ikan Selayang Celup Tepung

Nampaknya tidak putus-putus pekerja di situ menggoreng pelbagai jenis makanan laut seperti ikan, udang, sotong, ketam dan keropok lekor. Goreng-gorengan ditambah dari semasa ke semasa ke dalam dulang.


Ikan Kembung Celup Tepung




Fish Ball & Fillet Ketam


Ketam Goreng Celup Tepung - RM7.00 seekor.

Udang Goreng Celup Tepung - RM1.00 seekor.

Sotong Goreng Celup Tepung - RM28.00 seekor.

Sotong Goreng Celup Tepung - RM28.00

Kami beli goreng-gorengan celup tepung:
  • 10 ekor udang 
  • 2 ekor ketam
  • 1 ekor sotong
  • 1 piring keropok lekor
Minuman:
  • ABC Pelanagi
  • Coconut Shake
  • Teh Ais
  • Cendol
Beli air lebih sebab rasa sangat panas. Angin laut yang bertiup tidak dapat mengurangkan rasa panas di tepi Pantai Penarik! Perut penuh dengan minuman, bukannya gorengan.


Udang & Ketam


Yeaayy... dapat ketam betina! Ada telur di dalamnya.


Keropok Lekor - Sepiring RM5.00. Hendak beli, barulah digoreng.

Keropok Lekor


Kami memilih meja makan berhampiran pantai.


Firdaus tidak sabar hendak makan goreng-gorengan.



Katanya hendak makan sotong. Sotongnya tidaklah besar. Banyak serdaknya saja. Dengan harga RM28.00 Firdaus saja yang makan .... ahaks! 

Firdaus bersama sotongnya.



Kita memang sudah nampak telur ketam jadi awal-awal lagi bahagian itu tak boleh orang lain kacau!


Jadinya, meratah sajalah kerja kami di sini sambil minum sepuas-puasnya.


ABC Pelangi penuh warna-warni ini manis sangat. Terpaksalah kami minta air kosong untuk bagi cair dan kurangkan manisnya yang teramat sangat itu.





coconut Shake

Cendol

Cuaca yang panas terik menyebabkan tekak hendak merasa yang sejuk-sejuk saja. Selera pula rasa tamak, kalau boleh hendak minum macam-macam jenis minuman.


Alhamdulillah. Puaslah meratah gorengan celup tepung di Sri Penarik Celop Tepong. Pukul 02:06 petang kami tinggalkan Pantai Penarik dan teruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Sebelum mata terlelap di sebelah pemandu, sempatlah rakam beberapa gambar pemandangan di kiri dan depan jalan.










Panjang juga pantai Setiu!



19 comments

  1. entah bila nak sampai ke terengganu lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah ada kesempatan boleh sampai sini lagi.

      Padam
  2. Alaa Daus... cukupkan lah 30 ringgit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahahaaa... cukupkan RM30 dapat serdak tambahan sajalah Uncle.

      Padam
  3. wah sedapnya
    diakhiri dengan es yang seger sekali

    BalasPadam
  4. Udang dgn sotong celup tepung .. dua ni wajib pekena kalau lalu sini .. byk nyer tmpt makan ..rambang mata tak tau nak berhenti yg mana kan hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Sudah banyak sangat gerai yang dilewati, takut hendak terus ke depan, tak ada gerai lagi. Eloklah singgah saja di sini.

      Padam
  5. Walau baru lepas lunch tapi kena rasa juga goreng-gorengan celup tepung tu.
    Nanti teringat-ingat pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kudap-kudaplah kononnya di sini kan Faizah.

      Padam
  6. Ke Terengganu wajib la cuba segala celup tepungnya kak, mahal jugak sotongnya tu saiznya tak la besar sangat. Tapi ikut jugak kadang saiz besar lagi sotongnya tu. Cuma bila semua makanan segar kita pun rasa sedap je walaupun harga sedikit mahal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sotong jew yang paling mahal. Memang nampak kecil kan Dana, tapi ditambah dengan serdaknya yang banyak tu.

      Padam
  7. Best makan ICT kat Setiu sebab kebanyakannya dibina di tepi laut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gerai ICT sepanjang pantai, memang meriah sangat.

      Padam
  8. Kalo celup tepung ini totalnya habis berapa kak? 😍😍😍. Ini pun dah lama msh dalam bucket list saya. Krn saya nak puas2kan makan keropok Lekor kalo ke Terengganu ❤️❤️❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Entah di mana resitnya, hanya ditulis tangan. Kak Amie tulis berpandukan nota dalam HP. Yang tertulis hanya:
      Ketam 1 ekor RM7.00
      Sotong 1 ekor RM28.00
      Udang 10 ekor RM10.00
      Keropok Lekor RM5.00
      Total - RM50.00 tidak termasuk minuman. Harga minuman Kak Amie tidak ingat. Tapi Encik Suami kata semua sekali gorengan dan minuman dalam RM96.00./

      Padam
    2. Ooppps... ketam itu 2 ekor RM14.00.

      Padam
  9. ok jugak harganya tu Kak Amie...x sabar la SA ni nak teroka area sana plak...JB pun x habis teroka lagi...

    BalasPadam
  10. last ammi ke ganu 2018 kalau tak silap. masa tu arwah ayah mentua pun ada sekali.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe