Cari Makan di Medan Selera Padang Besar
2:40 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jangkaan kami, kalau perut lapar waktu malam bolehlah jalan-jalan cari makan di sekitar tempat penginapan. Setelah bertanya Pak Google, kebanyakan tempat makan yang ditunjukkan tutup sekitar pukul enam petang! Kami usahakan juga cari tempat makan walaupun jam sudah menunjukkan pukul lapan malam.
Maka, redah sajalah jalan sambil melihat kiri kanan mana tahu ada warung yang masih dibuka. Ditakdirkan Allah Taala, terpandanglah papan tanda Medan Selera Padang Besar. Encik Suami pun beloklah ke situ. Walaupun namanya medan selera tetapi yang ada hanya sebuah gerai burger di hujung medan, dan sebuah warung sahaja yang dibuka bersebelahan dengan gerai burger.
Syukurlah, sekurang-kurangnya jumpa juga tempat makan di waktu malam di sini. Antara pilihan makanan termasuklah:
- Sate ayam.
- Makanan bergoreng.
- Nasi ayam.
- Makanan berkuah / sup
Bihun Sup Daging & Bihun Sup Ayam |
Tidak banyak pilihan minuman, jadi kami hanya minum air tin sahaja. |
Sate Ayam 15 cucuk - RM15.00. |
Encik Suami - Bihun Sup Ayam |
Amie - Bihun Sup Daging |
Kuah Bihun Sup Daging memang cukup rasa, sedap dihirup panas. Sayang sedikit dagingnya sangat liat dan keras. Ketika makan, tergigit pula hirisan cili padinya. Pheuuwww.... kebetulan Encik Suami minta air suam lebihkan panas, jadi apabil terus minum air panas tadi perlahan-lahan hilanglah rasa pedas yang sangat menggigit lidah!
Firdaus : Kuetiaw Goreng |
Tidak ingat harga setiap makanan dan minuman yang dipesan tetapi tidaklah masuk kategori kayangan kerana jumlah kesemuanya hanya RM43.00 sahaja.
Setelah mengisi perut di Medan Selera Padang Besar, kami pun pulang semula ke MyBed Homestay. Jam sudah menunjukkan angka 10:45 malam.
MyBed Homestay nun di tengah-tengah bangunan. |
Sebelum naik ke bilik, sempat tangkap beberapa keping gambar poster di dinding bangunan.
Oleh kerana semua kawasan perniagaan di bangunan ini sudah ditutup lebih awal, jadi tidak tahulah apa yang dijual di dalamnya. Mungkin kedai kelengkapan dapur memandangkan poster yang terpapar kebanyakannya gambar makanan dan tempat menghidang.
Perut sudah kenyang, mata pun sudah layu. Marilah masuk ke bilik, berehat dan beradu. Inilah kali pertama kami menginap di Negeri Perlis Indera Kayangan.
15 comments
nasib ada gerai. if saya cfrm dah kalut cos jejalan camni salah satu tujuan cari tpt mkn
BalasPadamLain tempat lain waktu tutup kedai makan.
PadamAlhamdulillah.. Jumpa jugak gerai... Padang besar meriah waktu siang jaa..
BalasPadamPatutlah apabila tengok google, memang rata-rata tempat makan tutup pukul 6 petang.
PadamSayangnya kuah dah sedap tapi daging pulak liat.
BalasPadamApa boleh buat. Rezekinya hirup kuah sup saja hihihiii.
Padamooo.. kat situ cepat tutup kedai. Mungkin sebab itu MyBed ada sediakan makanan segera.
BalasPadamLain kali kalau jalan-jalan ke tempat yang baharu, memang kena cari tahu awal-awal tentang masa dan tempat makan.
Padamyang pakai gigi palsu boleh tercabut kalau mkn daging liat tu😁
BalasPadamHahaaaahaaa.... Sampai begitu sekali ye Anies.
PadamKalau jalan2 ke Kedah atau Perlis, memang banyak menu sup2 kan. Tapi, itulah, selalu dapat daging liat.
BalasPadamKuahnya sedap.
PadamOh JD Perlis ini banyak menu sup yaaa..nanti nak coba eksplor juga kesana. Kotanya slow pace sangat ya kak, jam 6 dah banyak tutup. 😅. Agak susah kalo nak cari makan malam2 😄
BalasPadamWaktu siang memang meriah tapi jarang lah ada tempat makan dibuka waktu malam.
PadamYe kak amie..kat sana x semua area ada kedai makan sampai malam..ada restoran seafood tepi pantai SA lupa plak nama kawasannya...
BalasPadam