Tosei Kari Kambing
7:16 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jom jalan-jalan cari makan di kedai mamak. Kali ini bukan di Bandar Seri Perdana tetapi di Bandar Lahad Datu pula iaitu di Restoran Auliah. Kita teringin hendak makan tosei pula! Maka, memesanlah sekeping tosei dengan kari kambing.
Tosei & Kari Kambing |
Sekeping tosei harganya RM3.00. |
Semangkuk kecil kari kambing - RM17.00 |
ABC RM7.00. Makan berdua pun tak habis. |
Nasi Briyani Ikan - RM14.00 |
Encik Suami sudah terpengaruh dengan kita! Sekarang makan nasi briyani dengan ikan pula. Sebelum ini asyik pilih lauk ayam. Katanya, sedap pula lauk ikan.
Tosei itu kita makan perlahan-lahan dan akhirnya habis juga segulung! Kari kambing itu pula lembut dagingnya tapi terpaksa minta Encik Suami tolong habiskan.
Tosei- RM3
Kari Kambing RM17
Briyani Ayam - RM14
ABC - RM7
Air Suam - 50 sen
Total - RM41.50 sen
Banyak kedai mamak di LD tapi kami biasa makan di Restoran Tumpun Selera di Bandar Sri Perdana dan Restoran Auliah di Bandar Lahad Datu. Banyak pilihan makanan, layanan cepat dan pantas.
12 comments
Semalam SA sarapan roti canai dan kawan makan tosei Rawa...nampak sedap tp SA x berani mencuba..hahaha...
BalasPadamCitarasa berbeza ye SA.
PadamSaya suka tosei style garing camtu.
BalasPadamTapi seriuslaaa harga kari kambing tu semangkuk RM17😮😮
Ya, memang ditulis dalam resit harga kari kambing RM17.00
PadamAdudu mahalnya Kak Kari kambing tu huhu...
BalasPadamNasib baik sekali-sekala saja makan kambing dgn tosei.
PadamBaru dapat blogwalking..
BalasPadamTengah baca,termenguap...sekali tengok harga kari kambing terus tak jadi menguap..
Kat sini sepiring kecil macam tu rm10..tapi tang briyani ikan tu berbaloi la pulak...sini RM 14 mungkin hanya dapat ikan tu sahaja sbb ikan tu agak besar kan
Itulah, barangkali di sini murah di sini mahal, di sini mahal di sana murah pula.
PadamAir suam pun kena bayar... Semua nampak sedap dan berbaloi dgn harga mcm tu..
BalasPadamuih mahalnya kari kambing tu
BalasPadamWaaah kari kambingnya lumayan mahal yaa 😄😅. Tapi kalo enak , okelaah termaafkan harganya kak 😅..
BalasPadamSaya biasa makan nasi briyani juga dengan ayam atau kambing. Blm coba lauk ikan. Kalo ikannya digoreng , bisa jadi saya suka. Tapi kalo tak, agak susah saya nak makan 😅.
nampak menggoda kari ikan tu kak oi, besar dah mcm lamb shank
BalasPadam