Resipi Sambal Perut

6:00 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Kadang-kadang teringin hendak makan masakan Jawa, hidangan keluarga semasa tinggal bersama suatu waktu dahulu. Apakan daya. Di LD tidak pernah bertemu dengan makanan tradisi Jawa seperti di tempat sendiri. Apalagi dengan berjumpa dengan orang keturunan Jawa atau bercakap bahasa Jawa! Benarlah bagai dikata: Lain padang, lain belalangnya. Lain tempat, lain budayanya.

Jadinya, kenalah usaha sendiri untuk memasaknya!

Minggu lepas, sempat olah Sambal Perut. Ingatkan boleh disimpan seminggu. Rupa-rupanya dua kali makan dengan Encik Suami, sudah habis licin.

Resipi Sambal Perut ini Amie dapat dari Bonda. Setiap kali akan menjelang hari raya, arwah Ayahanda bawa pulang dari pasar sebesen besar organ dalaman lembu termasuk limpa, paru dan juga perut. Selain sembelih beberapa ekor ayam kampung, organ dalaman lembu yang sebesen besar inilah yang Bonda olah untuk dijadikan salah satu menu yang sangat lazat dimakan bersama ketupat! Teringat waktu kecil dulu selalu bantu Bonda bersihkan perut lembu di bawah pokok mangga.

Akhirnya siaplah Sambal Perut hasil air tangan Bonda untuk santapan kami sekeluarga di hari raya. Oleh kerana waktu itu tidak ada peti sejuk, jadi Bonda akan panaskan Sambal Perut setiap pagi.

Sambal Perut

Kacang Tolo sebelum direndam.


Salah satu bahan wajib yang Bonda gunakan dalam Sambal Perut sudah tentulah kacang tolo. Kalau tidak ada kacang tolo, Bonda akan gantikan dengan kacang tanah goreng. Resipi Sambal Perut yang Amie olah ini, bahannya tidak selengkap seperti yang Bonda masak seperti tambahan kulit tauhu atau fucuk.

Kacang Tolo selepas direndam selama 6 jam.

Sambal Perut

Amie kongsikan resipi Sambal Perut. Biasanya Bonda tambahkan hirisan cili hijau untuk menyerikan warna sambalnya. 

Resipi Sambal Perut
Bahan-bahan:
  • 1/2 kg perut lembu - rebus hingga empuk - potong ikut bentuk dan saiz yang disukai - goreng seketika - angkat - toskan
  • 4 biji kentang - kupas kulit - potong dadu - goreng hingga kuning keemasan - ketepikan
  • 1 paket kecil suhun - goreng - toskan
  • 1 cawan kacang tolo - rendam selama 6 jam - rebus hingga empuk - toskan
  • 1/2 cawan udang kering - rendam hingga kembang - toskan - tumbuk kasar
  • 1 sudu kecil pati asam jawa
  • 1/2 cawan minyak
  • garam / gula / perasa pilihan
Bahan kisar:
  • 20 tangkai cili kering
  • 7 ulas bawang putih
  • 10 biji bawang merah
  • 3 hiris halia
Cara memasak:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama udang kering sehingga terbit minyak.
  2. Masukkan pati asam jawa, garam, gula dan perasa pilihan. Gaul sebati.
  3. Seterusnya masukkan perut lembu, kentang goreng dan kacang tolo.
  4. Gaul rata dan padamkan api dapur.
  5. Akhir sekali masukkan suhun dan gaul sekali lagi.

Tak sabar makan nasi himpit dengan Sambal Perut!
Selamat Hari Raya!



12 comments

  1. tak pernah lg makan sambal ni...teringat sambal jawa yg kicap tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih kurang kot dengan sambal jawa, cuma bahan ada sikit beza.

      Padam
  2. sekali pandang macam sambal jawa pula Amie, mesti sedap ni kan.. erm kacang tolo tu macam kacang soya pun ada kan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kacang tolo tu nama lainnya kacang pinggang, kacang putih dan ada beberapa nama lain lagi, tapi tak ingat pula.

      Padam
  3. Kak Amie, bagian perut sapi ini maksudnya yg kayak handuk itu bukan? Kalo iya, berarti di sini babat namanya. Saya masih ragu antarabyg dimaksud babat atau usus. Sama2 perut 😄.

    Saya malah tak tahu sambal ini. Tapj memang saya bukan orang Jawa. Suami pun Jawa solo. Tapi tak terlalu sering masak begini Krn keluarga mereka lama di eropa.

    Nampak sedaaap 😍😍. Teringin nak buat juga.

    Btw bonda kak Amie Jawa apa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, perut itu disebut juga babat.
      Usus itu lain, bukan babat.
      Bonda lahir di Bagan Datuk, Perak. Menurut keluarga sebelah Bonda, keturunan datuk kami asal dari Dumai. Tidak banyak cerita asal-usul keluarga yang diketahui. Nenek (emak Bonda kami) meninggal sewaktu usia Bonda 8 tahun. Tak tahulah Jawa apa, sebab kami bertutur bahasa Jawa kasar, tidak tahu Jawa mana.

      Padam
  4. wah babat ni selalunya kita orang buat sambal goreng di pagi raya tak pernah buat sambal babat. Lain kali boleh buat. Kacang tolo ni kadang susah nak jumpa. Selalunya buat campur dalam lepat pulut time raya. Hari tu buat potluck kat pejabat saya buat sambal goreng. Ratah gitu je pun sodap. Kacang tolo pun sesekali campur dalam sambal goreng pun sodap... Huwaaaa selamat hari raya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sambal babat / sambal jawa memang sedap buat ratah-ratah saja.
      Kalau balik beraya di kampung sana memang puaslah sana-sini makan sambal jawa. Orang munjung pun hantar sambal jawa juga.

      Padam
  5. Biasa babat ni Pak Zain masak lemak cili api kering2 campur pucuk ubi tak pun masak lemak cili api campur rebung...buat sambal ni macam menarik je..boleh cuba nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapnya babat masak lemak cili api. Boleh tambah sayur nangka atau rebung.

      Padam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe