Sarapan Apa Pagi Ini?
10:28 PGBismillahirrahmanirrahim.
Sudah beberapa hari teringin makan lempeng cair cecah kuah Kari Ikan Bawal Hitam yang sudah membeku dalam freezer. Encik Suami pula, setiap pagi selepas solat subuh terus keluar membeli sarapan pagi. Belum sempat kita masuk dapur, sarapan sudah tersedia di atas meja. Jadi, tertangguh-tangguhlah hendak melempeng.
Pagi tadi, selepas solat subuh, kita terus ke dapur. Nyahbeku Kari Ikan Bawal Hitam dan terus buat adunan lempeng cair tambah hirisa daun ketumbar. Untuk Firdaus, kita buatkan cucur jagung tambah udang. Tajam betul daya hidu budak kecil itu. Tiba-tiba muncul di dapur ketika kita sedang goreng cucur. Katanya : Daus terbau cucur. Mommy goreng cucurkah?
Tidak lama kemudian Encik Suami datang, dan tanya : Buat sarapankah?
Ya, inilah sarapan kami:
- Lempeng Cair Daun Ketumbar
- Kari Ikan Bawal Hitam
- Cucur Jagung Campur Udang
Kari Ikan Bawal Hitam Lempeng Cair Daun Ketumbar Cucur Jagung Campur Udang |
Lempeng Cair Daun Ketumbar |
Kari Ikan Bawal Hitam |
Cucur Jagung Campur Udang |
Cucur Jagung Campur Udang ini memang Firdaus satu oranglah yang menghabiskannya! Kita dengan Encik Suami dapatlah merada tiga empat ketul. Selebihnya kami makan lempeng saja.
13 comments
Saya pagi ni sarapan sandwich dengan tauhu begedil lebih dari majlis kawan semalam.
BalasPadamsedap nampaknya cucur jagung tu..nak tanya bila goreng cucur jagung tu meletup2 x? sebab kita pernah goreng alahai meletup2 jagungnya
BalasPadamsedappnya lempeng
BalasPadamciknur mkn cekodok pisang pg td
cantik kejadian cucur jagung tu
BalasPadamSA pagi tadi makan mee goreng as usual...
BalasPadamsedap kak bau dia semerbak 1 dapur mestila Daus boleh tahu hehehhe
BalasPadamkak lempeng tu kalau x habis bleh laa hntr ke sini😁😁
BalasPadamPuas fikir... uncle tak ingat uncle sarapan apa pagi tadi... hahahah
BalasPadamPastilah wanginya menyebar kemana2 nih 😍😍👍. Penasaran sangat dengan rasa lempeng cair itu ❤️. Mirip pancake yaa bentuknya
BalasPadamsangat menyelerakan...mbul ingin mencicip cucur jagung. itu kalau di tempat mbul namanya perkedel jagung kak amie...
BalasPadamAkhirnya dapat juga Kak Amie melempeng ye :D
BalasPadamCucur jagung tu, amboi lawa betul kejadiannya...
lempeng cicah kari...sedapp..
BalasPadamSaya sarapan mamak bawah rumah jer .. Senang hahahah :P
BalasPadam