Masjid Muhammad Cheng Ho Sriwijaya Palembang
4:03 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Masih lagi cerita tentang lawatan ke Palembang.
29 Ogos 2023. Kami tiba di Masjid Cheng Ho sekitar pukul lapan malam, dan pintu masjid sudah ditutup. Pengawal masjid bersedia untuk buka pintu sekiranya kami ingin solat, tetapi kami memaklumkan hanya ingin melihat-lihat sahaja.
Masih lagi cerita tentang lawatan ke Palembang.
29 Ogos 2023. Kami tiba di Masjid Cheng Ho sekitar pukul lapan malam, dan pintu masjid sudah ditutup. Pengawal masjid bersedia untuk buka pintu sekiranya kami ingin solat, tetapi kami memaklumkan hanya ingin melihat-lihat sahaja.
Masjid Cheng Ho, secara rasmi nama Al Islam Muhammad Cheng Ho Sriwijaya Palembang Masjid, adalah masjid khusus untuk orang-orang Cina Muslim yang terletak di Jakabaring Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia. Nama masjid adalah untuk menghormati Laksamana Cina Islam yang terkenal, Cheng Ho (Zheng He).
Bergambar di pintu masuk Masjid Muhammad Cheng Ho. |
Keberadaan Laksamana Cheng Ho di Nusantara tidak dapat dipisahkan dari Palembang. Sejak melakukan pelayaran mengelilingi dunia, Cheng Ho dikatakan sempat tiga kali datang ke Palembang.
Untuk info lanjut tentang tokoh Laksamana Cheng Ho bolehlah klik di sini: Masjid Cheng Ho Palembang
Untuk info lanjut tentang tokoh Laksamana Cheng Ho bolehlah klik di sini: Masjid Cheng Ho Palembang
Sesiapa yang pernah belajar sejarah Kesultanan Melayu Melaka sudah tentu akan teringat nama Laksamana Cheng Ho atau Zheng He.
Orang Cina sudah berada di Melaka semasa ketibaan Zheng He di sana. Sultan Melaka serta permaisurinya melawat China dengan diikuti 540 orang Melaka dan hadiah-hadiah. Sultan Mansur Shah (1459–1477 M) mengirim Tun Perpatih Putih sebagai dutanya ke China dengan membawa surat baginda kepada Maharaja Ming China. Surat ini meminang anak perempuan Maharaja dan pada tahun 1459, iaitu Hang Li Po atau Hang Liu, dihantar ke Melaka oleh Maharaja Ming sebagai isteri Sultan Melaka. Puteri tiba dengan 500 orang anak lelaki menteri dan beberapa ratus pengasuh dan pembantu. Mereka kemudiannya tinggal di Bukit Cina, Melaka. Dipercayai ramai daripada mereka berkahwin dengan orang tempatan. Waris mereka dikenali sebagai Peranakan dan masih mengguna pangkat Baba (lelaki) dan Nyonya (wanita).
Hari ini di negara kita, ramai orang mempercayai bahawa Laksamana Zheng He (yang meninggal dunia pada tahun 1433) yang menghantar puteri Hang Li Po ke Melaka pada tahun 1459. walau bagaimanapun, tidak ada catatan berkaitan Hang Li Po (atau Hang Liu) dalam pensejarahan Ming. Beliau disebut hanya dalam Sejarah Melayu.
Sekian.
Catatan kecil dari sebuah kenangan di kala malam di Masjid Muhammad Cheng Ho Sriwijaya Palembang.
15 comments
Cantiknya masjid ni..cozy je kawasannya..SA antara ygx minat sejarah..tp bila dh umur ni rasa nak tahu tu lebih kuat
BalasPadamMemang cantik masjidnya, tapi kami lewat datang. Sempat tengok luar sahaja.
Padamsubhanallah...cantik masjidnya.. penuh nilai sejarah
BalasPadamBetul MY.
PadamBanyak tinggalan sejarah di sini.
kat palembang ada amek gmbr jembatan Ampera tak., hehe wak pun x smpi lg Palembang
BalasPadamAda Wak.
PadamJambatan Ampera warna merah.
Alhamdulillah
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamCantiklah kombinasi kaler masjid ni, pink dan hijau.
BalasPadamYa, menarik warnanya. Lain dari warna masjid yang biasa kita lihat.
PadamSy ingat kisah Laksamana Cheng Ho ni. Rupanya, namanya juga diabadikan di Palembang ya.
BalasPadamRupanya Laksamana Cheng Ho ini hebat kisah kembaranya!
PadamSaat ke Palembang saya tak ke mesjid ini. Nantilah nak kesana kalo ada kesempatan ke Palembang lagi. Cantiiik design dia yaa. Kuat image arsitektur China nya, tapi dengan sentuhan islam
BalasPadamcantik masjidnya, masa tu isyak pun dah lepas ye kak kul 8 lebih.
BalasPadampernah pergi Masjid Cheng Ho di Surabaya...cantik masjidnya...ada sejarah mengatakan Hang Tuah juga pergi mengadap maharaja Dinasti Ming...
BalasPadam