Candle Light Dinner di The Penyu
1:43 PTGBismillahirrahamanirrahim.
Nexus Resort & Spa Karambunai terletak agak jauh dari bandar. Jadi, kami tidak bercadang untuk keluar mencari alas perut. Selepas solat maghrib, kami turun ke The Penyu Restaurant.
Kami masuk melalui salah sebuah pintu berhampiran kolam renang. Terpandang meja berhias... oh! Candle light dinner rupanya.
Candle Light Dinner. |
Entah siapa punya.
Atau pihak hotel sengaja meletakkannya di situ sebagai hiasan di laluan masuk restoran.
Oleh kerana kita sendiri tak pernah bercandle light dinner, ambil sahajalah gambar ini.
Kami bertiga berlight dinner di sini.
Menu yang ada pun biasa-biasa sahaja, cuma harganya yang luar biasa.
- Chilled Apple
- Chilled Mango
- Chilled Pineapple
- Chicken Burger
- Karambunai Fried Rice
- Karambunai Grill Fish Sambal
Firdaus baca doa sebelum makan.
Bismillah.
Chicken Burger |
Karambunai Fried Rice |
Karambunai Grill Fish Sambal |
Replika penyu di dalam restoran. |
7 comments
Tempat macam ni, makanannya memang biasa tapi jadi luar biasa. Sesekali apa salahnya, kannn.
BalasPadamHahaaaa.... memang begitulah kan SK. Sekali-sekala apa salahnya.
Padamuittt...ingatkan gi honeymoon berdua ...Rupanya terselit jugak dak Daus yer...hihihi
BalasPadamMana nak campak budak seketul tu kan Mama Cella hihihiii.
PadamFirdaus di mana- mana x tinggal burger dan fries dia...tgok setting candle light dinner tu kenapa kat luar..kenapa bukan kat dalam...lebih privacy kan..agaknya pilihan pelanggan kot..
BalasPadamAlahai sayang pula makanan biasa-biasa. Suasana sudah cantik.
BalasPadamWow, cantik suasana..ramai gak booking meja tu nampaknya...huhu
BalasPadam