Sarapan Pagi dengan Century Egg Conggee (Porridge)
10:22 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Terakhir makan bubur dengan century egg kalau tak silap pada Mac lepas sewaktu menginap di Grandis Hotel Kota Kinabalu selama lima malam. Century egg yang juga dikenali sebagai telur padi, telur pindang cina atau telur hitam. Kalau di hotel lain, century egg dipotong kecil-kecil, tetapi di The Penyu Restaurant, di potong besar-besar pula. Lebih kurang sebiji dipotong empat, begitulah.
Century Egg Conggee. |
Sebelum sarapan pagi, mari kita bersiar-siar dahulu di taman menghirup udara pagi yang segar.
Ketika itu matahari baru saja memancarkan sinar. Para tetamu belum lagi sibuk turun untuk bersarapan.
Jom sarapan.
Ruang dalam restoran sangat luas.
Sewaktu kita meninjau-ninjau memilih sarapan pagi, Firdaus meminta Kamsiah mengambilkan untuknya coco crunch. Amboi! Bukan main lain dilayan macam anak Raja Suran... ahaks! Anak Raja Suran ialah gelaran atau usikan orang Cocos untuk seseorang yang mendapat layanan istimewa.
Ketika edit gambar, baru perasan Firdaus bawa remis ke mana-mana. Waktu sarapan pun, diletakkannya di atas meja.
Remis dalam bulatan merah. |
Kita ambil semangkuk kecil sup kuetiaw.
Tambahkan beberapa ketul sotong yang dihiris cantik!
Tambahkan beberapa ketul sotong yang dihiris cantik!
Kita ambil juga nasi lemak. Ada pelbagai lauk, tapi kita hanya ambil yang biasa saja, ikan bilis dan kacang tanah goreng, sambal, telur mata dan hirisan timun.
Jus Jambu Merah |
Jus Mangga |
Cukuplah makan semangkuk bubur dengan telur hitam, nasi lemak dan sup kuetiaw.
Alhamdulillah. Kenyang sekenyang-kenyangnya!
Alhamdulillah. Kenyang sekenyang-kenyangnya!
Kami kembali semula ke bilik menemani Firdaus tukar pakaian.
Ketika ini ramai pengunjung menghala ke pantai tetapi tidak lama kemudian beralih ke kolam renang pula.
Firdaus sempat bermain di taman permainan.
Setelah itu Firdaus masuk ke swimming pool.
Firdaus tanpa kawan, tetapi di dalam kolam renang pandai pula bermain dengan kanak-kanak lain.
Kita menunggu di tepi kolam renang!
6 comments
Dah beberapa kali nampak kawan2 share makan century egg ni. Mungkin lain kali boleh cuba jika ada dalam buffet bubur di hotel.
BalasPadamtak semua tekak boleh terima century egg ni SK. Kita pun dulu mula-mula sangka telur rosak!
PadamTiap kali tengok century egg kat supermarket..pasti teringat Cikgu Amie.
BalasPadamTeringin nak cuba tapi selalu tak beli🤭
Bila tengok cikgu post nyesal pulak tak beli..
Sekali try makan memang tekak menolak, dua tiga kali try baru boleh masuk. itu sayalah.
PadamTeringin nak cuba century egg tu la..nampak menarik...bukan main lagi Firdaus mandi kolam ye...
BalasPadamBoleh tahan sarapannya. Luar kebiasaan ada telur hitam.
BalasPadamNampak betul berusaha hotel ini sajikan makanan yang cantik. Ambil masa ukir sotong.