Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (4) : Sandwich Sardin
6:48 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jom kawan-kawan, kita bawa bekal ke tempat kerja. Kita ceriakan permulaan hari dengan warna-warni dalam bekal sarapan. Tidak perlu habiskan banyak masa di dapur, hanya masak bekalan ringkas, potong dan susun salad serta buah-buahan. Siap!
Jom kawan-kawan, kita bawa bekal ke tempat kerja. Kita ceriakan permulaan hari dengan warna-warni dalam bekal sarapan. Tidak perlu habiskan banyak masa di dapur, hanya masak bekalan ringkas, potong dan susun salad serta buah-buahan. Siap!
Pagi ini Amie bawa bekal roti wholemeal atau roti gandum yang lebih menyihatkan, tapi demi rasa dan keperluan selera Amie sumbatkan sardin... ahaks! Sebenarnya baik roti putih atau roti gandum, memang Amie makan saja. Beza roti putih dengan roti gandum ialah roti putih kategori karbohidrat ringkas manakala roti gandum pula membekalkan karbohidrat kompleks. Roti putih berwarna putih disebabkan terdapatnya proses penyulingan sebelum diputihkan dengan agen peluntur kimia yang mengandungi klorin.Orang kata kalau makan roti putih, perut cepat lapar sebab dicerna lebih cepat. Kalau makan roti gandum pula ia dicerna lebih perlahan dan sangat sesuai untuk pengidap diabetes. Roti putih tidak mengandungi serat tetapi roti gandum kaya dengan serat. Serat sangat diperlukan tubuh badan untuk melancarkan proses pencernaan, mengawal berat badan, mencegah risiko sakit jantung, kanser dan diabetis.
Bagaimana dengan rasanya?
Sudah tentulah roti putih lebih sedap, tetapi roti gandum @ wholemeal lebih menyihatkan.
Sudah tentulah roti putih lebih sedap, tetapi roti gandum @ wholemeal lebih menyihatkan.
Sumber: Kebaikan Makan Roti Wholemeal
Bekal Sarapan (4) |
- Sandwich sardin
- Salad : coral red lettuce + timun + lobak + telur rebus
- Buah anggur hitam & limau mandarin
Sandwich Sardin |
Salad & The Gang |
Anggur Hitam & Limau Mandarin |
18 comments
Wah!. Sedap2 dan gojez bekal semuanya lagi menyihatkan. Saya suka roti berserat.
BalasPadamRoti berserat memang bagus, dan mengenyangkan.
Padamsaya suka je roti wholemeal. rasa lebih sihat gitu
BalasPadamPilihan yang tepat Sal. Tapi saya selalu terlajak roti putih kihkihkih.
PadamTerapi mata bila tgk gambar bekal sarapan pagi Amie ni. Roti wholemeal ni mula2 payah jugak nak telan tapi lama2 ok. Cuma kalau beli anak2 & suami saya tak nak makan dieorang prefer roti putih. Terpaksa habiskan sorang2 tapi lambat nak menghabiskan sampai expired roti hehe
BalasPadamKami makan campur-campur. Kadang-kadang kalau roti gandum tak ada di kedai, kami beli roti putih saja.
Padamsaya suka...saya suka...( baca macam suara mei mei dalam upin ipin),🤭
BalasPadamsaya suka roti gandum berbanding roti putih sebab feel mengunyah..😁
Roti gandum lebih mengenyangkan kan Mama Cella.
PadamSA suka jugak la....best la tengok bekal kak ammie hari- hari
BalasPadamSuka warna-warninya SA.
Padammudah dan ringkas. pakej warna warni pulak dalam bekas lagi sedap dipandang
BalasPadamNak goda mata dulu, nanti selea ikut jatuh cinta heheheee.
Padamsedapnya sayur sandwich n buah2
BalasPadamJemput Kak PI.
PadamTerasa semangat baca entri Amie ni. Nanti nak cari buah dan sayur. Buat bekal suami ke pejabat. ^_^
BalasPadamSilakan Nur. Buah-buah boleh buat kudapan waktu rehat. Suami saya pun suka bila tengok bekal sarapan begini. Katanya, terus berselera nak makan walaupun banyak serta (sayur & buah).
PadamSaya sudah boleh terima roti gandum penuh. Rasa ok pula pada tekak. Mula-mula rasa tidak sedap.
BalasPadamItulah untuk cuba makan makanan lebih serat.
Ya, mula-mula agak sukar juga untuk habiskan walau sekeping. Lama-lama ok.
Padam