Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (3) : Nasi Goreng
5:09 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Jom kita kongsi idea pemakanan sihat untuk sarapan pagi. Hari ini Amie bawa bekal nasi goreng dengan telur dadar, salad dan buah-buahan. Terima kasih kawan-kawan yang makan bersama kerana sentiasa menyokong dan memberi pandangan bahan bekalan yang Amie bawa. Seronok dapat berkongsi rasa terutamanya apabila makan salad. Kebiasannya salad perlu diikat dengan rasa seperti mayonis, thousand island atau salad dressing tertentu. Namun begitu ada yang lebih gemar hanya taburkan sedikit garam, lada hitam dan renjiskan sedikit minyak zaitun. Kawan-kawan kita pula memberi pendapat tidak perlu berikan bahan tambahan kerana campuran bahan salad sudah memberi rasa semulajadi. Tapi tidak ada salahnya kalau tambahkan salad dressing kegemaran untuk rasa yang lebih enak.
Untuk menjana tenaga sepanjang pagi ini, bekal yang dibawa lengkap mengandungi karbohidrat, protein dan serat.
Bekal Sarapan (3) |
- Nasi goreng & telur dadar
- Salad : green & red coral lettuce +tomato ceri + jagung + blueberry
- Buah aprikot, limau mandarin + kiwi
Nasi Goreng & Telur Dadar |
Salad & The Gang |
Buah Aprikot, Kiwi & Limau Mandarin |
26 comments
Sedapnya buah aprikot tu. Salad dressing ok, asalkan tidak berlebihan
BalasPadamKadang-kadang saya bubuh juga salad dressing.
PadamRajinnya buat bekal yg cantik2. Boleh jadi inspirasi ni
BalasPadamBetul tu, boleh kongsi idea dengan sesiapa yang sukakannya.
PadamHappy tummy!
BalasPadamTerima kasih Faizah.
PadamTergoda tengok warna-warni bekal ni 😍
BalasPadamYa, walaupun tidak ditambah perasa untuk menambat selera, tapi mampu menggoda mata untuk menikmatinya hihihiii.
PadamMenarik bekal kak Amie dengan dekorasi bekal warna warni. Nanti boleh tiruvasi bekal Kak Amie. Bekal saya buat terus masuk je tak ada dekorasi. hehe...
BalasPadamSilakan Fizah. Kak Amie seronok menyiapkannya. Lagi seronok kawan-kawan juga sudi menikmati bersama terutamanya salad dan buah-buah.
PadamBestnya kalau bawak bekal cantik2 macam ni...nak makan pun selera...buah tu nampak sedap betul..kalau SA..x tunggu ni...memang licin SA kerjakan
BalasPadamSA selalu bawa bekal juga kan. Tambah saja sebekas salad atau buah. Guru Sains di sekolah kata waktu perut kosong makan saja buah, manfaatnya boleh buang / kurangkan kolestrol.
PadamSelamat bersarapan dengan bekal cantik
BalasPadamJemput Syaz. Jom bawa bekal cantik ke tempat kerja Syaz.
PadamWah menariknya! Bermacam jenis dan warna, membangkit selera.
BalasPadamYa Ujie, warna-warni menceriakan permulaan hari.
PadamBagusnya, Amie. Semoga istiqamah makan hidangan sihat. Suka tengok banyak buah dan sayur. Senang nak melabur. :D
BalasPadamAmin ya Allah. Terima kasih Nur. Mudah-mudahan terus istiqamah bawa bekal sarapan pagi.
Padambekal dgn sayur buah n nasi sihat mengenyangkan
BalasPadamYa Kak PI. Memang kenyang dan senang hadam.
PadamBuah kiwi tidak pernah beli di Malaysia tapi selalu makan apabila melancong ke luar negara.
BalasPadamApapun seimbang bekal sarapan Puan Amie.
Terima kasih NA. Memang puas hati dapat sediakan bekal sarapan sendiri. Sedap buah kiwi tu. Manis.
PadamSaya pun rasa nak kongsi bekalannya ni, Kak Amie.
BalasPadamJom SK. Kak Amie hanya ambil masa 1/2 jam untuk siapkan bekal sarapan. Tapi sebelum tidur memang sudah sedia bahan dalam peti sejuk terutamanya yang perlu dimasak.
PadamMenariknya colurfull bekal cikgu....Inspire ni...
BalasPadamTerima kasih Mama Cella. Jom ceriakan setiap awal pagi dengan warna-warni bekal sendiri.
Padam