Kuih Penjaram Kota Belud

3:06 PTG

 

Bismillahirrahmanirrahim.
Sewaktu kami bermalam di Nexus Karambunai & Spa Resort, Mas sekeluarga meneruskan perjalanan ke Kota Belud, kemudian singgah mandi di Melangkap dan terus bergerak ke Sabah Hotel di Sandakan. Mas hantar mesej, katanya sempat mencari kuih penjaram di Pasar Besar Kota Belud. Katanya lagi, rasanya sedap tapi dia beli sikit. Sekejap saja sudah habis dimakan dalam kereta. Pesannya lagi kalau kami sampai Kota Belud, belilah kuih penjaram lebih.

Kuih Penjaram Kota Belud.

Mas tunjuk kuih penjaramnya yang tinggal seco'et!

Video 1 : Penjaram Kota Belud

Seronoklah kami dapat tengok peniaga kuih penjaram sedang menggoreng dan melihat sendiri betapa cantiknya kuih penjaram yang dihasilkan!

Kuih penjaram sedang digoreng.






Nampak cantik sungguh  apabila bentuk obor-obor sedang kembang di dalam kuali gorengan.



Kuih penjaram yang baru diangkat dari kuali.


Kami tidak melihat sekeping pun kuih penjaram di pasar malam. Apabila kami bertanya kepada peniaga di pasar malam, katanya penjaram ada di Pasar Besar Kota Belud. Kalau hendak makan yang panas, boleh beli di gerai di bahagian luar pasar. kalau hendak beli yang sudah sejuk, memang banyak dijual di dalam pasar. Rupanya kuih penjaram ini boleh tahan eloknya sehingga empat hari!

Apabila kita kongsikan video peniaga penjaram sedang menggoreng kuih tersebut kepada Mas, dia pula tanya kenapa kuih penjaram yang dia beli itu sejuk. Rupanya Mas beli dalam pasar. Tak apalah. Panas atau sejuk tetap namanya kuih penjaram!


Hampir pukul 6 petang. Ketika kami berada di sini, peniaga kuih penjaram sedang menggoreng  lima keping kuih penjaram yang terakhir! Nampaknya tidak berhenti-henti beliau menggoreng. Harganya RM3 untuk 3 keping.


Kami beli sebungkus kuih penjaram pandan dan gula merah, lalu cepat-cepat berjalan balik ke hotel. Sementara masih panas, tentu sedap dimakan! Boleh bancuh teh, kopi atau milo panas dalam bilik.

Video 2 : Penjaram Kota Belud

25 comments

  1. Tak pernah jumpa lagi si penjaram ni
    Tentu sedap rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan panas, hirup minuman panas memang sedap berganda Wak.

      Padam
  2. Macam kuih penaram, tapi yang ini saiznya lebih besar dan ada perisa pandan. Tentu sedap dapat makan yang baru dibuat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap ni Ujie. Mau tiga ketul layan sekali makan.

      Padam
  3. skali tgk mcm kuih topi klate tp kuih topi tu tgh tu color putih...menarik nmpknya kuih penjaram tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahan adunannya simple, tapi cantik kejadiannya kan. Sedap pula tu.

      Padam
  4. Bestnya dapat beli yang baru kuar dari kuali. Makan panas-panas yummmy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Marilah Notie... makan penjaram sama-sama sambil minum teh atau kopi sambil teman berteman membawang!

      Padam
  5. Kalau kat tmpt sy panggil cucur jawa
    memangg feberett ni

    BalasPadam
  6. Seronok pulak tengok langkah demi langkah masa kuih tu digoreng. Sedap makan panas2 tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hasilnya yang comel-comel tu yang buat kita leka melihatnya.

      Padam
  7. comel-comel kualinya. mesti dah lama berjasa. seronok tengok dia mengembang gebu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantikkan Sal. Mengembang, gebu macam obor-obor.

      Padam
  8. mmg puas la kan kak dapat makan panas-panas kuih ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau makan ramai-ramai ni memang berebut heheheee.

      Padam
  9. Amie ..... Penyaram ini kueh tradisional kampung saya. He he .....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Ibu, namanya juga nusntara, kepulauan Melayu. Sudah tentu akar umbinya dari punca yang sama. Bezanya namanya barangkali ada yang tidak sama di setiap daerah.

      Padam
  10. Apalah agaknya rahsia kuih penjaram Kota Belud ni kan cikgu?
    Tengok pic pun dah boleh agak lembut berserat tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang geram tu sebab ada keruping-keruping cantik, dan gelembung sempurna di bawahnya.

      Padam
  11. Eh eh... sama pulak tema kuih penyaram kita... hihihi... kt swak panggil kueh penyaram ni kak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah. Di sini pun di panggil penjaram atau penyaram juga.

      Padam
  12. Ada warna hijau pul.
    Apapun betul makan sejuk pun kuih penjaram tetap sedap.

    BalasPadam
  13. Cantik kejadiannya...mesti sedap yg perasa pandan tu...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Makkah & Madinah ~Melaka ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Sabah ~Selangor ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puasa Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe