Jalan-Jalan Cari Makan di Sabah Tea
5:53 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Perjalanan dari Kota Belud ke Ranau transit di Sabah Tea Restaurant untuk sarapan merangkap makan tengahari. Memang tidak lengkap rasanya perjalanan kami kalau tidak singgah di sini. Selepas isi perut, kami teruskan perjalanan ke LD. Maka, dengan ini berakhirlah cerita jalan-jalan cuti sekolah selama seminggu.
Kami memesan:
- Sabah Tea Ice Cream
- Chinese Tea
- Chicken Burger & Onion Rings
- Nasi Putih
- Kari Ikan Putih
- Sayur Kacang Pendek
- Udang Goreng Salut Tepung
Udang Goreng Salut Tepung |
Sabah Tea Ice Cream |
Kali ini Firdaus nak makan chicken burger dengan onion rings.
Chinese Tea |
Kalau di Kota Kinabalu asyik masuk kedai Arab dan makan segala beef & lamb, kali ini makan ikan pula. Kami pesan kari ikan putih. Meriah pula mangkuk kari ikan dengan sayur-sayuran seperti kacang pendek, terung dan tomato.
Kari Ikan Putih |
Sayur Kacang Pendek |
Kenapa budak ini nampak termenung, merenung sesuatu?
Rupanya tak sabar nak meratah udang goreng salut tepung! Padahal itu lauk makan nasi. Dia tak mahu nasi. Dia nak makan burger dengan onion rings nak terkam udang juga.
17 comments
Agaknya Firdaus cakap dlm hati " Bilalah mama nak habis ambil gambar ni" :D
BalasPadamKacng Pendek tu kacang buncis ke Kak Amie? Nampak dlm gambar akan-akan kcg buncis tu ..
Bukan kacang buncis. Dia jenis kacang yang rasa manis dan pendk-pendek.
PadamNasiblah daus
BalasPadamsebelum makan kena eksen dulu
Biasanya dia terkam terus Wak hahahahaaa.
PadamSemua sedap-sedap tu..
BalasPadamKalau kena scone dengan sabah tea ni lagi feel ni
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamKalau order scone kenalah lama-lama sikit di sini...santai-santai gitu. Ni nak terus cabut balik LD hihihiii.
Padammesti best ni makan di tempat tanah tinggi dan sejuk
BalasPadamBerselera makan di tempat sejuk ni.
PadamLepas raya ni nak jjcm jugaklah, rindu plak nak ke Sabah, hihi.
BalasPadamMarilah lebarkan sayapmu SK terbang lintas Laut China Selatan!
PadamCantik pemandangan di belakang. Makanan pun nampak menyelerakan.
BalasPadamP.S: Agaknya t-shirt yang saya dapat dari sini ya?
Betul tu. Lepas makan singgah cari souvenir di sini juga.
Padambestnya makan dengan view macam ni.sejuk pulak, lagi berselera
BalasPadamMarilah datang sini Sal.
PadamSedapnya firdaus makan....pemandangan pun cantik sangat...
BalasPadamDi sinilah tempat transip kami sama ada dalam perjalanan ke KK atau dari KK nak balik LD.
Padam