Ambil Angin Petang di Pantai Karambunai
12:26 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sambung cerita di Nexus Resort & Spa Karambunai.
Jom ambil angin petang di Pantai Karambunai. Firdaus tak sabar-sabar hendak mandi di kolam renanglah, hendak bermain di pantailah.... lah...lah..laahhhh!
Bilik kami di tingkat atas dan terlindung oleh dahan pokok.
Dari anjung bilik boleh melihat pemandangan taman dan sayup-sayup di sanun, terbentang Pantai Karambunai.
Sebahagian pemandangan tasik dari anjung.
Jom turun ke bawah.
Anjung di tingkat bawah.
Tasik berair hijau dipenuhi pokok teratai.
Ada pancuran air di tengah tasik.
Firdaus berlarian di sekitar taman. Hendak ke mana tu sayang?
Suasana pantai dilihat dari kejauhan.
Sinar matahari masih lagi memancar terang!
Namun begitu pantai sudah mula dikunjungi ramai.
Namun begitu pantai sudah mula dikunjungi ramai.
Budak kecil tanpa teman ini begitu teruja setiap kali berpeluang bermain di pantai.
Seronok sangat Firdaus apabila dapat kutip seekor anak ketam!
Anak ketam di tapak tangan Firdaus. |
Kita tinggalkan Firdaus dengan Encik Suami bermain pasir di pantai. Kita hendak melihat suasana di darat pula.
Kolam renang kelihatan sepi. Sehingga ke senja, tiada seorang pun yang kelihatan di sini. Rupa-rupanya semua tertumpu ke pantai! Patutlah ramai sungguh orang di pantai!
Kawasan yang luas, lapang, bersih dan penuh dengan tumbuhan hijau sangat memberi kesan penuh ketenangan.
Sedang leka mengambil gambar, tiba-tiba terserempak dengan Gang Bas Sekolah, Jus dan Nano.
Yang lain entah ke mana membawa diri.
Jom patah balik ke pantai.
Kalau hendak santai-santai minum petang, bolehlah singgah di sini.
Walaupun senja hampir tiba, Firdaus masih leka bermain di pantai.
Apa lagi yang dia cari?
Seolah-olah sedang mencari sesuatu.
Apa benda bulat yang sedang direnungnya itu?
Nampaknya Firdaus sangat tertarik dengan benda tersebut!
Lalu diangkatdan dibawa masuk ke bilik.
Rupanya Firdaus dapat seekor remis.
Remis itu dibawanya ke mana-mana, sehinggalah 5 hari kemudian, pada pagi Isnin kereta berbau busuk! Rupanya Firdaus terlupa bawa keluar remis dari kereta. Allahu.... hampir seminggu lamanya bau busuk melekat dalam kereta!
Air muka Firdaus apabila di ajak balik ke bilik.
Tak rela tinggalkan pantai.
Tak rela tinggalkan pantai.
Macamana nak pujuk?
Hendak masuk ke kolam renang, tidak bawa baju mandi. Hendak balik ke bilik ambil pakaiannya, terasa jauhlah pulak!
Tempat bilas badan selepas mandi laut. |
Akhirnya mengalahlah kami, bawa semula Firdaus ke pantai dan berendamlah puas-puas budak kecil itu dalam air laut.
5 comments
cantiknya suasana..penuh kehijauan di tepi pantai...sian Firdaus, nanti datang lagi..
BalasPadamCantikkan... sesuai sangat untuk rehatkan minda.
PadamIndahnya tempat ni. Macam rasa tak nak balik rumah ya.
BalasPadamMacam tak puas meneroka, tak sempat jejak semua kawasan. Apa tidaknya, sambil bercuti sambil bekerja.
BalasPadamNexus Resort & Spa Karambunai resort idaman SA ni...kalau jadi kahwin dulu memang ini la resort yang diidamkan untuk bulan madu...tapi apakan daya..jodoh xde...x jadi kawen...hahahaha
BalasPadam