Sambal Ikan Gelek Resipi Mak Mentua
8:20 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Bertemu lagi sambil cerita masak-masak di dapur. Hari ini makan nasi lauk lebihan Sambal Ikan Gelek yang Amie masak kelmarin. Setelah dipanaskan dan makan dengan nasi putih, rasanya lebih gurih. Keluarga sebelah Encik Suami suka gunakan perkataan 'gurih' untuk merujuk kepada keenakan rasa makanan.
Sambal Ikan Gelek |
Ikan Gelek @ Kerapu |
Sebenarnya agak lama juga simpan ikan gelek yang Encik Suami beli di pasar. Ikan gelek dikenali juga dengan nama ikan kerapu. Orang Cocos memanggilnya sebagai ikan gelek terutamanya yang berwarna merah. Menurut arwah MIL dan FIL, ikan ini mendapat gelaran 'gelek' oleh penduduk Pulau Cocos kerana suka berenang-renang di tepi jukung sambil menggelek-gelekkan ekornya yang merah. Oh ya, jukung bermaksud perahu atau sampan dalam bahasa Melayu Cocos.
Masakan istimewa untuk ikan gelek sudah tentulah masak sambal. Terlebih istimewa kerana di akhir masakan, MIL akan tuangkan jus limau nipis.
Limau nipis |
Jom kita lihat resipi tinggalan arwah MIL di bawah ini.
Bahan-bahan:
- 4 ekor ikan gelek @ kerapu - bersihkan dan potong 2 jika suka
- 2 biji limau nipis - perah jusnya
- minyak
- garam & perasa pilihan
- serbuk kunyit
- 3/4 cawan air
- 20 tangkai cili kering
- 3 ulas bawang putih
- 5 biji bawang merah
- sedikit belacan - pilihan
- Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan kunyit. Goreng setengah masak. Ketepikan.
- Tinggalkan empat sudu besar bekas minyak gorengan ikan dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
- Masukkan ikan. Tambahkan air.
- Biarkan masak mendidih selama 4-5 minit.
- Setelah pecah minyak sekali lagi, taburkan garam / perasa pilihan.
- Akhir sekali masukkan perahan air limau.
- Angkat dan hidangkan dengan nasi panas.
Sambal Ikan Gelek |
6 comments
pertama kali saya kenal ikan ni, pelik sikit warna kulit ikan ni kak amie..tp ikan yg goreng garing2 buat sambal mmg sedap!
BalasPadamBoleh bayang keenakkan ikan gelek ini. Mula-mula tengok gambar ikan macam talapia juga.
BalasPadamTak pernah nampak lagi kerapu merah ni.. spesis kayangan gamaknya ni.
BalasPadamOh ikan gelek namanya...Selalu nampak cikgu banyak guna jus limau dalam masakan bersambal..pasti harum segar baunya
BalasPadamKalau suami gi mancing.. selalu juga sesat ikan kerapu ni ... selalu goreng garing je..sebab tak reti masakkan yang sesuai dengan nya
BalasPadamMacam best pulak guna perkataan gurih tu. Cantik tengok warna dan corak ikan kerapu tu. Sambal kalau sedap buat bertambah makan.
BalasPadam