Idea Bekal Sarapan Pagi ke Tempat Kerja (5) : Ayam Panggang & Australian Gourment Purple Potato
9:02 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Hari ini penghulu segala hari, hari Jumaat yang berkat. Salam Maal Hijrah, Awal Muharam 1444H. Mari kita tutup buku yang lepas dengan segala keinsafan, dan mulakan helaian hidup baharu dengan azam dan harapan ke arah yang lebi baik.
Dan moga diri ini akan terus beristiqamah membawa bekal sarapan pagi dari rumah ke tempat kerja.
Pagi ini Amie sempat siapkan bekal ayam dan kentang panggang. Ramai rakan tertanya-tanya, bagaimana Amie boleh siapkan bekalan di pagi hari dan dapat pula sampai ke tempat kerja di awal pagi. Menyiapkan bekal sarapan pagi tidak menyusahkan diri sebenarnya jika kita sudah merancang sebelum masuk ke bilik tidur. Misalnya, Amie sudah perap ayam dan simpan dalam peti sejuk. Keesokan paginya, seawal pukul 4 pagi, Amie terjaga dari tidur dan masak apa yang patut. Misalnya, pagi tadi Amie panggang kentang. Amie hanya rebus kentang setengah masak, dan kemudian panggang dalam air fryer. Ketika kentang dipanggang, Amie siapkan salad dan buah-buahan.
Setelah kentang masak dalam air fryer, Amie keluarkan dan kemudianmasukkan pula ayam yang telah diperap. Amie tinggakan dapur dan terus mandi. Keluar dari bilik air, ayam panggang sudah masak.
Pukul 4:52 pagi azan subuh kedengaran dari masjid. Selepas solat subuh, Amie terus menyiapkan diri. Ketika itu Firdaus pun sudah siap mandi dan memakai pakaian seragam sekolah.
Selewat-lewatnya pukul 5:45 pagi Ame sudah keluar dari rumah. Firdaus pula akan keluar lebih kurang pukul 6 pagi bersama Encik Suami untuk ke sekolah agama.
Bekal Sarapan (5) |
- Ayam Panggang Air Fryer
- Australian Gourmet Purple Potato - rebus & panggang
- Salad : Romaine Lettuce + Tomato Ceri + Limau Mandarin
- Buah : Aprikot, Kiwi, Blueberi & Limau Mandarin
Ayam Panggang & Kentang |
Salad & The Gang |
Aprikot, Kiwi, Blueberi & Limau Mandarin |
Dengan paparan menu sarapan pagi dari dapur Amie ini, diharap dapat memberi inspirasi kawan-kawan untuk membawa bekal dari rumah.
20 comments
Salam maal hijrah
BalasPadam01 muharram 1444
Sama-sama Wak, selamat menyambut maal hijrah.
PadamSalam Maal Hijrah...
BalasPadamWah ..bukan sahaja menu dan resipi..Siap dengan jadual dan tips...Kalau lepas ni saya tak rajin juga nak buat bekal...tak tau la...🤭Terima kasih cikgu
Salam maal hijrah Mama Cella.
PadamTak rajin bawa bekal takpe, boleh makan di kantin hehehee.
Salam Maal Hijrah :)
BalasPadamSalam maal hijrah juga. Terima kasih.
PadamSalam Maal Hijrah Amie..
BalasPadamTerima kasih. Salam maal hijrah juga.
PadamZaman sekarang bukannya perlu hidupkan api kayu nak memasak. Semua dah ada kemudahannya, tapi kalau lambat bangun, apapun tak jadi jugak, hihi.
BalasPadamBetul tu. Terlewat sikit bangun pagi, larilah jadualnya.
PadamRajin Puan Amie beli pelbagai buah. Kena beli selalu buat tersebut.
BalasPadamBuah memang wajib ada, kami beli seminggu sekali.
PadamSelamat bersarapan dengan bekal yang cantik dan kiut
BalasPadamTerima kasih Syaz yang kiut juga.
PadamSalam Maal Hijrah Kak Amie....
BalasPadamSama-sama sambut maal hijrah SA.
Padammakanan sihat tu...salam Maal Hijrah Amie
BalasPadamYa, betul tu. Salam maal hijrah juga.
PadamSuka jugak bawak bekal tapi tak serajin ini.. Pusing-pusing nasi goreng, kuey tiow, bihun, mi. Huhu
BalasPadamSaya saja suka-suka hihihiii.
Padam