Grandis Hotel (Grandis Hotels & Resorts) Kota Kinabalu

1:28 PTG

Bismillahirrahamanirrahim.
Sambung entri tertunggak hampir empat bulan yang lalu. Ketika ini Amie bersama enam orang rakan yang lain sempat bergoogle meet untuk memilih tempat penginapan yang sesuai selama lima malam di Kota Kinabalu. Kalau boleh, biarlah tempat penginapan tersebut berhampiran dengan tempat makan dan senang untuk grab atau teksi mengambil dan menghantar kami sama ada ke tempat mesyuarat atau sewaktu pulang dari mesyuarat. Jadual kami, sekitar pukul tujuh pagi sudah keluar dari hotel, dan selepas pukul lima petang kami bergerak pulang ke hotel.

Jadinya, hasil perbincangan kami pun putuskan untuk memilih Grandis Hotel (Grandis Hotels & Resorts) yang terletak di Suria Sabah Shopping Mall, 1A, Jalan Tun Fuad Stephen, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.

Grandis Hotel


Kedudukannya sangat strategik di sebelah pusat Membeli - Belah Suria Sabah dan menghadap Laut China Selatan. Pada hari Sabtu dan Ahad, ramai tetamu menginap di sini. Oleh kerana tempat letak kereta kurang mesra tetamu, salah seorang rakan kami yang membawa kenderaan sendiri terpaksa menginap di hotel lain.


Amie berjanji akan bertemu dengan Nora di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Amie terbang dari Lahad Datu menaiki MasWINGS. Nora terbang dari Tawau menaiki AirAsia. Kemudian kami sama-sama menaiki teksi menuju ke Grandis Hotel. 


Sekarang kami sudah berada di bilik penginapan.


Ruang bilik agak luas. Selesa ketika menunaikan solat.

Kemas dan bersih.

Bilik ini sudah dibersihkan!


Ada  Wi-Fi percuma dan skrin TV rata. Sayangnya tak pernah berkesempatan untuk menonton televisyen. Maklum sahajalah walaupun waktu siang mesyuarat dari pagi hingga ke petang, sampai ke bilik terus sambung kerja hingga lewat malam pula.


Hanya ada sebuah kerusi sahaja. Jadi kami minta sebuah lagi kerusi untuk keselesaan menyambung tugas di waktu malam.



Apabila berada di dalam bilik, hanya dapat menatap pemandangan yang ada di depan mata sahaja. Kemudian duduk semula menyambung kerja. 


Pemandangan yang boleh di lihat, menghadap Laut China Selatan.


Jom kita lihat apa kemudahan lain yang disediakan di dalam bilik penginapan ini.


Nampaknya hanya kelihatan dua botol air minuman dan cerek air serta peti sejuk mini.


Oh, rupanya kelengkapan minuman tersimpan di dalam laci!

Teringat Encik Suami yang suka sangat sediakan minuman di hotel!


Kelengkapan lain termasuklah sterika dan iron board serta hanger. Oleh kerana agak lama juga menginap di sini (lima malam) bolehlah hantar pakaian kotor untuk didobi.


Kalau ada yang rajin tolong keringkan rambut gunakan hair dryer ini memang suka sangatlah kita. Teringat pula pada budak kecil Firdaus yang sukarela gunakan hair dryer untuk keringkan rambut kita dan rambut Encik Suami. Lepas itu, kita pula disuruh keringkan rambutnya pula!


Bilik airnya kemas dan bersih.




Pendek kata memang kami puas hatilah memilih Grandis Hotel walaupun tak sempat hendak meneroka semua tempat dan menikmati semua kemudahan.



Kredit: Google

Bagi yang ada anak kecil atau ingin bersantai-santai berenang di swimming pool boleh turun ke tingkat bawah hotel ini.

Kredit : Google

Ruangan menuju ke restoran, tempat bersarapan.

Nanti kita sambung cerita ya.

13 comments

  1. wahh..boleh masuk list ni..mana tau satu hari nanti..celik celik mata dah ada kat KK..hahaha

    BalasPadam
  2. Cantik hotelnya Kak Amie, moden dan bersih. Iman kalau nampak pool tu, mahu dia terjun terus.

    BalasPadam
  3. Nampak selesa bilik hotel. Pemandangan pun cantik, boleh nampak laut.

    BalasPadam
  4. hotel ni dekat ngan tugu ikan tu ke kak?

    BalasPadam
  5. Wah..seronoknya boleh nampak laut...Untung cikgu dah merata hotel dapat menginap...Nak zikir jugak lah

    BalasPadam
  6. bercuti sambil bekerja di hotel selesa terbaik tu

    BalasPadam
  7. ya, kalau hotel dekat dengan mall memang senang nak cari makan. datang untuk bekerja kan, yang penting ada iron dalam bilik dan internet yang kuat

    BalasPadam
  8. Hotel besar, bilik luas dan bersih. Memang seronok kalau menginap hotel yang luas. Kalau ada Firdaus mesti swimming pool jadi tumpuan dia :)

    BalasPadam
  9. Dekorasi bilik hotel nampak macam ruang eksekutif. Selesa buat kerja dengan pemandangan bangunan di sebelah dan istimewa nampak laut.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe