Mi Bandung Rempah Mak Pon

11:45 PTG

Juadah berbuka puasa kami hari ini : Mi Bandung Rempah Mak Pon. Betullah kata Mama Cella, kata-kata itu boleh jadi zikir atau doa. Sewaktu terima OLEH-OLEH DARI SELATAN, dalam hati berkata, tentu sedap dibuat juadah di bulan puasa!

Dua tiga hari lepas Encik Suami cadang untuk buka puasa dengan Mi Bandung Rempah Mak Pon. Kebetulan kita sedang sibuk, bergelut siang malam dengan tugas yang belum selesai, jadi hari ini kita sempatkan diri ke dapur. Kasihan sungguh, Encik Suami sudah beli bahan-bahan untuk mi bandung. Kalau tak masak, alangkah hampa hatinya kan!

Alhamdulillah! Rempah Mak Pon sangat membantu! Tak sangka memasak mi bandung semudah ABC! Sudahlah cepat siap, rasa kuahnya pula sedap. Orang kata memang cukup rasa. Tak perlu tumis rempah, hanya masukkan sahaja ke dalam air rebusan daging. Untuk santapan, hidangkanlah dengan aksesori pilihan.

Mi Bandung Rempah Mak Pon

Rempah Mi Bandung Mak Pon


Orang pertama merasa mi bandung ini sudah tentulah Firdaus. Sebaik sahaja menyudu suapan pertama ke mulutnya, kita tanya: Sedap tak?  Angguk-angguk kepala sambil menyahut : Sedap! Tiga kali dia menambah ye. Lepas solat terawih, Encik Suami makan semangkuk lagi. Kata Encik Suami, sahur nanti makan mi bandung sajalah!

Kuah yang sedap itu pun ada separuh lagi. Elok sangatlah, tak perlu masak nasi untuk sahur.


Terima kasih sekali lagi buat SK di TANAH JAUHAR yang kirim rempah-rempah masakan ini tempohari. Selepas makan Mi Bandung Rempah Mak Pon, kita terus hantar mesej kepada Fuad. Kita minta Fuad belikan Rempah Mi Bandung Mak Pon. Beberapa hari lepas beriya sungguh Fuad minta kita senaraikan oleh-oleh dari Johor untuk dibawa pulang ke Lahad Datu! Katanya nanti dia akan cari rempah itu.

Eh! Tiba-tiba nak makan lagi semangkuk mi bandung! Sekarang sudah pukul 11:45 malam.


 

15 comments

  1. Wah,sedao betul tu...sampai pesan Fuad beli tu...

    5.36 pagi ...Kita yang baca sambil bersahur ni pun macam macam terbau-bau aroma mee bandung..

    BalasPadam
  2. Kita pun dah terliur jugak ni. Memang senang guna rempah ni, bawang, cili semua dah siap dalam tu. Harap Fuad jumpalah rempah ni untuk dijadikan buah tangan balik Lahad Datu.😍😍😍

    BalasPadam
  3. Tiba-tiba rasa nak makan mi bandung juga Kak Amie... Berjangkit pulak dah ahaks!

    BalasPadam
  4. Saya tengok dari gambar pun, nampak sedap. :)

    BalasPadam
  5. Ananda Amie hebat ... Saya saja tinggal di Indonesia belum pernah nyicip mie bandung rempah mak pon. He he .. .. Salam Ramadhan untuk keluarga di sana.

    BalasPadam
  6. Sedapnyaa mee bandung. Tgk firdaus makan penuh selera

    BalasPadam
  7. Wah hasil ole-ole SK memang memenuhi selera Puan Amie.
    Harap Fuad jumpa, kalau tidak kena tanya SK beli di mana.

    BalasPadam
  8. Sedapnyaa...selalu mintak adik yang kat Muar belikan rempah2 Mak Pon ni..SA suka sangat...kadang kalau malas nak tunggu order jer kat Shopee

    BalasPadam
  9. Sekarang senangnya dah ada rempahh. Selera betul Fuad makan

    BalasPadam
  10. Betul betul sedap ni mi bandung guna rempah mak pon. Alhamdulillah rezeki dapat merasa. Untung jugak Abang Fuad kat Johor boleh belikan sekali balik kampung nanti. Berselera Firdaus makan sampai bertambah tambah.

    BalasPadam
  11. Sedapnya. Lepas ni try rempah maharani pula

    BalasPadam
  12. mmg sedap tu sbb bertambah firdaus mkn..

    BalasPadam
  13. Teringin pula nak dicuba rempah ini.. Mengancam hasilnya..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe