Milo Panas & Biskut Tawar

9:47 PTG

Melihat Encik Suami 'moreh' di dapur, kita pun duduk sama. Encik Suami minum jus nanas, tetapi kita minum milo panas dan cecah biskut tawar.

Aroma milo panas yang dihidu menyebabkan kita terimbau kenangan lalu.

Ketika itu kami berada di tingkatan tiga dan akan menduduki peperiksaan SRP. Seorang guru Bahasa Inggeris, Cikgu Norsiah mempelawa kami mengikuti kelas Bahasa Inggeris di rumah sewanya. Jadi, selepas tamat kelas di sebelah pagi, kami menunaikan solat zohor di masjid (sebelah sekolah) dan kemudian mengayuh basikal ke rumahnya.

Kami bertiga, Amie, Rubinah Jonit dan Zaharah Dahlan dengan senang hati mengikuti kelas tanpa bayaran tersebut tiga kali seminggu. Setiap kali kami datang untuk belajar, Cikgu Norsiah akan menghidangkan minuman milo panas dan biskut tawar. Kata Cikgu Norsiah, apabila cuaca panas kurang elok minun minuman berais. Kami tidak kisah sama ada dihidangkan air panas atau air sejuk. Bagi kami minuman milo panas itu sungguh lazat, dan kami celup biskut tawar ke dalam cawan.

Apabila keputusan peperiksaan SRP diumumkan, secara keseluruhannya kami bertiga lulus dengan Pangkat A. Dahulu, hanya ada Pangkat A, Pangkat B, Pangkat C dan Pangkat S. Kalau gagal mata pelajaran Bahasa Melayu tidak boleh naik ke tingkatan 4. Kena ulang kelas tingkatan tiga dan ambil peperiksaan SRP sekali lagi.

Milo panas & biskut tawar.

Kami bertiga bersama kawan-kawan yang lain melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama di daerah Klang sehinggalah ke tingkatan enam atas. Namun kenangan bersama Cikgu Norsiah tak mungkin kami lupakan. Bagi kami layanan Cikgu Norsiah sangat istimewa. Setiap cawan milo panas yang kami hirup membawa bersama harapan dan doanya. Kami hanyalah anak petani dan penoreh getah. Minum milo yang lazat bukanlah boleh kami nikmati selalu ketika berada di rumah. Zaharah Dahlan membawakan sebiji nanas yang besar dari kebun ayahnya untuk Cikgu Norsiah. Jelas terbayang kegembiraan di wajah beliau ketika Zaharah Dahlan menghulurkan nanas tersebut. Amie dan Rubinah Jonit menumpang senyum. 

Kami bertiga terpisah oleh jarak dan waktu. Terakhir berita tentang Rubinah Jonit, teman Amie ini menyambung pelajaran di UKM dan selepas itu terus ghaib tanpa berita. Zaharah Dahlan pula, khabarnya kini memiliki kedai textile. Tidak mungkin kami dapat melupakan nostalgia lebih 30 tahun yang lalu ketika sama-sama berbasikal sejauh 10 batu ke Taman Asuhan Putera Puteri Islam di Jeram. Seawal pagi selepas solat subuh, kami bertemu di simpang jalan Bukit Kuching Tengah untuk sama-sama mengayuh basikal sehingga ke sekolah. Menjelang petang, kami berkayuh pulang dari sekolah dan berpisah di persimpangan jalan. Rubinah Jonit menuju ke Kampung Parit Lapan. Zaharah Dahlan ke Kampung Setia dan Amie ke Kampung Bukit Hijau. Barangkali kalau diputar semula waktu itu, nampaklah wajah kami yang hitam berkilat kerana berpanas di bawah terik cahaya matahari sepanjang jalan.

Untuk Cikgu Norsiah:
Terima kasih cikgu. Walaupun tiada khabar berita tentang cikgu, namun kami sentiasa mendoakan agar cikgu sihat dan gembira di samping keluarga tersayang. Moga cikgu berbahagia dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat. Jasamu tidak mampu kami balas. Hanya Allah yang akan memberi ganjaran dan keberkatan buat cikgu. Amin.


Tahun 2014, sempat berkunjung ke sekolah kami di Jeram. Rupanyanya tapak sekolah sudah digantikan dengan masjid baharu menggantikan masjid lama yang sudah uzur. Sekolah pula sudah di pindahkan ke Batu 20, Jeram.

Boleh baca di sini: MENYUSURI KENANGAN DARI PANTAI JERAM KE PANTAI REMIS

13 comments

  1. Kenangan manis selalu buat kita rindu masa silam. Sy suka juga celup biskut dalam milo panas, dulu biskut tawar yang kecik2 tu la.. tapi kena rendam lama sikit bagi lembik, heheh.

    BalasPadam
  2. Teringat zaman Aini sekolah di Klang dulu.. pegi sekolah ayah hbtr naik moto.. balik sekolah jalan kaki lbh kurang 5-7km.. bila fikir balik jauh gak jalan tu tp dulu rasa seronok.. klau nak bandingkan skrg bahaya la kan..

    BalasPadam
  3. asedapp.cicah milo ,sy pun suka
    Amie SRP tahun berapa?
    imbass kenangan zaman sekolah yg di indui kan

    BalasPadam
  4. Sedap menu gini... Sangat menyelerakan woo!

    BalasPadam
  5. Sesekali melayan kenangan kan kak amie...SA selalunminum kopi O cicah biskut kering ni...sedap panas-panas..x sedar cicah berkeping sambil tengok TV

    BalasPadam
  6. kenangan manis bila diingat. Alhamdulillah kak Amie dan rakan-rakan dah berjaya sekarang. air milo simple tapi disediakan dengan kasih sayang seorang guru pasti terasa sedapnya

    BalasPadam
  7. Membaca coretan kenangan cikgu,umpama saya ada bersama didalam ceritera itu..Agaknya kalau kita bertemu mau tak tidur malam berkongsi kenangan yang hampir sama plotnya..
    Rindu kenangan lalu tapi saya taknak ulangi ...hihihi

    BalasPadam
  8. Sayu baca cerita Amie masa sekolah. Kenangan manis, dapat kawan-kawan berbasikal sama, dan belajar sama-sama. Seronok dapat pergi tempat lama. Saya pun lama teringin nak pergi melawat sekolah lama. Tak kesampaian lagi.

    BalasPadam
  9. bla baca cerita kak amie ni terasa usia makin bertambah. x dinafikan kdg kenangan lama buat kita rindu dan sebak dlm ms sama...semoga mereka sentiasa sihat dan bahagia selalu

    BalasPadam
  10. Kenangan manis sukar dilupakan.. semoga ukhwah berpanjangan

    BalasPadam
  11. Sedap menikmati biskut tawar cicah air milo. Kenangan tak mungkin dilupakan. Mesti seronok kalau dapat bersua dengan cikgu dan rakan seperjuangan masa tu sekarang kan. Kisah saya, biskut tawar cicah air kopi pekat. Setiap kali pergi rumah arwah nenek dia akan hidangkan air kopi dengan biskut tawar. Itu je hidangan dia sebab dia tak larat nak buat apa. Bila teringat menu ni, pasti teringat arwah.

    BalasPadam
  12. Jauh Tu sampai 10km Naik basikal

    BalasPadam
  13. bagusnya cikgu norsiah.
    kenangan yang sangat indah..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe