Harga Tambang Kapal Terbang ke Sabah Tiba-Tiba Turun
5:55 PTGLima hari lepas kita buat paparan entri TIKET BALIK RAYA dengan tawaran harga yang tidak masuk akal. Abang Farid tolong semak harga tiket untuk Fuad dari Johor Bahru ke Tawau. Harganya, lebih dari cukup pakej tawaran melancong ke Turki selama 10 hari 7 malam! Fuad kata, kawan-kawan serumahnya yang dari Sabah tidak dapat balik beraya kerana ada kekangan kewangan untuk beli tiket dengan harga kurang mampu beli itu. Tapi, Fuad hendak balik juga. Duit boleh dicari tapi apabila hendak bayar harga yang tidak masuk akal itu memang rasa teraniaya sungguh!
Memikirkan harga tiket kapal terbang mungkin akan terus melambung naik sehingga menyamai pakej umrah, jadi Abang Farid pun cepat-cepat beli. Hasil perbincangan dua beradik ini, akhirnya Fuad ambil penerbangan ke Kota Kinabalu. Pada masa yang sama, Fairuz akan balik ke Lahad Datu, dan adik-beradik ini akan sama-sama meneruskan perjalanan darat pula.
Memikirkan harga tiket kapal terbang mungkin akan terus melambung naik sehingga menyamai pakej umrah, jadi Abang Farid pun cepat-cepat beli. Hasil perbincangan dua beradik ini, akhirnya Fuad ambil penerbangan ke Kota Kinabalu. Pada masa yang sama, Fairuz akan balik ke Lahad Datu, dan adik-beradik ini akan sama-sama meneruskan perjalanan darat pula.
Tiba-tiba hari ini terbaca pula tentang Harga Tambang Kapal Terbang ke Sabah Tiba-Tiba Turun!
Syarikat penerbangan janganlah asyik menangguk di air keruh! Kalau tidak ada penumpang boleh pula turun harga sehingga tidak masuk akal. Tetapi apabila ramai penumpang, harga terus mendadak naik seolah-olah kami bayar gunakan daun rumput!
7 comments
betul tu kak... bila xde permintaan, kemain dia turunkan harga...
BalasPadamnak cari untung pun takkan sampai menganiaya orang awam kan..
bukan nya skrg ni permintaan dah kurang, rasa nya permintaan makin melonjak2... jadi apa la salahnya harga tu berpada-pada la kan
Allah tingginya harga
BalasPadamsiannya yg nak blk Raya kalau harga mcm tu
tak sia-sia pengguna complain melalui pelbagai medium. harap harga dah turun ni ramai yang dapat berjumpa keluarga di hari raya
BalasPadamSepatutnya semasa pandemik ni lebih consider dengan apa yang berlaku. Tak sepatutnya naik harga melambung tinggi, bila tak ramai penumpang turun mendadak pulak. Yang dah beli tiket mahal memang teraniaya sungguh. Kalau dapat refund separuh harga okay lagi.
BalasPadamBermakna harga asal dia mmg tak Mahal Sgt kan
BalasPadamini semua taktik nk menarik perhatian org saja. harga tak mahal sangat tp dinaikkan
BalasPadamMelampau sangat kenaikkannya.. Tak bertimbang rasa pula bila naik sebanyak-banyak nya.. Kesian mereka yang ingin pulang beraya..
BalasPadam