Cerita di Kedai Mamak Z
11:21 PTGPetang tadi kita goreng mi, Encik Suami siapkan satu jug jus tembikai. Itulah juadah berbuka puasa kami. Selalunya Encik Suami beli murtabak dan dua jenis kuih, tetapi tidak untuk hari ini. Kita pula, konon hendak masak asam pedas ikan senangin, tetapi sudah siap siang ikan, kita masukkan semula ke dalam freezer. Tidak jadilah buka puasa dengan nasi. Selepas solat terawih, Encik Suami ajak keluar minum. Katanya kalau pergi ke Restoran Mamak X dan Y, penuh sesak dengan pelanggan yang baru balik terawih. Jadi kami pun pergilah ke restoran Mamak Z pula. Setibanya di Restoran Z, setiap penjuru dipenuhi dengan orang berkopiah yang baru balik dari solat terawih. Kami masuk jugalah. Hampir sepuluh minit duduk, dan lebih lima kali Encik Suami melambai tangan ke arah pelayan restoran, tapi tak seorang pun menghampiri kami. Masing-masing sibuk melayan pelanggan.
Akhirnya Encik Suami memanggil pekerja di kaunter. Pekerja kaunter datang ke meja kami, dan setelah Encik Suami terangkan tidak ada pekerja yang datang ke meja kami, pekerja kaunter tadi pun terus memanggil seorang pelayan restoran yang lalu di depannya.
Kami memesan:
- Tosei
- Roti Tisu
- Roti Telur
- Milo Ais
- Lemon Panas Tanpa Gula
- Teh Tarik
Firdaus tidak menghabiskan nasi goreng seafoodnya. Minuman milo ais pun masih berbaki 3/4 gelas. Ketika itu Amie baru perasan ada seorang kanak-kanak perempuan memandang kami makan. Amie tanya: Kamu laparkah? Kanak-kanak perempuan itu mengganggukkan kepalanya.
Siapa budak perempuan itu?
Di mana ibu ayahnya?
Di mana tempat tinggalnya?
Kenapa Mommy suap dia makan?
Budak perempuan itu hidup di jalanan.
Tidak tahu di mana ayah ibunya dan tempat tinggalnya.
Mommy suap dia sebab dia lapar. Daus rasa kesian tak?
Daus kena banyak bersyukur sebab ada Mommy dan Baba. Ada tempat tinggal. Tidak perlu meminta-minta di jalanan untuk isi perut yang lapar.
Iya Mommy. Sayang Mommy.
Firdaus hulurkan kepalanya dan terus cium pipi kita.
14 comments
Allahu Akbar! Tersentak hati kita, Kak Amie. Kita cuma diuji dengan makanan yang tak ditunggu satu jam, tapi entah berapa lama budak itu menahan kelaparan 😓
BalasPadamNampak nasi goreng Daus, rupa nasi goreng pataya.
Masya Allah..sebak saya tengok budaknya kak..moga Allah murahkan lagi rezeki kak Amie sekeluarga.. mungkin Allah jadikan akak sekeluarga menunggu lama kerana ada yang lain akan datang dan memerlukan...hikmah di sebalik kejadian..
BalasPadamKena banyak bersabar kalau kedai mamak ramai orang. Itulah tu, dia tak tulis. Mana nak ingat. Lama betul menunggu air dan makanan pun. Menguji kesabaran. Bagus masih bersabar dan tak banyak bunyi. Alhamdulillah dapat berkongsi rezeki. Kesiannya anak jalanan entah mana tinggalnya dan tak terjaga makan minum. Bagus Firdaus faham. Sweet dia kiss mommy terus.
BalasPadamSemoga dipermudahkan urusan adik tu... kesian.. sebak tgk... lucu pulak tgk gambar firdaus tadah tgn baca doa... mcm bersemangat je dia nk mkn tu
BalasPadamallahu...sedih plak baca part anak perempuan tu..kesiannya..bergenang air mata...selalu nampak orang tua je kat depan kedai mamak ni..biasanya Kena halau dengan pekedai..tapi selalunya SA marah pekedai tu..jangan halau..dia lapar tu..takpe bagi je dia makan saya bayarkan...
BalasPadamAllahu..
BalasPadam(فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ)
Sedih pulak penutup entry kak Amie ni. Harap nasib budak tu terbela. Kasihan juga suami kak Amie tunggu sampai sejam, tapi tulah kalau lepas terawih memang meriah kedai mamak
BalasPadamSamalah, kadang tengok waiter sibuk sangat, malas nak panggil lagi.
BalasPadamkesian anak kecil tu moga Allah limpahkan rezki kehidupannya
BalasPadamSebaknya lihat anak kecil tu... kesiannya. Kita perlu muhasabah diri, perlu banyak bersyukur dengan apa yang kita punyai sekarang.
BalasPadamJarang kedai mamak lambat ambil pesanan.. biasa baru duduk je pelayan dah tanya sampaikan kita pula minta tunggu sekejap untuk pilih menu.
BalasPadamAllahu.. ada juga budak jalanan di sana kak.. kasihannya. sebak.
lamanyaaa tunggu roti telur. jarang resto mamak lambat dpt order
BalasPadamalahai kak... psl bdk lapar tu terus teringat anak2 pendatang kt semporna... mmg kesian dan x terurus. tp dia seorg je ke tu kak? bahayanya...
Kesian tgk budak tu.. nampak berselera makan. Semoga dimurahkan rezeki akak
BalasPadamMasyaAllah.. Bila baca perenggan akhir kak Amie, sebak terus jadinya..
BalasPadam