Temankan Firdaus Mandi-Manda di Indah Jaya Water Park Sandakan
8:11 PTGEntri tertunggak. Cerita sebelum bulan puasa sewaktu jalan-jalan di Sandakan. Kami singgah di Indah Jaya Water Park. Habiskan masa selama satu jam di situ menemani Firdaus mandi-manda. Yuran masuk sebanyak RM12.00 setiap orang.
Sebenarnya tidak ada persediaan untuk masuk ke dalam air. Jadi, pakai sajalah t-shirt dengan seluar.
Walaupun kita tak masuk ke dalam air tapi seronok pula melihat Firdaus menggelongsor terjun ke dalam air.
Swimming pool nampak lengang tiada pengunjung. Ibu bapa yang datang semua tertumpu ke water park menemani anak masing-masing.
Syoknya sambil berendam dalam air, kepala dilindung payung pula!
Puas menggelongsor ke dalam air, Firdaus pindah tempat pula.
Cuaca sangatlah panas terik!
Ikutkan hati mahu saja terjun sekali!
Dua tiga kali jugalah teriak panggil Firdaus untuk keluar dari air.
Cadangnya selepas ini kami hendak daftar masuk hotel.
13 comments
Seronok Firdaus jumpa air ya. Berendam sampai kecut pun sanggup, hihi.
BalasPadamKesian swimming pool, sepi takde sapa nak berseronok kat situ. Waterpark jugak yang best. Dapat berendam pun jadilah kan. Seronoklah Firdaus dapat main macam macam. Puas hati dia.
BalasPadamSyoknya Firdaus menggelongsor hahaha..
BalasPadamUntung cikgu ada anak yang masih kanak-kanak..Boleh la sesekali join anak tempat macam ni..Yang tiada anak kecil ni kalau masuk pelik la pula🤣
BalasPadamFirdaus nampak seronok walaupun main sorang-sorang. Cuaca panas memang rasa nak terjun dalam air
BalasPadamRasa nak berendam sekali. Best tu!
BalasPadambudak-budak seusia Firdaus nampak air memang la dah masuk x nak keluar semula...sama ngan anal-anak buah SA
BalasPadamamboiiii berjimba sakan ya firdaus main air👍👍👍
BalasPadamSeronoknya firdaus.. nanti boleh jalan2 sabah. Dtg sini
BalasPadamBudak-budak suka tempat macam ni. Saya pun suka juga. Hehe..
BalasPadamSeronok tgk firdaus main air
BalasPadamseronok betul firdaus main air, mesti kalau boleh tak nak keluar dari air.
BalasPadamSeronok Firdaus main air ye..
BalasPadam