Government Travel Snack Box AirAsia
2:11 PTGLama tak terbang dengan AirAsia. Kali terakhir (itu pun tak sempat naik) pembatalan hangus tiga penerbangan:
- Kuala Lumpur - Kuala Terengganu (18 Mac 2020)
- Kuala Terengganu - Kuala Lumpur (20 Mac 2020)
- Kuala Lumpur - Tawau (21 Mac 2021)
Maklumlah 18 Mac 2020 itu tarikh keramat penguatkuasaan PKP 1.0. Sebelum itu pada 17 Mac 2020 baru saja mendarat di KLIA dari Bangkok. Kami usahakan untuk tarik tarikh 21 Mac 2020 ke 18 Mac 2020 supaya boleh terbang balik ke Tawau, tetapi AirAsia meminta bayaran tambahan lebih RM700! Dengan pertolongan Abang Farid pada malam 17 Mac 2020, beberapa minit sebelum menjelang 12 tengahmalam, dia uruskan pembelian tiket MAS, akhirnya kami dapat tiket MAS dengan harga RM600++ Bussiness Class!
Entah bila lagi boleh terbang bersama AirAsia!
Minggu terakhir bulan Mac 2022, naik pesawat ke Kota Kinabalu tetapi dengan menaiki MASWings. Maklumlah tiada perkhidmatan AirAsia di Lahad Datu. Kawan-kawan kita yang datang dari Sandakan dan Tawau naik AirAsia.
Seronok pula apabila melihat kawan kita, Nora tunjukkan Goverment Travel Snack Box AirAsia. Rupanya ada pilihan makanan untuk penjawat awam yang menggunakan waran udara. Oleh kerana Nora masih kenyang makan sarapan sebelum menaiki pesawat, jadi Nora bawa snack box bersamanya sewaktu turun di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Seronok pula apabila melihat kawan kita, Nora tunjukkan Goverment Travel Snack Box AirAsia. Rupanya ada pilihan makanan untuk penjawat awam yang menggunakan waran udara. Oleh kerana Nora masih kenyang makan sarapan sebelum menaiki pesawat, jadi Nora bawa snack box bersamanya sewaktu turun di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.
Government Travel Snack Box AirAsia |
Antara isinya:
- Paket makanan ringan.
- Dua jenis minuman
- Bukhara Chicken Biryani
Lumayan jugalah Travel Snack Box ini.
Bukhara Chicken Biryani |
Tiba-tiba kita teringat Nasi Lemak Pak Nassier yang sangat sedap itu. Sudah tentulah fokus kesedapan sambalnya!
16 comments
wah untung nya org gomen naik AA... :)
BalasPadamOwh..bestnya..Ni untuk yang ada waran saja ka?
BalasPadamKalau semua govement dapat syok la..
Saya dulu selalu juga seludup makanan ringan.Tapi seludup makanan yang sama dengan Air Asia jual la...macam cadburry & chips tu supaya masa nak makand
n dlm flight kan🤭
baru tau ada gomen ada travel pack bila naik flight. nanti boleh try guna :)
BalasPadammenarik . macam2 ada
BalasPadamingatkan akak yg balik beraya ke selangor td guna waran.. selalunya kalau fly guna waran udara br dpt snack box ni dan pilihan semestinya nasik lemak pak nasser... kalau sy mmg awal bagitau PT order nasik lemak... hehehe
BalasPadamNice.. comel je..all in red..hehe
BalasPadamOh..ada rupanya ya. Untung juga siapa yang naik guna waran.
BalasPadamSaya baru makan nasi lemak pak nasser sebelum puasa, tapi bukan sebab terbang, cuma makan di outlet Santan, NU Sentral. Bolehlah buat lepas teringin.
rezeki orang gomen. saya pun dah lama tak naik flight. dapat pergi dalam negeri pun cukuplah
BalasPadamRindu nak makan atas kapalterbang.
BalasPadamRindu nasi lemak Pak Nasser laaa....bila la nak travel ni
BalasPadamNampak sedap, nasi Bukhara Chicken Biryani. Saya tak pernah makan nasi lemak Pak Nassier.
BalasPadamUntung orang gomen dapat yang istimewa sikit :)
BalasPadamTak pernah naik AA dan tak pernah merasa nasi lemak Pak Nassier yang dicanang sedapnya tu.
aaaaa... rindunya nasi lemak Pak Nasser, kat Setia City Mall ada Restoren Santan tapi takde pulak teringin nak makan nasi lemak pak Nasser kat situ.. kena naik Air Asia juga baru ada feeling.
BalasPadamwahhh untung arr org gomen dpt mcm ni best best👍👍👍kalau menyamar org gomen agk2 dpt x kak?😂😂😂
BalasPadamWow sedap Tu nasi Bukhara Dan box Tu mcm2 ada
BalasPadamsyu slalu guna warrant ticket time musim raya. mmg akan dpt govt travel snack box ni.
BalasPadamnaik Airasia senang sebab ada direct flight KK-Penang..