Cikgu Ingin Menjadi Gurumu Seribu Tahun Lagi!

11:56 PG

Jumpa lagi di bulan April. Masa begitu pantas berlalu. Apabila menjenguk 'dapur' memang api sudah terpadam! Asap pun sudah hilang. Hanya tinggal abu dan arang! Oh, harap arang akan kembali terbakar dan terus membara beberapa hari akan datang.

Kita rindu, teramat rindu untuk jalan-jalan bersembang ke rumah rakan-rakan blogger. Apakan daya. Buat masa ini kita hanya mampu simpan perasaan itu dalam karung rindu!

Sewaktu kita bermesyuarat di Kota Kinabalu, bekas murid tingatan lima menghantar mesej. Peringatannya, agar tidak lupa menghadiri majlis perpisahan kelas pada 31 Mac 2022. Akibat kesibukan yang melanda, menjunjung titah perintah Seri Paduka Baginda, ditambah dengan letih kurang rehat akhirnya kita pun terlupa jua!

Syukurlah ada teman kaki jalan, Cikgu Kamsiah ingatkan kita. Katanya, lepas maghrib dia akan ambil kita di rumah. Sempat jugalah melelapkan mata buat seketika pada petang hari mencari tenaga yang sudah berkurangan.


Majlis perpisahan diadakan di Khadijah Ballroom, Sri Perdana, Lahad Datu.

Kawan-kawan tegur, muka kita nampak lesu.
Betul... kurang rehat, kurang tidur.


Namun kita usaha penuhi harapan anak-anak murid kesayangan yang bertungkus-lumus membuat persiapan majlis.


Setelah keluar dari kepompong sekolah, mula terserlah kacak dan tampan bekas anak didik.



Majlis berakhir pada pukul 9:30 malam.
Kamsiah hantar kita sampai ke rumah. Setelah kita kunci pagar dan buka pintu rumah, barulah Kamsiah beredar. Encik Suami dan Firdaus belum balik dari majlis kenduri di kampung. Seusai solat isya' kita terus 'pengsan' sampai pagi!


Bangun dari tidur, terus buka oleh-oleh dari majlis malam tadi.


Wah, comel-comel hadiahnya!
Ada key chain siap bubuh nama kita.


Apabila baca kad ucapan ini, memang terus bergenang air mata.


Ada pula sampul misteri!


Rupa-rupanya kepingan kertas coretan daripada murid-murid kita.
Kali ini bukan bergenang air mata, tapi terus gugur dengan rasa sebak sekali.
Kita abadikan sebahagiannya di sini.








Terima kasih anak-anak didikku.
Sebagaimana kamu sayang cikgu, terlebih lagi sayang cikgu kepada kamu.
Memori kita bersama sepanjang PDPR dan PdPc akan menjadi kenangan  sepanjang hayat cikgu. Maafkan cikgu di atas kekurangan dan kelemahan sewaktu membimbing kamu. Cikgu hanya insan biasa, tidak sempurna. Mohon halalkan segalanya. Andai ada peluang, cikgu ingin menjadi guru kamu seribu tahun lagi! Mudah-mudahan kamu akan memperoleh keputusan SPM yang cemerlang, mencapai cita-cita dan menjadi insan yang sentiasa menumpahkan bakti kepada nusa dan bangsa.


Kalianlah aset negara, bakal pemimpin pada masa hadapan.

22 comments

  1. Semoga mereka semua berjaya mencapai cita-cita masing-masing, insyaAllah.

    Tahniah, Kak Amie, kerana menjadi kesayangan murid-murid.

    BalasPadam
  2. sebak baca catatan anak2 murid Amie..

    bagus budak2 sekrg..organise majlis perpisahan..hargai guru2..

    BalasPadam
  3. Guru yang baik pasti dikenang sentiasa

    BalasPadam
  4. Saya yang cuma membaca pun terasa sebak dengan coretan anak murid kak Amie.
    Cikgu yang terbaik dan anak2 murid yang terbaik 👍🏽

    BalasPadam
  5. Hai, Amie.. :)
    Bagusnya, ex-students baik-baik belaka, buat majlis perpisahan. Semoga mereka semua berjaya di masa depan. Amin..

    BalasPadam
  6. nasibla ada yang ingatkan ye kak, mmg nampak muka akak tak bermaya sangat... nampak lesu
    bagus murid-murid akak nampak berkelas majlisnya tu.... mesti happy mereka bila akak datang... baca ucapan dari murid-murid tu mau tak nangis..
    moga akan berjumpa lagi nanti

    BalasPadam
  7. Saya baca pun sebak.. betapa anak-anak murid ini mengasihi cikgu mereka. Tentu cikgu seorang yang sangat disenangi oleh pelajar.

    BalasPadam
  8. Allahuakbar....semuga mereka semua menjadi orang yang berguna di kemudian hari nanti. Sebak pula membaca coretan mereka. Mudahan mendapat kejayaan cemerlang di SPM nanti. Aamin

    BalasPadam
  9. SA yang baca ni pulak turut rasa sebak...tahniah kak amie ada anak- anak murid yang sangat menghargai

    BalasPadam
  10. Terima kasih cikgu❤️❤️

    BalasPadam
  11. Kerjaya sebagai guru pastinya akan dikenang oleh anak-anak murid sampai bila²

    BalasPadam
  12. harimau mati meninggalkan belang manusia pergi meninggalkan jasa

    BalasPadam
  13. Rasa sebak pulak baca coretan bekas anak murid kak Amie. Bagusnya mereka menghargai jasa guru guru mereka. Semoga mereka terus berjaya dimasa akan datang.

    BalasPadam
  14. Jelas kelihatan muka kak Amie dalam keletihan. Lepas ni kena bawa bawa berehat dulu Kak Amie :)

    BalasPadam
  15. Semoga kak Amie akan terus sukses dalam kerjaya sebagai guru. Best of luck untuk your student jugak

    BalasPadam
  16. Nak nagis jugak lah..😭😭😭😭
    Terima Kasih Cikgu!

    BalasPadam
  17. anak murid akak ramai yang kaum cina tapi tengok harmoni je semua mereka tu, lagilah betapa mereka dapat reka majlis tu...

    BalasPadam
  18. seronoknya anak2 murid organize majlis. ye la kak amie nampak muka letih

    BalasPadam
  19. akak amie nampak muka letih.. berehat la nanti. sedih dan sebak bila menjadi seorang guru yg terlalu lama mendidik, pasti dlm kenangan

    BalasPadam
  20. Hehe guna nota tampal.
    Kena simpan sebagai kenangan.

    BalasPadam
  21. Meleleh baca coretan anak murid akak..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe