Daftar Masuk AirAsia & MASwings di Kota Kinabalu International Airport

2:01 PG

Biasanya hanya transit sahaja di KKIA sebelum sambung penerbangan ke Lahad Datu, atau ke Kuala Lumpur. Terakhir daftar masuk melalui KKIA sewaktu terbang ke Brunei Darul Salam pada Oktober 2019. Dan pada 28 Mac 2022 bersama Nora, kami dafatar masuk untuk penerbangan masing-masing. Nora akan menaiki pesawat AirAsia ke Tawau dan Amie akan menaiki pesawat MASwings tujuan ke Lahad Datu.

Amie tiada sebarang masalah sewaktu daftar masuk di kaunter. Nora pula terpaksa uruskan daftar masuk secara online dan agak lama juga urusannya selesai. Sementara itu, Amie jalan-jalan di sekitar melihat gerai kraftangan tetapi tidak ada yang menarik hati. Akhirnya Amie berhenti seketika mendengar nyanyian Abu Bakar Ellah, seorang artis terkenal di Sabah yang berkebolehan dalam bidang seni suara, seni lakon, penulis lirik, pemuzik dan komposer.

Abu Bakar Ellah

Library @ KKIA

Setelah Nora selesai uruskan bagasinya di kaunter, kami bergerak masuk mencari pintu pelepasan. Tiba-tiba kami terpandang suatu sudut berwarna hijau Library @ KKIA. Rasa teruja pula untuk mengetahui dengan lebih lanjut kewujudan Library@KKIA ini memandangkan sebelum ini tidak pernah pula melihatnya di sini. Seingat Amie kali pertama melihat perpustakaan di lapangan terbang sewaktu pergi ke Kalimantan di sini: BANDAR UDARA INTERNASIONAL SULTAN AJI MUHAMMAD SULAIMAN SEPINGGAN

Kita cuba tanya Pak Google tentang Library@KKIA, dan ini jawapannya:

Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) adalah lapangan terbang pertama di Malaysia yang mempunyai perpustakaan dimana penumpang boleh membaca, meningkatkan pengetahuan mereka dan menggunakan kemudahan perpustakaan sementara menunggu penerbangan mereka. Idea utama adalah untuk menyediakan tempat yang selesa di mana penumpang boleh menggunakan masa menunggu mereka untuk berehat dan membaca. Kapasiti pengguna Perpustakaan mini adalah seramai 12 orang.

Walaubagaimanapun, hanya 6 orang sahaja pada satu masa dibenarkan masuk setakat ini mengikut Prosedur Operasi Standard. Perpustakaan ini menawarkan sebanyak 82 juta koleksi media digital, 23 judul majalah dengan jumlah 200 majalah dan pangkalan data daripada Sabah Overdrive (Libby App), Sabah E-Lib & u-Pustaka. Perpustakaan dilengkapi dengan WiFi percuma, ruang kecil untuk stesen kerja, komputer, serta mesin pencetak. Terdapat beberapa buah buku dan mainan kanak-kanak juga disediakan di perpustakaan mini ini.

Pendaftaran keahlian percuma selama sebulan sahaja bermula dari 8 Mac 2022.

Sumber: Library@KKIA

Nampaknya memang Library@KKIA baru diwujudkan di KKIA. Lain kali kalau transit di KKIA bolehlah lepak di sini.

Antara kedai yang terdapat di sini.

Oleh kerana kita ingin cari oleh-oleh, jadi kita singgah di Warisan Budaya.


Banyak pilihan boleh dijadikan oleh-oleh di kedai Warisan Budaya ini. Jom kita belek-belek mana yang patut dibawa pulang.


Ada t-shirt pelbagai warna dan saiz. 


Barangan kraftangan pun cantik- cantik belaka.


Antara kuih tradisi yang dijual di sini termasuklah kuih cincin.





Ketika ini kedengaran azan zuhur. Setelah membeli oleh-oleh yang dicari, kami tinggalkan tempat ini dan menuju ke surau untuk solat. Selesai solat kami makan tengahari di Marrybrown.


Kita makan fish & chips.


Nora makan ayam goreng.
Kemudian kami mencari pintu pelepasan masing-masing.
Nora menuju ke Pintu 10, Amie menuruni eskalator menuju ke Pintu 14.
Nora terbang ke Tawau dengan menaiki AirAsia.
Amie terbang ke Lahad Datu menaiki pesawat MASwings.

Kredit : AirAsia

Kredit : MASwings

13 comments

  1. Good idea library camtu.. nampak cool.
    teringat tahun 2020 masa kat KKIA nak balik sini, elok je handbag saya dan mak putus berjemaah masa keluar dari surau. Sebagai kenangan beli bag kat airport.

    BalasPadam
  2. Bila la nak pi travel lagi ni..dapat pi Indonesia best gak ni kan Kak Amie...eh..buku merah kena renew la...dah la skrg renew online takde walk in

    BalasPadam
  3. Dah 21 thn abe kie tinggalkan KKIA. Terasa rindunya utk menjengah kembali....

    BalasPadam
  4. Bagusnya ada perpustakaan di airport.

    BalasPadam
  5. Seronok juga bersama2 Di airport. Bagus la siap Ada Library walaupun boleh masuk 6 org aje satu masa

    BalasPadam
  6. Bagus jugak ada library macam ni, Kak Amie. Taklah bosan menunggu.

    BalasPadam
  7. kak Amie share gambar airport buat kita rasa nak naik flight lah. eh..Abu Bakar Ellah tu saya ingat lagi saya tonton di rancangan Sinaran. aktif lagi rupanya.

    BalasPadam
  8. Aktif lagi Abu Bakar Ellah tu menyanyi rupanya. Banyak jugak kedai souvenir kat sini. Sambil tunggu boleh beli souvenir kan. Sama taste kita kak Amie, suka fish & Chips :)

    BalasPadam
  9. wahh, tak perasan pula dah ada library dkt KKIA.

    BalasPadam
  10. last check-in kt KKIA tahun 2013..ramai2 beli seafood kt airport...suka kuih cincin..

    BalasPadam
  11. lamanya tak ke KLIA.. rindunya nk fly

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe