Pezzo & Hokkaido Baked Cheese Tart

1:42 PG

Dalam tempoh sebulan ini kita jadi burung hantu. Malam berjaga hingga ke pagi. Tidur waktu siang. Mata pun dah tak ada rupa mata orang lagi. Dapur maya pun sudah tidak berasap. In syaa Allah, menjelang hari raya nanti, keadaan kembali normal. Mudah-mudahan dapat sediakan juadah di pagi raya.

Apa yang penting, sempat tulis entri  supaya kebiasaan itu masih berjalan seperti biasa walaupun pengisiannya ringkas sahaja. Dan sudah tentunya agak tonggang terbalik sebab tidak ikut kronologi waktu.

Masih lagi cerita bersama Nora dan kawan-kawan di Kota Kinabalu. Mesyuarat kami berakhir pada 27 Mac 2022 (Ahad) dan dijadualkan terbang pulang pada 28 Mac 2022. Sepanjang berada di Kota Kinabalu, hati teringin sangat berjumpa Fairuz. Sayangnya masing-masing sibuk dengan tugas. Pada petang Ahad, Nora berjanji bertemu dengan kakaknya dan Amie berjanji bertemu dengan Fairuz pada sebelah petang. Kebetulan pula dari pagi Fairuz sibuk mengurus bekalan ikan ke beberapa buah pasaraya di sekitar Kota Kinabalu. Amie ingin makan sushi bersama Fairuz. Setelah Amie bersiap, telefon berbunyi. Amie sangka Fairuz sudah sampai ke Suria Mall, rupanya ada kesesakan lalu lintas pula. Begitu begini, kata Fairuz setelah membantu pekerja menutup kedai, paling lewat pukul 9 malam barulah boleh berjumpa. Pukul 9 malam kita ada google meet, kelas puisi.

Rasa hampa tak boleh nak kata, tapi kita cuba memahaminya. Kebetulan pula abang sepupunya sibuk membuka kedai cawangan di Papar. Menurut Fairuz, mereka masih mencari beberapa orang pekerja untuk menguruskan perniagaan ikan.

Kita pun keluar seorang diri dari bilik hotel. Nora sudah keluar lebih awal. Kita jalan-jalan di Sushi King. Nampak banyak orang beratur di situ. Kita pun batalkan hasrat untuk makan di situ. Petang Ahad itu banyak sungguhlah orang datang ke Suria Mall. Tempat makan pun penuh. Kononnya hendak singgah subway, tapi melihat pelanggan berbaris rasa malaslah pula untuk menunggu giliran. Lagi pun kelmarin sudah beli sandwich di situ bersama Nora.

Akhirnya kita singgah di Pezzo Pizza. Beberapa kali sebelum ini kami hendak beli tapi asyik tak jadi beli sebab apabila melintas di hadapannya, perut sudah kenyang makan benda lain.

Belilah sekeping, tapi agak-agak kenyang ke? Maklumlah malam nanti akan berjaga sampai lewat malam, mengikuti google meet dan menyiapkan tugasan lain.


Terpandang pula Hokkaido Baked Cheese Tart. Sebelum ini sudah berjanji dengan Nora untuk beli tapi sehingga berakhirnya mesyuarat, tidak terbeli juga. Kita pun beli dua jenis, cheese tart durian dengan oreo cheese tart. Tak sabar nak makan cheese tart durian dengan Nora!

Durian Cheese Tart

Oreo Cheese Tart


Setelah  melihat hanya KFC Restaurant sanaja yang lengang, kita pun belilah dinner set KFC. Sampai ke bilik, Nora belum pulang. Kita makan dan kemudian berehat-rehat sementara menunggu pukul 9 malam untuk google meet.

Sambil bergoogle meet, sambil menulis nota.

Nora masuk ke bilik ketika kita sedang bergoogle meet. Rupanya Nora pun beli Durian Cheese Tart. Katanya, sebiji untuk kita. Oleh kerana malam itu perut sudah disumbat dengan pizza, dengan KFC dan dengan tart, jadi kita pun bawa pulang Durian Cheese Tart pemberian Nora ke LD.


Kita makan Durian Cheese Tart dalam kereta, dalam perjalanan pulang ke rumah. Dalam hati berbisik: Kena cari lagilah Hokkaido Baked Cheese Tart!

10 comments

  1. kalau lalu berhampiran stall Hokkaido Cheese Tart memang harum je bau. dapat makan seketul dua lagilah puas.

    BalasPadam
  2. SA pun suka Hokkaido Cheese Tart...best...eh Sabtu ni nak beli la kat Mid Valley

    BalasPadam
  3. Semakin sibuklah Fairuz sekarang. Mujur jugak ada kedai makan dekat-dekat. Lahh..dua dua beli cheese tart. saling ingat mengingati..Okaylah dapat makan lebih :)

    BalasPadam
  4. Saya pernah nampak Hokkaido Baked Cheese Tart di Aeon, tapi tak pernah masuk beli. Wah, perasa durian pun ada, ye. Pizza nampak sedap, ada udang.

    BalasPadam
  5. kebetulan pulak, dua-dua beli tart yang sama. dah lama tak makan hokaido cheese tart ni. semoga raya nanti dapat jumpa Fairuz

    BalasPadam
  6. sedapnya durian cheese tart boleh buat hidangan raya nani

    BalasPadam
  7. Semakin lapar perut tengok pezzo dan kfc, hihi.

    BalasPadam
  8. pedro ni nampak sedap tp lebih kurang mcm pizza dan hokkaido cheese tart

    BalasPadam
  9. Aduh.. Tiba-tiba rasa macam bak cari juga Hokkaido tart tu.. hehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe