Jalan-Jalan Cari Makan di Thien Thien Restaurant
10:37 PGMasih cerita jalan-jalan cari makan di Kota Kinabalu. Kali ini, sebaik sahaja kami selesai mesyuarat dan meletakkan barang masing-masing di bilik, kami jalan kaki menuju ke Jalan Gaya. Jauh jugalah kami melangkah sampai berpeluh-peluh. Dapatlah melakukan senaman kaki di petang hari. Kali ini Mewah bawa kami ke tempat makan kegemaran suami dan anak bujangnya kalau mereka datang ke Kota Kinabalu. Petang itu kami berempat, Amie, Nora, Mewah dan anak bujang Mewah.
Fish Fillet Soup Noodle |
Chinese Tea |
Konlo Mee |
Konlo Mee Bebola Ikan |
Nasi Ayam |
Ayam Goreng Bijan |
Tauhu Udang Kering |
Amie makan Fish Fillet Noodle Soup. Mewah makan mee kolok, anak bujangnya makan nasi ayam. Nora pula hanya pesan minuman saja. Katanya takut kekenyangan sebab kami sudah berjanji akan makan malam bersama Suan dan Zaiton pula. Hmmmm.... selepas makan di situ, patah balik semula ke hotel memang perut lapar balik!
9 comments
Nampak sedap semua tu Kak Amie....mee kolok!!! Rindunya nak makan mee kolok...
BalasPadamTengok gambar makanan di waktu tengahari ni, mengundang sungguh, hahaha.
BalasPadamlamanya tak makan mi kolok. memanglah, kalau jarak restoran tu jauh, patah balik tu dah lapar semula. hehe. dinner apa tu?
BalasPadamSEDAP SEMUANYA NAMPAK AYAM BIJAN ISTIMEWA
BalasPadamNampak sedap2 semuanya.
BalasPadamMalamnya mesti makan banyak kan? pasal perut dah lapar. Hehe
Masakan ala ala Chinese food macam ni memang sedap. Jenis berkuah cepat penuh perut. Konlo mi tu macam sedap. Suka jenis mi wantan.
BalasPadamChinese food ke ni. Nampak sedap semuanya
BalasPadammakanan chinese memikat selera.. lama xmkn
BalasPadamsedap dan mengancam semua menunya..
BalasPadam