Melawat Agnes Keith House Yang Dikatakan Menyeramkan!

9:47 PTG

Kali pertama kami jejak kaki ke Agnes Keith House pada tahun 2016 di sini: AGNES KEITH HOUSE & ENGLISH TEA HOUSE. Kali kedua kunjungan kami pada 13 Mac 2022.

Agnes Keith House : 2022


Agnes Keith House : 2016

Hampir enam tahun sejak 2016, kalau berkunjung ke Sandakan kami tidak singgah menjejakkan kaki ke rumah yang pernah didiami oleh penulis tersohor Amerika Syarikat iaitu Agnes Newton Keith bersama suaminya, Harry Keith dan anak mereka, George. 

Dahulu, memang dilarang sama sekali untuk merakam sebarang gambar di dalam rumah ini. Kali ini tiada pula larangan tersebut, dan para pengunjung kelihatan teruja berswafoto. 

Laluan masuk ke Agnes Keith House.


Papan tanda Jejak Warisan Sandakan yang sudah kabur dek hujan dan panas.


Rumah Agnes Keith terletak di Jalan Istana, Sandakan, Sabah. Rumah agam dua tingkat yang dibina berasaskan kayu didirikan di atas bukit dan dikelilingi pokok-pokok menghijau. 


Seni bina rumah agam ini kelihatan unik, dengan hiasan dalamannya yang menggamit memori dan sejarah masa silam para penghuninya. Khabarnya, suatu waktu dahulu rumah ini pernah  terbiar dan hampir musnah. Bagaimana pun usaha  pemuliharaan telah dilakukan oleh Muzium Negeri Sabah pada 2001 dan reka bentuk asalnya berjaya dikekalkan. Buat pertama kalinya, Muzium Sabah mengadakan pameran mengenai Agnes Keith House pada 29 Oktober 2003.


Sebelum melangkah masuk, kenalah buka kasut terlebih dahulu. Di sebelah kiri pintu terletak ruang dapur dan meja makan, di tengah-tengahnya tangga menuju ke tingkat atas dan di sebelah kanannya pula ruang rehat atau ruang tamu. Hiasan dalamannya terdiri daripada perabut era kolonial untuk mengekalkan konsep asal dekorasi rumah tersebut.




Susun aturnya kelihatan kemas dan ringkas. Setiap sudut di ruangan makan ini mempamerkan koleksi  perabot kayu, barang-barang antik seperti tembikar, pasu, pinggan mangkuk dan seumpamanya  untuk menonjolkan hiasan dalaman Agnes Keith House ini berada pada kelas tersendiri pada zaman tersebut.

Masih ada tinggalan radio lama terletak di sudut dapur.

Inilah radio tersebut, radio jenama BUSH buatan London.



Rakaman gambar aktiviti di dapur.




Ada sebuah peti sejuk lama terletak di sudut dapur bersebelahan dengan tangga. Peti sejuk ini tinggalan Mr. & Mrs Martin Johnson. Sebenarnya rumah ini bukan hanya dihuni oleh Agnes Keith sahaja tetapi pernah didiami oleh 26 individu yang lain. Nanti kita kongsikan mengapa hanya Agnes Keith yang menjadi tumpuan sehingga dinobatkan sebagai 'ratu' atau "Maharani Putih" Sabah.

Modern City Refrigerator with KEROSENE ELECTROLUC

Inilah rupa di dalam peti sejuk pada zaman kolonial.

Keratan akhbar bertajuk ICE CREAM IN JUNGLES OF BORNEO.

Suku kaum Murut merasa ais krim buat pertama kali dari peti sejuk Osa Johnson.



Ini merupakan ruang rehat atau ruang tamu.



Setiap sudut dan dinding dihiasi dengan gambar dan pinggan mangkuk antik.


Alat pemain piring hitam.

Telefon.


Banyak jugalah kita nampak tajau saiz kecil dan besar di rumah ini.


Firdaus duduk di atas tangga. Di sebelahnya inilah tajau.
Ketika kaki memijak anak tangga, terasalah betapa kukuhnya kayu yang digunakan. Walaupun sudah memakan usia lebih seratus tahun tetapi kualitinya tidak dapat dinafikan.
Jom kita naik ke bahagian atas pula.

Sekeping gambar Agnes Keith terpampang di laluan tangga.
Di bawahnya ada sebiji lagi tajau.



Dibahagian atas pula dihiasi gambar Agnes serta gambar keluarganya.


Laluan masuk ke bilik tidur utama dan bilik menulis.





Agnes sering mencatatkan pengalaman seram yang pernah dialaminya sepanjang menghuni rumah ini.


Katanya, dia  tidak percaya pada hantu. Namun begitu setiap hari beliau terlihat seorang wanita tinggi lampai mengucapkan selamat tinggal kepada suaminya, mengambil bayinya dan turun ke jalan seorang diri dan ketika berdiri di hujung jalan wanita tersebut menoleh ke belakang.

Pengalaman seram tersebut turut dilalui seorang lagi penghuni iaitu Rosemary, isteri kepada G. L. Carson yang tinggal di situ selama 12 tahun  sekitar 1955 hingga1967.  Sewaktu suaminya bertugas di Kota Kinabalu, Rosemary tinggal seorang diri di rumah tersebut.


Pernah berlaku peristiwa sewaktu Rosemary terbangun pada waktu subuh, wanita ini  terdengar pintu di bilik hujung rumah ditutup beberapa kali dan kedengaran bunyi tapak kaki  orang berjalan menuju ke biliknya. Sebaik sahaja  Rosemary membuka mata, satu lembaga wanita berdiri di hujung katil sambil merenung ke arahnya. Rosemary terus pengsan dan tidak mengetahui apa yang berlaku seterusnya.



Bilik kerja atau tempat menulis.




Selain barang antik yang lain di atas para dan almari, terdapat tiga barangan antik dipamerkan di atas meja iaitu mesin taip, mesin jahit dan telefon.



Mesin jahit jenama Vickers buatan British.



Sewaktu kita datang pertama kali dahulu, kita sempat buat catatan begini:

Nampaklah mesin taip lama di atas meja. Sempat melihat hasil tulisan Agnes... kita terjemahkan begini : setiap malam saya terlihat hantu datang... (lupa-lupa ingat : hantu tinggi ka atau hantu panjang!) Itu sajalah yang sempat kita baca. Nak baca lebih-lebih nanti takut rasa 'seram' pulak!

Maklumlah ketika lawatan dahulu tidak boleh ambil gambar, tapi sekadar mengingat sahaja. Nampaknya ada sedikit perubahan bahan yang dipamerkan di sini. Dahulu memang ada jugalah rasa seram itu, tetapi kali ini agak kurang sedikit perasaan tersebut. Nanti kita cerita sedikit perkara ini di hujung entri.


Ketika tangkap gambar, tidak fokus pada tulisan yang mengandungi maklumat, jadi tak berapa jelas pula nama jenama mesin taip ini. Yang kelihatan hanya perkataan Remington.

Telefon lama. Pernah jumpa telefon begini tak?





Jom kita masuk ke bilik tamu yang sudah diubahsuai menjadi  ruang teater dan bilik bacaan. 


Antara hasil penulisan Agnes Keith.




Bilik air di bilik tetamu.



Ruangan mini teater.




Ruangan ini merupakan  galeri mini bergambar yang memaparkan perjalanan hidup Agnes terutama sepanjang menetap di Sandakan.


Siapakah Agnes Keith? Apakah kelebihan dan keistimewaan yang dimiliknya sehingga nama  wanita ini diabadikan di sini?

Tanah tumpah darah Agnes nun jauh di Illionis, Amerika Syarikat. Beliau  dilahirkan pada 6 Julai 1901. Beliau meminati bidang penulisan dan sejak remaja telah menghasilkann cerita fiksyen. Karyanya banyak diterbitkan dalam beberapa majalah terkemuka termasuk Reader’s Digest. Selepas menamatkan pengajian di University Of California, Berkeley, Agnes  memilih kerjaya sebagai wartawan dan bekerja dengan The San Francisco Examiner pada 1924.





Agnes berkahwin dengan Harry Keith iaitu seorang Pegawai Konservasi Hutan yang bertugas di Sandakan pada 1934. Pada mulanya mereka tinggal di rumah bujang yang disediakan untuk Harry tapi mereka berpindah ke rumah yang lebih selesa (Agnes Keith House).

Mereka merupakan penghuni kedua tinggal di rumah itu selepas M.M.Clark. Rumah tersebut sinonim dikaitkan dengan Agnes kerana dalam rumah itulah beliau menghasilkan buku ‘Land Below The Wind’ pada 1939 yang menceritakan mengenai kehidupan masyarakat tempatan Sabah serta alam semula jadinya. Buku tersebut telah mengalahkan 600 buku lain untuk memenangi pertandingan kategori bukan fiksyen anjuran majalah Atlantic Monthly.

Gelaran Negeri Di Bawah Bayu yang diberikan ke atas Sabah adalah inspirasi daripada karya beliau. Dengan  itu beliau turut dianggap sebagai ‘duta’ negeri ini.

                         





Ketika meletus Perang Dunia Kedua, Agnes sekeluarga pulang ke Amerika Syarikat. Apabila mereka kembali ke Sandakan pada 1946, rumah yang mereka diami telah musnah. Rumah ini dibina semula dan Agnes menamakannya sebagai Newlands. 
Agnes meneruskan usahanya berkarya dan di dalam rumah itulah terhasilnya dua lagi buku karangan Agnes yang bertajuk Three Came Home (1946) dan ‘White Man Returns’ (1951).

Walaupun mereka telah pulang ke Amerika Syarikat pada 1952 namun nama Agnes terus kekal dalam ingatan masyarakat Sabah terutamanya di Sandakan.  Apabila Muzium Negeri Sabah membaikpulih semula rumah tersebut, nama Rumah Agnes Keith atau Agnes Keith House diabadikan sebagai satu penghargaan kepadanya.


Ini merupakan rumah pembantu rumah. Ada peristiwa yang menyebut tentang seorang pembantu rumah yang bekerja ketika Tom Bayles tinggal di situ pada 1967 hingga 1968. Katanya  pembantu rumah tersebut pernah terserempak wanita sedang berdiri di anak tangga.


Kita sempat bertanya kepada pengawal yang bertugas di Agnes Keith House. Kita kata, macam rasa kurang seram pula datang ke sini. Tidak seperti dahulu, bagaikan ada mata yang memandang ketika kita berada di bahagian atas rumah. Katanya, sebenarnya tempat ini masih 'keras' dan ditutup seawal pukul 4:30 petang. Pernah berlaku peristiwa histeria di sini. Maklumlah, katanya orang putih yang menghuni rumah ini dahulu suka menyimpan barang-barang antik yang dijumpai. Dan katanya lagi, termasuklah menyimpan kepala manusia. Dahulu, memang ada tradisi memanggal kepala manusia dalam kalangan kaum tertentu. (Boleh rujuk Pak Google jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini). Akibat gangguan tersebut, kepala manusia itu dipindahkan ke Kota Kinabalu. Wallahua'lam.
Teringat tahun 2005 kita pernah ke rumah panjang suku kaum Murut di Kampung Silungai, Pensiangan. Kawan kita tunjukkan beberapa buah tajau saiz besar tersimpan di belakang rumah. Tajau tersebut berisi mayat manusia yang terdiri daripada kaum keluarga yang telah meninggal dunia. Dahulu, penganut pagan @ animisme akan 'menguburkan' mayat di dalam tajau. 





Kami tidak dapat berlama-lama di sini kerana selepas ini kami akan bergerak ke water park dan daftar masuk hotel. Firdaus sudah tidak sabar untuk bermain air!



Pejabat dan tempat membeli tiket masuk.


Inilah antara gambar-gambar yang Amie ambil dari entri lama.


Buku-buku tulisan Agnes Keith ini Amie beli di Kota Kinabalu.


Salah sebuah karya penulis wanita yang berasal dari Amerika Syarikat ini berjudul Land Below The Wind yang terus digunapakai gelaran kepada Sabah Negeri di Bawah Bayu hingga ke hari ini!


Selain Land Below The Wind, Agnes juga menghasilkan buku Three Came Home pada tahun 1946 dan White Man Returns pada tahun 1951. 



Encik Suami tuliskan nama Firdaus di atas buku catatan pengunjung.


Jadi Firdaus pun turunkan tanda tangan dengan komen : Very good!

29 comments

  1. Nice sharing kak.. Jadi Negeri Di Bawah Bayu dapat nama sempena penulisan Agnes Keith ni lah.

    BalasPadam
  2. dana rasa macam pernah tengok dokumentari pasal rumah ini lah kak...
    sebab dana ingat rekabentuk rumahnya... tapi scary pulak bila akak kata depa ada simpan kepala dekat tajau tu, dah la banyak tajau dekat rumah tu. Patutla dia asik jumpa hantu je

    BalasPadam
  3. Ada terbaca gak tempat ni tp bila kak amie share ni, ntah nape rasa semacam plak hehehehe....

    BalasPadam
  4. Oh, begitu rupanya bagaimana Sabah mendapat gelaran, Negeri Di Bawah Bayu. Sy tak masuk rumah Agnes ni, cuma tengok dari luar dan berdiri di halaman rindu, eh.

    Macammana nak dail telefon tu, kak Amie. Dah macam manusia tak berwajah pulak.

    BalasPadam
  5. Menarik pengalaman Amie kat Agnes Keith House! Rumah lama macam tu biasanya ada "negative energy". Seram PH bila baca pasal Agnes ternampak hantu wanita dan juga pasal orang putih simpan kepala manusia dalam tajau (ni yang PH tak faham dia orang tak geli/ngeri). Tak tau lah kalau PH berani nak pergi melawat Agnes Keith House. PH ni jenis penakut. LOL!

    BalasPadam
  6. tumpang tengok dan baca di entri ni saja lah nampaknya. nak ke sana jauh...

    BalasPadam
  7. Ada di dokumentarikan rumaha ni kan kak amie...SA idok la nak duduk rumah ni sorang- sorang aih..dah la penakut..hehehe...bagus diorang dah jadikan museum at least orang boleh dpat info kan...

    BalasPadam
  8. Bila tenguk radio lama dan telefon lama teringat citer P Ramlee

    BalasPadam
  9. saya teringat di pulau pinang, ada satu rumah ( kerajaan atau mungkin rumah pegawai mat salleh dulu ) yang berasaskan kayu dan masih cantik senibinanya. saya kira kalau rumah itu dijaga sebagai harta kahazanah sejarah alangkah baiknya. tapi saya agak ianya takkan kekal lama sebab dah banyak rumah lama yang dirobohkan untuk pembangungan...

    BalasPadam
  10. Baru tahu pasal Agnes Keith penulis Land Below The Sea.
    Rajin pula Puan Amie datang kali ke-2 tanpa rasa seram.

    BalasPadam
  11. walaupun nampak seram tp saya suka rumah mcm ni kak. dulu2 sy rs org ada rumah atau peralatan mcm ni bg sy dah ckp kaya. kompem dtg beraya dpt 50 sen hehehehe

    BalasPadam
  12. cantiknya rumah penulis hebat menginspirasi pengkarya menulis sprtinya

    BalasPadam
  13. Bagus pihak Muzium Sabah memelihara dan memulihara rumah ni jadi tarikan pelancongan.
    Belum pernah nampak telefon gitu, macam mana nak dial tu?
    Bahagian yang saya nampak seram, tandas bilik tamu tu. Ni kalau berdua je melawat sini, seram juga.

    BalasPadam
  14. Menarik dalaman rumah tu..Sayangnya saya tak dapat menghabiskan bacaan kerana saya seorang yang penakut.Kalau baca cerita seram nanti tak boleh tidur..huhuhu..saya tak suka dengan perasaan penakut ini tapi tak tau nak buat macamana..

    BalasPadam
  15. Interior Agnes Keith House, unik dan bagus. Seram itu tersebab rasa takut.

    BalasPadam
  16. saya tak berkesempatan sampai ke sini. walaupun saya boleh je masuk muzium sorang-sorang tapi kalau yang ni kena berteman la. suka tenok peti sejuk. mesti mendiang seorang yang baik budinya kalau tak bukan senang nak diterima masyarakat tempatan. telefon tu unik. cmane nak mendail kalau takde keypad?

    BalasPadam
  17. tgk pic rumah ni terus terbayang camna lah rupa masa dorang masih tinggal disitu dulu lah yea. rumah sangat besar, byk jendela

    BalasPadam
  18. Pertama kali baca tentang Agnes Keith House ni. Rumah dia nampak menarik dan barang-barang antik semua terjaga dengan baik. Seram jugak baca part penampakan susuk wanita kat situ.

    BalasPadam
  19. bestnya baca penulisan akak.. terima kasih share. tapi kak, saya tengok gambar2 tu masih ada aura seram kak. hehe

    BalasPadam
  20. Seni bina rumah dulu dulu cantik. Masih kukuh dan tegap rumah agam kayu ni. Bagus dijaga dan dibaik pulih. Kalau tidak, seram jugak tengoknya. Banyak perabot masih elok lagi dan terjaga. Tapi seram betul part kepala manusia tu. Tempat lama penuh barang antik, mesti ada kisah seram dan misteri disebaliknya. Awal tutup tu mesti keras sangat tu.

    BalasPadam
  21. Nampak lama kak Amie tak update blog. Semoga sihat dan baik baik je.

    BalasPadam
  22. Rumah cantik.. nampak seram kalau betul2 sunyi..

    BalasPadam
  23. Terima kasih, Kak Amie. Merasa saya masuk dan jalan-jalan sekitar rumah Agnes ni 😊

    BalasPadam
  24. Rumah pembantu rumah nya bukan main jauh ya, tangga bukan main banyak nk di daki... huhuhui

    BalasPadam
  25. alahai beraninya kak amie singgah tempat macam ni.. kalau saya pikir 100x dulu haha

    BalasPadam
  26. syu pon ke sini jgk semasa ke Sandakan beberapa tahun lepas..

    BalasPadam
  27. Bagus bila dipelihara rumah-rumah lama ni..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe