Jumpa Lamban & Pais Manis di Pasar Minggu Sandakan
10:08 PTGSebaik sahaja keluar dari dewan makan di Hotel Elopura, matahari mula bersinar terang. Rintik-rintik hujan sudah berhenti.
Tinggalkan dahulu tempat untuk bergambar di tepi laut ini kerana orang ramai mula beratur menunggu giliran untuk berswafoto.
Kita jalan-jalan dahulu arah ke pasar minggu. Sandakan merupakan bandar kedua terbesar selepas Kota Kinabalu. Seiring dengan usianya yang semakin tua, kelihatanlah bangunan-bangunan yang agak usang di sekitarnya. Namun begitu. Sandakan tetap sesak walaupun sudah ada bandar-bandar baharuyang muncul di sekitarnya. Khabarnya Sandakan akan diiktiraf sebagai sebuah bandara! Tak pastilah bila masanya.
Firdaus pula tidak mahu bergerak kalau sudah berjumpa dengan arnab, marmut, angsa, burung, ikan dan yang sewaktu dengannya.
Kesian pula Encik Suami dengan penuh sabar menunggu Firdaus mengadap anak ayam!
Cukuplah sekadar melihat-lihat saja. Kalau berkeras hendak beli juga, tak tahulah apa akan jadi!
Apabila perut sudah kenyang, tidaklah teruja untuk beli makanan atau minuman.
Tapi mata terpikat pula dengan makanan tradisional Brunei. Kita pun beli dua jenis iaitu lamban dan pais manis sekadar nak rasa saja.
Lamban @ Kelupis |
Biasanya tidak ada inti, tapi kali ini jumpa yang siap bubuh inti pula!
Ini pula kuih pais manis.
Pais manis. |
14 comments
Arnab pun ada, comel anak-anak ayam tu, tentula Firdaus suka. Betul perut kenyang tak rasa nak beli makanan, tapi yang authentik beli la buat rasa.
BalasPadamWak pun macam daus
BalasPadamkalau jumpa tempat jual2 haiwan ternakan mesti singgah
ramai orang beratur nak ambil gambar rupanya ye kak...
BalasPadammujur tak nak dibeli nya arnab tu kalau tak camne la agaknya ye...
lamban tu isinya apa kak? sambal ikan ke
MINAT SUNGGUH DAUS TENGOK ANAK AYAM
BalasPadamWah macam- macam ada ni...nasib Daus x mintak beli arnab ke anak ayam ke kan...kalau x...jenuh la...sedap ke lamban tu kak? macam lepat erk?
BalasPadamsama la saya, kalau beli pun, beli yang nampak pelik dan tak jumpa di Semenanjung
BalasPadamsama dengan Muhammad,kalau dah tgok binatang x nak gerak..jenuh menunggu hihii
BalasPadamLamban tu pulut panggang ke?
BalasPadamcomelnye anak ayam dkt situ, kalau syu masa kecik2 dlu pon msti berhent tgk je. nak beli tu mcm tak, sbb takde yg nak jaga.
BalasPadamTak dapat bayangkan kalau Firdaus berkeras jugak nak membeli. hehe..kena pujuk sampai makan pujuk nampaknya. Mujurlah dia behave. Leka tengok binatang. Kalau jumpa makanan rare memang tak fikir panjang membeli walaupun kenyang sudah.
BalasPadamOh...lamban & kelupis ada beza yer...selama ni saya ingatkan sama...
BalasPadamAdakah pais manis tu sama dengan lepat liat @ Kedah..Nampak isinya gelap.Cara bungkus macam tapai.
Masa sy ke pasar Sandakan dulu, terpikat dengan pelbagai jenis makanan tradisinya. Tapi takut nak makan sebab nak jalan banyak tempat, takut sakit perut kalau makan banyak, hihi.
BalasPadamSeronok jalan waktu dah kenyang. Boleh berlama-lamaan di pasar.
BalasPadamberapa harga pais tu kak?
BalasPadam