Sedapnya Takoyaki!
6:51 PTGPertama kali makan takoyaki berisi sotong kurita, kita terus jatuh cinta. Takoyaki yang kita beli itu, takoyaki yang ditempah daripada seorang suri rumah. Sosnya sangat sedap, dan taburan katsuobushi (parutan ikan tongkol kering) macam tak puas kita makan.... ahaks! Walaupun selepas itu kita beli inti udang dan juta ketam, tetapi inti sotong kurita itu juga rasanya yang paling lazat!
Oleh kerana suka makan takoyaki, jadi kalau ke mana-mana seperti di Sushi King, di pasar malam, kalau terjumpa takoyaki memang terus beli. Sayangnya rasanya berbeza-beza, dan belum terjumpa yang selazat takoyaki pertama kali kita beli. Ada sekali Amie beli takoyaki di pasaraya Kota Kinabalu. Memang sedap sungguhlah, ditambah pula dengan sedikit wasabe! Adeeehhhh... terus menyengat ke lubang hidung!
Petang tadi sempat minta abang angkat Abang Farid (Foodpanda) hantarkan takoyaki ke rumah. Amie beli tiga jenis inti iaitu sotong kurita, udang dan ketam.
Takoyaki |
16 comments
Saya! Saya! Syukurlah di taman perumahan saya ni ada takoyaki yang sedap sangat. Saya rasa ia adalah takoyaki tersedap saya pernah makan, cuma RM10 dapat 15 biji, berbaloi!
BalasPadamsekarang takoyaki dah jadi street food kat mana2.. senang nak dapat. Cuma rasa memang berbeza2lah.
BalasPadamnampak menyelerakan tako ni kak.... nyamm2
BalasPadamSuka jugak takoyaki... memang sedap kalau kuahnya sedap dan banyak..
BalasPadammemang selalu abg angkat anta..lol
BalasPadamAda beli takoyaki mold bila anak-anak suka..Adah order set bahan takoyaki dari shopee..Tapi sampai la ni masih dalm kotak🤣
BalasPadamKepingan ikan tuna tu saya selalu sebut "bonito".
Kelakar bila pernah baca ada yang panggil "kulit bawang merah"🤣🤣
Tapi bila dilihat memang ada iras kulit bawang kan
Ank.sulong dan kedua suka.sgt ni
BalasPadamRajin depa beli jga
tp ciknur tak makan he hee
suka takoyaki...skarang ramai juga gerai2 yg jual....
BalasPadamTAKOYAKI KEGEMARAN ORG LA NI KAN
BalasPadamTakoyaki ni Fav Dania ni...kalau pi pasar malam memang selalu beli
BalasPadamsyu suka jgk takoyaki. teringat mkn masa di jepun dulu..
BalasPadamdkt mne takoyaki sedap yg kak amie beli di kk? nak pegi cari lah..haha
Saya suka! Selalu beli di Aeon. Yup.. Paling best inti sotong kurita
BalasPadamSedap tapi itulah sama tidak puas makan lagi. Kena cari yang sedap.
BalasPadamKegemaran saya ni, kak. Pantang jumpa takoyaki mesti nak beli hehehe
BalasPadamkalau isinya besar sedap layan kak, dana biasa beli dekat 1 kedai ni dulu mula-mula beli selalu isinya besar dah makin maju eh isinya makin kecik, kadang ada yg kosong tanpa inti... sedih betul
BalasPadamDapat jumpa yang sedap memang tak cari yang lain. Tapi itulah kalau teringin makan beli tempat lain rasa berbeza beza. Kadang tu tepung je semata-mata. Ada jugak kembung isi angin. Takoyaki ni sekali habis je boleh habis.
BalasPadam