Sarapan di Kedai Mamak
12:28 PTGSarapan apa pagi ini? Kami sarapan lewat! Sampai kedai mamak sudah ada semua hidangan makan tengahari termasuk nasi Arab dan nasi briani. Oleh kerana tujuan asal hendak bersarapan, jadi kami pesan menu ringan sahaja.
Roti puri sudah sejuk tapi tetap sedap, lembut jew. Itulah.... orang sudah mengadap nasi untuk makan tengahari, awak baru terhegeh-hegeh hendak sarapan!
Kadang-kadang keliru, sama ada ini sambar atau kentang masala. Rasanya macam sambar sebab berkuah.
Makan dengan Encik Suami dua keping roti puri tapi tak kenyang. Roti puri itu tipis saja.
Jangan risau sebab ada makanan lain yang masih panas akan sampai ke meja.
Tosei & The Gang |
Tosei yang ditunggu sudah tiba!
Inilah yang kita suka sangat. Panas dari kuali dan tipis.
Yang ini sudah makan sekeping pun rasa hendak menambah lagi.
Tosei ini apabila sudah bertemu dengan chutney kelapa memang bagaikan lagu dengan irama!
Makan selalu pun tak rasa jemu!
Encik Suami dengan bihun goreng seafood memang tak dapat dipisahkan. Tengok tu, di sebelahnya ada semangkuk kecil sup kosong. Melihat kita bersungguh-sungguh makan tosei, dia pun tinggalkan separuh bihun goreng, dan ikut sama makan tosei. Lepas itu kata Encik Suami, balik rumah nanti tak payah masak untuk makan tengahari sebab sudah kekenyangan makan sarapan.
Budak satu ini, sudah ada tosei dan roti puri di hadapannya, dia nak juga kentang goreng!
20 comments
roti puri kayak pratakah kak amie? mbul kepengen roti puri dan kentang masala...sama kak amie mbul juga suka kebiasaan telat sarapan...hehehhehe
BalasPadamRoti puri ringan, kembong apabila digoreng, roti prata pula ada yang panggil roti canai. Isinya lebih padat tepai tetap lembut dan dimasak atas kuali leper gunakan renjisan minyak.
PadamTergoda tengok roti puri dan tosei tu. Hehehe anakanda yang seorang tu dengan kentang goreng berpisah tiada :)
BalasPadamRoti puri dah kempes... hahahaa patutnya datanglah awal sikit, lagi sedap dapar roti puri kembong dan masih panas.
PadamHehe kalau saya makan nasi sebab sudah hampir tengahari.
BalasPadamLewat makan tapi kenyang.
Ye, lewat sarapan tapi kenyang sampai ke petang.
PadamNi buat sy nak ajak Pak Inche pi mamu malam nanti.. sedapnya tosei dan chutney.. tak pernah order bihun goreng di kedai mamak tapi tengok gambar tu, macam nak terjangkit pulak ni.
BalasPadambihun atau mi goreng kedai mamak ni lain sikit rasanya banding kedai orang kita, tapi memang sedaplah. Tosei tu kalau Encik Suami tak kacau habis dua gulung kita makan. Eh, garing dan nipislah SK. First time jumpa yang sedap begini. Tu pasal, Encik Suami berhenti makan bihun, beralih ke pinggan tosei hehehee.
PadamUish ..
BalasPadamHampir sama la menu sarapan kita hari ni.
Saya pun makan mihun goreng dan order juga tosei & roti canai banjir special..tapi kedai pakistan🤭
Oooo... ya, India dan Pakistan tak samaye Mama Cella.
PadamKesukaan sy tu tose
BalasPadamgaring2 fuhhh
Bila dah jumpa tosei yang garing memang ta boleh berhenti makan... nak menambah hahahaa.
PadamSedapnya tosei...sedapnya bihun goreng seafood..A suka bihun yang tekstur dia macam tu...
BalasPadamRasanya esok nak datang lagi makan tosei di kedai mamak tu SA hihihiii.
PadamSaya pernah cuba makan roti puri. Sedap juga.. Cuma tosei saya dah cuma tapi tak berapa nak.masuk tekak
BalasPadamSelera tak semua sama kan, citarasa yang berbeza.
Padamsedap nmpk roti puri dia.
BalasPadamfirdaus dan kentang goreng berpisah tiada.. haha
Sedapnya.. Semua saya suka
BalasPadamdana paling faveret tosei rawa kak... layan sebab ada rempahnya dan ranggup
BalasPadamKena makan nasi jugak kaedahnya kalau nak kenyang kan. Tapi dah makan berbagai bagai menu ni mestilah kenyang. Bihun goreng tu menyelerakan. Porsi dia besar. Ini barulah namanya breakfast like a King :)
BalasPadam