Tiba-Tiba Kawan Saya Pergi Untuk Selamanya

8:58 PTG

                                                                                                                               

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ
ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.


Menurut cerita kawan-kawan, kelmarin 2 Mac 2022 beliau masih lagi seperti biasa, nampak sihat dan ceria. Menjelang petang, dikhabarkan sudah pergi untuk selama-lamanya pada pukul 5 petang. Masing-masing tertanya-tanya apakah punca kematiannya, namun sehingga kini belum dapat kepastian jawapannya.

Innalillahiwainnailaihirajiuuunnn.

Kami pernah bertugas di tempat yang sama. Semangatnya sangat kuat, cita-citanya tinggi. Ketika bersembang, beliau sering mengulang-ulang ayat yang sama: Biarlah aku menjadi anak Bajau yang pertama dari Kampung Puyut yang ada PhD! Dia tidak patah semangat. Azamnya untuk mengubah kehidupan dan menaikkan nama suku kaumnya terpahat kukuh di hati. Kini beliau berjaya menjawat jawatan sebagai Profesor Madya di Universiti Malaysia Sabah. Banyak hasil kajiannya telah dibukukan. Ada kalanya beliau menghantar mesej untuk meminta kepastian daripada kita tentang istilah tertentu yang kurang difahami seperti di bawah ini:


Sepanjang bulan Februari, nampaknya laman FB beliau dipenuhi dengan perjalanan dari Semporna, makan-makan bersama kawan-kawan. Kemudian bersambung ke Lahad Datu, membawa pulang lobster dan  menikmati hidangan bersama keluarganya. Nampak sungguh meriah sekali. Tidak ketinggalan dikongsikan juga ketika makan nasi kuning bersama rakan yang pernah bertugas di tempat yang sama dengan kita. Allahu Akbar! Wajahnya nampak sangat ceria!

Lauk-pauk tradisi Bajau

Kita sempat bertanya kepadanya apabila beliau kongsikan makanan tradisi Bajau di FB sewaktu berada di Semporna. Kita ingin tahu tempat makan tersebut.


Pada hari Isnin (1 Mac 2022), kami dalam perjalanan pulang dari Tawau terus singgah di Semporna dan terjumpalah tempat makan yang dimaksudkan oleh beliau. Kami makan tengahari di tempat tersebut dan di bawah inilah antara hidangan tradisi Bajau yang kami makan.

Lauk-pauk tradisi Bajau di Semporna

Pukul 3 petang tadi, dikhabarkan lagi tentang beliau yang sedang dalam perjalanan pulang ke Lahad Datu. Walaupun masih kurang percaya, tetapi beliau sudah tiada..... beliau sudah arwah. Jenazahnya akan dikebumikan di Lahad Datu, bersebelahan kubur arwah ayah dan ibunya.
Kami hanya mampu berdoa dan mengharapkan agar dipermudahkan urusan pengkebumiannya. Ya Allah.... Ya Rahim! Tempatkanlah Allahyarham Jabil Mapjabil dalam kalangan hamba-Mu yang beriman. Sesungguhnya daripada-Mu kami datang, kepada-Mu jua kami akan kembali. Janji-Mu pasti.


20 comments

  1. Innalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

    BalasPadam
  2. Salam takziah untuk seluruh keluarga arwah

    BalasPadam
  3. inalillah, salam takziah buat buat akak dan keluarga arwah.

    Bila kita kehilangan dengan cara tiba-tiba macamni memang terasa betul kan kak... Alfatihah buat arwah

    BalasPadam
  4. Allahuakbar...salam takziah buat keluarganya. Sedih kan bila seorang demi seorang rakan kita kembali kepada Allah. Masa kita nanti bagaimana agaknya. Sedih dan terkejut bila berita itu datang dengan tiba-tiba padahal janji Allah itu pasti buat hambaNYA. Al fatihah buat mereka yang telah meninggal dunia.

    BalasPadam
  5. Salam takziah untuk keluarga dan rakan-rakan arwah. Memang terkejut kalau terima berita kematian secara tiba-tiba ni. dari cara kak Amie bercerita, nampak macam seorang yang baik dan disenangi ramai. Alfatihah dan doa untuk arwah Dr.Jabil

    BalasPadam
  6. إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

    اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
    Ya Allah, Ampunilah dia, berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya
    Aaaminn...

    BalasPadam
  7. Innalillahiwainnailahirajiun.
    Kalau tiba-tiba memang terasa kehilangan.

    BalasPadam
  8. إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ...
    .
    ‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْها وَعَافِهاوَاعْفُ عَنْها
    "Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.."

    ‎ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
    Salam takziah pada keluarga arwah...

    BalasPadam
  9. Allahuakbar. kenapa tuu.. ada buat post portem ke... Moga beliau ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman... Amin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak pastilah pula apa cerita selanjutnya.
      Aamiin ya Allah.

      Padam
  10. ikut mendoakan semoga beliau ditempatkan di tempat terbaik di sisi Alloh swt...

    alfatihah...

    BalasPadam
  11. Kematian sesorang hanya Allah yang tahu. Sayang ya. Kalau beliu satu2nya dari suku Bajau yang bergelar Phd. Masih muda sudah pergi. Semoga arwahnya diterima di tempat yang mulia. Amin. Terima kasih sobatku Amie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada pemegang PhD dari suku kaumnya di daerah lain. Cuma, saya imbas kembali cita-citanya dahulu (tahun 1998), dia ingin menjadi orang pertama dari kampungnya yang memiliki PhD.

      Padam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Innalillahiwainna ilaihirojiuuunnnn... Semoga Allah swt mengampunkan segala dosa arwah dan menempatkan rohnya di kalangan mereka yg beramal soleh. Salam takziah, Kak Amie.. dari cerita Kak Amie, tentunya dia sahabat yg baik dan peramah.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe