Cara Masak Sotong Goreng Kunyit Yang Sedap!
9:21 PTGAda empat ekor sotong dalam freezer. Dua ekor saiz besar dan 2 ekor saiz kecil. Kita ambil satu ekor saiz besar dan satu ekor saiz kecil. Kemudian kita bersihakan dan oleh menjadi seringkas-ringkasnya masakan untuk dibuat lauk makan nasi. Jom masak Sotong Goreng Kunyit!
Bahan-bahan:
- 2ekor sotong - bersihkan - buang dakwat - buang mata dan mulut - potong ikut citarasa - perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit - biarkan selama 15 minit
- 4 batang kacang panjang - bersihkan - potong 3 cm
- 1 sudu besar sos tiram
- 3 sudu besar minyak
- 1 biji kentang - kupas kulit - potong baji - goreng hingga kuning keemasan - angkat
Bahan hiris:
- 1 labu bawang besar
- 3 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 2 biji cili merah
Cara:
- Panaskan minyak dan tumis bahan hiris hingga terbit bau.
- Besarkan api dapur. Kemudian masukkan secara serentak sotong, kacang panjang dan kentang goreng.
- Kacau rata. Masak di antara 2 hingga 3 minit sahaja.
- Tambahkan sos tiram.
- Gaul sebati, dan padamkan api dapur.
14 comments
Memang paling ringkas dan sedap ni, Kak Amie. Sy selalu jugak masak macam ni, tapi sotong semata. Lain kali boleh la bubuh kentang dan kacang panjang, lengkap dah satu hidangannya.
BalasPadamringkas dan mudah, tapi sedap buat lauk kan kak
BalasPadamsimple comfy food...siapa je tak sukakan?
BalasPadamSEDAPNYA SOTONG GORENG GINI
BalasPadamOoo baru tau ni cara yang betul, baru takde nampak kuah berlandung... okay nanti nak cuba..
BalasPadamwalaupun ringkas tapi nampak sedap. lamanya tak makan sotong
BalasPadamKalau xde idea memang macak macam ni...senang...pas tu bleh masak untuk bawak bekal
BalasPadamTak pernah masak cara gini, bolehlah saya cuba nanti. Nampak sedap tengok gambar dan resepi tu.
BalasPadamTerliur pula. Ringkas tapi boleh terbayang kesedapan.
BalasPadamlauk ni mmg sedap. sy selalu judukan dgn kacang buncis kalau goreng2 mcm ni. even dgn udang pun sy msk kan kacang buncis
BalasPadamAlaaa...lambat pulak saya ziarah sini...semalam Adah minta masak sotong kunyit tapi saya gorwng ja..Rupanya kena masak sekejap saja yer..Nanti nak beli sotong masak macam ni
BalasPadamSedapnya sotong goreng kunyit style kak Amie ni. Nanti boleh tiruvasi resipi kak Amie. Terima kasih share.
BalasPadamsedapnya nampak..nk try buat la lain kali..kena pergi pasar dulu cari sotong..
BalasPadamringkas tapi sedap..
BalasPadam