Makan Ikan Bakar di Kunak

9:54 PTG

Jika ada kesempatan  dan waktu yang bertepatan, kami akan singgah makan di Kunak terutamanya untuk makan tengahari. Kadang-kadang saja-saja memandu dari Lahad Datu ke Kunak semata-mata untuk makan ikan bakar di gerai Senduk Jebat. Kemudian singgah pasar Kunak cari telur masin. Minggu lepas kami singgah di Kunak dalam perjalanan pulang dari Semporna ke Lahad Datu. Kami merupakan pelanggan pertama tiba di gerai makan itu. Ikan-ikan belum pun disusun di hadapan gerai untuk dipilih pelanggan! Perut pun belum lapar sangat sebab sudah bersarapan di Green World Hotel, Semporna.  Lebih kurang 45 minit menunggu, sampailah lauk-pauk di atas meja makan kami. Pada waktu itu kelihatanlah pelanggan mula berdatangan. Kira-kira pukul 11 begitulah.


Biasanya makanan laut yang dibakar di sini hanyalah ikan dan sotong sahaja. Kami memilih lauk-paul:
  • Ikan Pari Bakar Sambal
  • Ikan Sebelah / Nabi Bakar Garam Kunyit
  • Sotong Goreng Salut Tepung
  • Sotong Bakar Kunyit
  • Kerabu Mangga
  • Sayur Labu Manis

Sotong Goreng Salut Tepung

Kami ambil dua ekor sotong. Seekor goreng salut tepung dan seekor panggang kunyit.Kalau ratah begitu sahaja pun sedap sangat. Sambal pencecahnya tu cukup rasa!

Sotong Bakar Garam Kunyit.

Ikan sebelah / ikan nabi bakar garam kunyit.

Ikan sebelah / ikan nabi kami minta bakar garam kunyit sementara ikan pari kami lebih suka bakar bersambal. Sedap sangat sambalnya!

Ikan Pari Bakar Bersambal.


Kerabu Mangga.

Kerabu mangga ini Encik Suami kata sedap. Memang sedap pun!

Sotong Goreng Salut Tepung

Sotong Goreng Salut Tepung ini diratah Firdaus seorang. Budak kecil itu tak mahu makan nasi!


Selesai makan tengahari di Gerai Senduk Jebat, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke Lahad Datu. Setakat ini nampaknya Gerai Senduk Jebatlah yang menjadi keutamaan kami untuk menjamu selera kalau singgah di Kunak.

Sebenarnya Gerai Senduk Jebat berpindah di tempat lain. Warung asal yang terletak di pekan Kunak sedang dalam proses baikpulih. Kami datang ke sini pun setelah diberi panduan jalan oleh Yatie,  rakan Amie yang tinggal di Kampung Getah, Kunak. Oleh kerana pertama kali datang ke gerai baru, jadi kami tersesatlah sampai masuk ke Kampung Cina! 

Hmmmm.... kalau sudah pernah rasa makanan sedap, di ceruk mana pun tetap dicari sampai dapat!

15 comments

  1. Sedapnya . Ikan bakar dilapik dengan daun pisang mesti aromanya wangi je

    BalasPadam
  2. Kalau nampak begitu sedapnya, memang sanggup memandu jauh dan menunggu lama. Mujurlah masih kenyang makan sarapan ya, Kak Amie.

    BalasPadam
  3. Nama gerai tu seriau...Takut Jebat bersilat dengan Tuah..hihihi..sukanya tengok kat sana ikan fresh dan pelbagai

    BalasPadam
  4. Tengok pun tau memang sedap tapi tu la...kadang dari gambar buku menu nampak sedap,tapi bila sampai kat kita..kurang sedap atau x sedap langsung..tapi tgok gambar2 Kak Amie ni...alaaaa...terliur SA...

    BalasPadam
  5. kerabu mangga...oh my God...pengen kak amie...kebayang asem asem manis pedes...juga sotong dan sayur labu manis...alamak lapaaaar...mau ambil piring heheh

    BalasPadam
  6. Masak ringkas bakar sahaja boleh rasa kesegaran makanan laut.
    Terliur tengok hidangan.

    BalasPadam
  7. Kecur air liur tengok ikan dan sotong bakar dengan kuah cecahnya...

    BalasPadam
  8. time lunch tgk entry ni..tk mkn lg..trus terliurrr...sdapnya ikan bakar

    BalasPadam
  9. sedapnya ikan bakar, teringat ikan bakar yang dimkn minggu lps..

    BalasPadam
  10. nampak fresh ikan dan sotong tu kak.... mau ratah gitu je pun sedap tu

    BalasPadam
  11. Berselera makan kalau seafood bakar bakar ni. Celup tepung pun wajib ada. Tak sotong, udang.

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Kerabu mangga tu buat rasa pecah liur tengok. Terasa masam-masam mangga tu. Mesti fresh dibuat sebab tu sedap.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe