Sarapan Pagi di Hotel Elopura
6:22 PTGSambung cerita jalan-jalan cari penat di Sandakan. Kami lambat-lambat turun untuk bersarapan pagi. Bukan apa. Hujan di malam hari rasa nak sambung tidur sampai tengahari! Sebaik sahaja kami keluar dari lobi hotel, masih lagi kelihatan sisa-sisa takungan air hujan di tempat lerak kereta.
Tempat kami bersarapan letaknya di bangunan sebelah hotel. Jadi kami perlu keluar dahulu dari hotel dan berjalan menuju ke bangunan sebelah yang terletak di tepi laut.
Sama dengan tema lukisan bintang filem di Hotel Elopura, di bangunan ini pun ada paparan gambar wajah seseorang, tetapi Amie pun tak kenal siapa empunya nama wajah yang dilukis itu.
Ketika kami melangkah masuk ke dewan makan ini, para pengunjung sedang beransur meninggalkan tempat makan mereka. Jadi, suasana agak lengang. Rasa lebih selesa pula.
Nampaknya persekitaran yang berkaitan Hotel Elopura dipenuhi dengan lukis mural!
Banyak juga pilihan sarapan pagi di sini. Ada nasi kuning, ada mee goreng dan sebagainya.
Pelbagai pilihan roti dan pastri disediakan di sini.
Pagi ini kita hendak jamah makanan yang ringan-ringan saja.
Eh, biar betul?
Seronok pula melihat chef hotel sediakan ommelet di tepi laut.
Nyaman rasanya semilir angin Laut Sulu menampar wajah di pagi yang dingin.
Dari tempat chef hotel tadi boleh dilihat bahagian belakang bangunan Hotel Elopura.
Bismillah.
Muka budak ini nampak mencuka sebab dia salah faham. Disangkanya kami akan duduk berdua , dan tinggalkan dia bersarapan seorang diri di meja yang lain.
Pagi-pagi lagi sudah cuci perut dengan jus mangga!
Kita ambil buah tembikai dengan betik, sup kuetiaw dan secawan kopi.
Sempat juga makan ommellet.
Tak lepas kesempatan makan roti prata dengan kuah dal dan kuah kari yang sangat sedap!
Selepas bersarapan kami jalan-jalan di tepi laut.
Kemudian melewatu Hotel Elopura, melintas jalan menuju ke seberang.
Kemudian melewatu Hotel Elopura, melintas jalan menuju ke seberang.
Kami bercadang untuk jalan-jalan sahaja di sekitar hotel. Menurut chef hotel tadi, waktu sekarang ada pasar minggu. Boleh jalan kaki sahaja untuk ke sana. Terima kasih kerana berikan kami tunjuk arah. Jadi kami pun menapak perlahan-lahan menuju ke pasar.
Ambil gambar dahulu di Laluan Kreatif.
Minta Firdaus jadi model di Laluan Kreatif... ahaks!
11 comments
Nyaman rasanya semilir angin Laut Sulu menampar wajah di pagi yang dingin. Suka ayat bermadah, tenang,terus berimaginasi.. Aduh aduh.. Setinggi bahasa sedalam maksud menusuk jiwa, hehe.cantik laluan kretif tambahan ada model tu. makanan nampak sedap semua..
BalasPadamKak Amieee.. sy pernah sampai sini masa lawatan ke Sandakan. Ahhh.. rindunyaaaa.
BalasPadamwah bestnya sarapan kat tepi laut .
BalasPadamBest nya sarapan pagi di hotel
BalasPadamMesti nyaman dan tenang je sarapan kat tepi laut macam tu kan..laluan kreatif tu cantik..
BalasPadamCantik scenery tepi laut. Sejuk mata pagi-pagi.
BalasPadambestnye bersarapan di hotel tepi laut..
BalasPadamBest menginap di hotel tepi laut. Banyak jugak pilihan menu sarapan yang ada. Menarik kalau banyak lukisan mural pada dinding. Jadi satu daya tarikan untuk orang bergambar di tempat tempat menarik.
BalasPadamSukanya laluan kreatif tu..
BalasPadamSeronoknya sarapan berteman bayu laut..
Alololo Daus...takkan la mommy nak tinggalkan...hihihi
Rasa lukisan itu ada pelakon Van Diesel. Seorang lagi tidak pasti.
BalasPadamMakan omelette panas-panas.
pelbagai menu sarapan, aduhai kesian Daus pagi lagi dan merajuk ye hehhehe.... omelette tu aduhai sedapnya lagi lah makan panas-panas
BalasPadam