Ikan Pari Bakar Sambal Belacan
2:10 PTGApa khabar rakan-rakan maya?
Moga sihat-sihat sahaja hendaknya.
Apa hidangan makan tengahari untuk keluarga?
Jemput makan tengahari bersama kami, dengan hidangan ringkas : Ikan Pari Bakar Sambal Belacan.
Amie panggang @ bakar ikan pari dalam kuali ajaib. Sementara menanti ikan masak dan nasi tanak, Amie sediakan sambal belacan. Semua bahan sambal Amie kisar kasar. Pelengkap lauk, Amie gorengkan peria salut tepung.
Ikan Pari Bakar Sambal Belacan |
Oleh kerana ikan pari ini tidak berbau, jadi tiadalah gangguan ketika menikmatinya. Isinya lembut! Sambal belacannya pula, Amie perahkan jus limau nipis dan tambah air asam jawa. Jadi, nampak cair sedikit. Ala-ala air asam gitu. Bismillah.
14 comments
Adehhh! terliur tengok hehehee...
BalasPadamBismillah..sedap..terus lapar hehe.. ringkas tapi istimewa..
BalasPadamSedapnya pari bakar tu bila dicicah sambal belacan cair-cair macam tu. Di JB ni, ada satu restoran sambal belacannya cair tapi pedas berdesing.
BalasPadamSemalam kita makan pari bakar juga, tapi pari bakar sambal.
peria salut tepung tu buat macam pisang goreng ke?
BalasPadamBaru tahu kalau ikan pari biasa dibakar. Di kampung saya, ikan pari digulai santan pedas bercampur daun keduduk muda.
BalasPadamBakar dalam kuali ajaib pun namoak garing cantik warnanya...ada tips dak cikgu?
BalasPadamlamanya tak makan pari. Harga di KL kayangan sangat, takut nak membeli. di LD harga bahan mentah masih terkawal ke kak Amie?
BalasPadamsedap tu mkn panas2 lps di bakar
BalasPadammakan panas panas .... adeiii dapp nyer
BalasPadamsedapnya kak oii, Dana kalau suruh Edy beli ikan pari memang selalu fail, mesti di beli yang ada bau macam hancing... penat ajar dah. Memang kene beli sendiri kalau nak masak ikan pari
BalasPadamSedapnyaaa...Kak Amie ada tips x nak beli ikan pari yang takde bau...kadang asyik kena tipu je ngan cina pasar...
BalasPadamsedapnyaa nampak.. favourite syu ikan pari..
BalasPadamSedapnya menikmati ikan bakar cicah sambal belacan. Ringkas dan menyelerakan. Lately dapur kurang berasap sikit sebab kurang sihat.
BalasPadamSedapnya pari bakar.
BalasPadam