Sedapnya Sayap Ayam Lelek!
1:22 PTGSelepas makan di Mama H Kitchen, kami terus meredah hujan menuju ke mall untuk shopping. Dalam perjalanan menuju kembali ke kereta, terpandang dan terhidu aroma yang sangat enak dari pasar. Bayangkan, di kala sejuk ada asap berterbangan... asap dari tempat peniaga sate dan sayap ayam panggang! Kalau ikutkan nafsu memang hendak beli macam-macam termasuk murtabak dan kuih-muih, tapi cukuplah beli 10 cucuk sate ayam dan yang penting dapat beli Sayap Ayam Lelek yang sangat sedap itu!
Sayap Ayam Lelek. |
Sayap Ayam Lelek ini memang sangat terkenal di Tawau. Peniaga asalnya telah meninggal dunia, dan kita lihat sudah bertukar orang. Mungkin dari kalangan keluarganya juga. Namun keenakan Sayap Aya Lelek masih seperti dahulu juga.
Sate Ayam |
Sate ayam & Sayap Ayam Lelek |
22 comments
sedapnya xterkata tu kan menjilat lidi
BalasPadamBetul Kak PI. Firdaus lah yang paling banyak makan sate.
PadamHujan hujan terbau pulak asap masakan, mencabar anak tekak betul. Makanan panas panas pulak tu. Berselera menikmati sayap ayam lelek. Lelek tu maksudnya? Unik jugak tu makan dengan sambal kicap.
BalasPadamLelek tu panggilan dalam bahasa Jawa yang bermaksud pakcik, lebih kurang begitulah. Sayap ayam lelek ni dipanggang macam sayap ayam panggang biasa, cumanya yang Kak Amie suka sambal kicap tu sebab terasa jus limau kasturi ya.
PadamOhh pakcik. ingatkan sempena apa. Sambal kicap tuang atas ayam tu ye.
PadamWow teringat ingat
BalasPadambahaya ni nk mkn he hee
Hahaaaa...nak buat cemana.
Padamsedapnya, lama tak mkn sayap ayam bakar..
BalasPadamMakan panas-panas sedap betul kan Syu.
PadamApa maksudnya Lelek tu, Kak Amie. Gemuk2 nampak sayapnya tu.
BalasPadamSayap Ayam Lelek tu nama gerai sayap ayam panggang. Lelek tu pakcik. Bahasa Jawa sebut 'Lek. Biasa di sini terus sebut lelek.
PadamUniknya nama sayap ayam Lelek..tengok gambar macam sedap dua-dua menu tu..
BalasPadamLelek tu nama tuan punya gerai sayap ayam.
PadamAlahaiiiiiiii amie....pagi-pagi tenguk satay....huhuhu ngences ni dah lah kat luar sejuk nampak satay ni....emmm memang menggoda sungguh ni
BalasPadamAdeeeehhh... notie... ni yang buat kita nak pergi semula ke Sipitang. Di sana dari pagi sampai ke malam ada sate, ketupat dan kelupis!
Padamsayap ayam lelek tu memang nampak yummy sungguh di cecah dengan sambal kicap waduhhh
BalasPadamItulah istimewanya sambal kicap Lelek, cukup rasa...terasa-rasa jus limau kasturinya.
Padambesar-besar sate nya.. ayam lelek tu nampak menarik..
BalasPadamBesarkan saiz satenya tu. Rezeki dapat harga RM1 secucuk.
Padambila hujan tu otomatik perut rasa lapar kak, itu yang bau satay dengan sayap tak boleh tahan. nampak besar lah satay tuh kak... sayap tu pun aduhla nampak licin berkilat
BalasPadamBeberapa kali beli sate di LD dapat saiz kecil(semakin mengecil walau harga sama), di Tawau dapat saiz besar pula. Sayap Ayam Lelek paling terkenal di Tawau suatu masa dahulu (ketika tuan punya (Lelek) masih hidup.
PadamYa allah dugaan betul ni...sedapnya sayap ayam tu...
BalasPadam